Tular Post ‘Pemburu Kanak-Kanak’ Pedofilia .. Keluarga Lelaki Tersebut Buat Kenyataan Mengejutkan

Kecoh di media sosial apabila screenshot satu kumpulan di Facebook memaparkan seorang lelaki dengan kanak-kanak dikatakan sebagai ‘anak ikan’ dihentam hebat netizen. Penularan isu itu mendapat perhatian aktivis masyarakat, Syed Azmi yang kesal dengan penyebaran gambar anak bawah umur secara terbuka.

Rupa-rupanya, di sebalik isu itu, ada kisah lain yang tersembunyi di sebalik kecaman netizen. Tak disangka-sangka, kesahihan screenshot berkenaan dipertikai dan ada yang tampil menjelaskan keadaan sebenar.
GAMBAR SEPUPU

“Dapat dari mana gambar yang pertama itu? Itu sepupu saya dengan anak saudara dia. Mana bukti kata dia anak ikankan budak itu ni?” demikian soal individu yang mendakwa dirinya sepupu kepada lelaki yang dituduh sebagai pedofilia sejak viral di media sosial sejak tengah hari semalam.

Nurul Afida berkata, laman Facebook yang menularkan gambar sepupunya itu membuat tuduhan yang tidak betul dan difahamkan sepupunya akan membuat laporan polis berhubung penularan tersebut.

“Page ini fitnah, saya kenal sangat sepupu saya ni. Dia tak macam tu. Itu anak saudara dia. Tak takut dosa ke korang ni? Sepupu saya akan buat report ke atas fitnah ini.

GAMBAR 6 TAHUN LEPAS?
“Yang sebetulnya, gambar ini dah (dimuat naik) enam tahun lepas,” jelasnya.

Terdahulu, sebuah laman Facebook memuat naik gambar-gambar perbualan beberapa ahli Group Anak Ikan dalam ruangan komen gambar seorang lelaki yang mendakwa dirinya mahu menuai remaja lelaki berusia 14 tahun.

Beberapa lelaki yang lain turut tampil mendedahkan mereka juga mempunyai anak ikan yang berusia 14 tahun dan seringkali melakukan seks songsang.

Biarpun ada beberapa ahli group yang menegah perbuatan mereka, malangnya tidak diendahkan dan mereka semakin bangga berbicara mengenai perbuatan yang tidak senonoh itu.

Susulan penularan gambar itu juga, satu komuniti di Facebook telah membuat laporan polis bagi menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap group tersebut bagi mengelakkan gejala tidak bermoral itu semakin menular dalam kalangan masyarakat.
Keluarga lelaki tampil beri penjelasan

Seorang wanita, Nurul Afida tampil menyatakan gambar lelaki  yang didakwa sebagai pemangsa pedofilia itu sebagai sepupunya manakala anak kecil itu adalah anak saudara kepada lelaki itu. Nurul Afida juga mempersoal bukti sepupunya itu menjadikan anak saudaranya sebagai mangsa nafsu anehnya.
Akan buat laporan fitnah

Wanita itu mendakwa dia mengenali sepupunya itu dan yakin lelaki itu bukanlah seperti yang disangka. Tambahnya, sepupunya itu akan membuat laporan polis berkenaan fitnah yang ditabur kepadanya.

Gambar yang digunakan juga dipercayai adalah gambar lama iaitu 6 tahun lalu. Pengguna Facebook juga menyarankan kepada lelaki berkenaan supaya segera bertindak untuk membersihkan namanya dari terus tercemar.

Sumber: Isaac Scherbatsky

Sumber: OhBulan / The Reporter