Tiada Niat Ambil Kesempatan Putus Tunang Mereka – Fathia

Fathia tidak ada niat nak mempersendakan kisah putusnya pertunangan Elfira dan Sufian. Foto Instagram: @fatiyalatiff.

  (Ubah saiz teks)
PELAKON Fathia Latiff tiada niat hendak mengambil kesempatan atas episod kisah putus pertunangan pelakon Elfira Loy dan penyanyi Sufian Suhaimi.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 31, berkata dia dan penyanyi Hez Helmi menukar lirik lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhami itu sekadar untuk hiburan.

“Saya ada terbaca kisah mereka di laman sosial. Jadi, saya saja mencuba untuk menukar lirik lagu Di Matamu versi balasan (reply).

“Memang tak ada niat nak ambil kesempatan dengan kisah mereka. Hanya sekadar untuk hiburan sahaja. Bila saya tag Elfira, mestilah dia terkejut.

“Tapi dia okey sahaja. Kenapa netizen nak pertikaikan sedangkan empunya badan pun tak kata apa-apa,” kata Fathia kepada mStar Online.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff Mengaku Buat Silap, Mohon Padam Video Tarian Di Bigo

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/02/fathia-reply-dimatamu/~/media/3b8a0acad1564135bc99d57a4fa151b9.ashx?la=en&h=500&w=463


Fathia memetik nama Elfira di Twitternya.

Fathia diminta mengulas mengenai tindakannya mengaitkan nama Elfira di Twitter dengan berserta muzik video rakaman semula lagu Di Matamu nyanyiannya.

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan aktres itu yang dikatakan sengaja melibatkan Elfira dalam hal berkenaan.

Muzik video lagu Reply to “Di Matamu” Sufian Suhaimi nyanyian Fathia yang dimuat naik di YouTube pada Jumaat lalu mendapat hampir 200,000 tontonan.

Malah, klip video itu juga menjadi trending di tangga ketujuh di YouTube serta mendapat pujian daripada netizen.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Ariana Rose ini mahu memberi tumpuan pada bidang nyanyian.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/04/02/fathia-reply-dimatamu/~/media/838b07e573da4619bbb766116f6b7885.ashx?la=en

Muzik video rakaman semula lagu Dimatamu nyanyian Fathia mendapat pujian netizen.

Malah, Fathia juga akan tampil dengan single pertama berjudul Keluarkan Aku yang mengisahkan perjalanan hidupnya pada bulan April ini.

“Alhamdulillah, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong dan percaya dengan bakat saya.

“Saya memang serius dalam bidang nyanyian dan Insya-Allah dalam bulan ini saya akan tampil dengan single pertama.

“Lagu Keluarkan Aku ini mengisahkan perjalanan hidup saya. Apa yang saya rasa selama ini. Harap semua peminat dapat terima dah beri sokongan,” ujarnya.

Sebelum ini, Fathia juga pernah membuat rakaman semula lagu Sakit daripada kumpulan IamNeeta, Can’t Help Falling In love Dan New Rules (Dua Lipa).

Kesemua lagu rakaman semula itu juga mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memuji kemerduannya.

Tags / Kata Kunci:Fathia Latiff , Elfira Loy , Sufian Suhaimi

sumber: mstar

FATHIA LATIFF NYANYI ‘DI MATAMU’ CETUS KEMARAHAN ELFIRA LOY.


Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Selamat datang ke video chennal informasi informasi,gaya hidup,hiburan,seram,sedih.fakta fakta menarik serta kejadian aneh tapi nyata dan lucu yang terdapat di dunia ini .dan lain lain lagi.

Jika anda tidak mahu membacanya anda terus scroll menonton video ini,

Jom kita saksikan Elfira.Sebelum kita memulakan kita lihat penerangan siapakah beliau ini.Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri nama pentas Elfira Loy merupakan seorang pelakon remaja Malaysia. Dia yang dilahirkan pada 8 Mac 1994.

Nur Fathia Binti Abdul Latiff lahir berumur 30 tahun atau lebih dikenali sebagai Fathia Latiff (kadangkala dikreditkan sebagai Nur Fathia atau Fathia) merupakan seorang pelakon dan model …

Elfira memakai baju warna kuning dan memakai tudung warna kuning.Fathia memakai baju warna pink dan tudung pink.Selepas beberapa lagu cover nyanyiannya mendapat respons positif ,Ektres Fathia Latiff muncul dengan cover terbaru.Fathia membuat kelainan dengan merkam versi balasan reply lagu Di Matamu dendangan asal Sufian Suhaimi dan memuatnaik lagu tersebut di laman Youtube Mixology Music.

Dilancarkan pada 30 mac lalu.Fathia Mempromosikan lagu tersebut dilaman Twitter miliknya.Apa yang mengejutkan,menerusi salah sebuah Tweet Fathia telah maintion dan CC bekas tunang Sufian,Elfira loy,.semoga anda terus terhibur dengan kisah cerita ini ,tontonlah cerita ini sampai ke penhujungnya supaya anda ketahui jalan cerita ini.
Anda juga boleh scroll dibawah ada lagi cerita yang menarik buat anda tonton bersama sama keluarga dan rakan2.

Terima kasih kerana sudi menonton kisah cerita yang dipaparkan sekian.

Jangan lupa like Fb fanpage kami dibawah.
Sila tonton video:

sumber: dharian

Lagu Sufian Suhaimi selepas putus tunang trending no 2 di YouTube
Lagu Sufian Suhaimi selepas putus tunang trending no 2 di YouTube

VIDEO lagu penyanyi Sufian Suhaimi berjudul Di Matamu menjadi trending nombor 2 di laman YouTube minggu ini.

Lagu yang dikeluarkan selepas episod putus tunangnya dengan pelakon Elfira Loy berakhir itu mendapat lebih 1.5 juta tontonan di laman tersebut.

Di Matamu merupakan lagu yang mendapat perhatian masyarakat selepas ia dikataka

Difahamkan lagu itu dijangka akan dilancarkan pada 23 Mac ini iaitu tarikh sepatutnya Sufian dan Elfira mendirikan rumah tangga.

Video itu turut menerima lebih 1,500 komen daripada pelayar laman tersebut.

Rata-ratanya terkesan dan turut bersimpati dengan apa yang dirasai oleh Sufian yang kini sedang bersedih apabila jodohnya dengan Elfira tidak kesampaian.

“Sabar ya dengan cerita tu. Kami tahu perasaan Sufian. Bertabah ya… Tapi 100% gerenti lagu ni sedih…

“Sebagai seorang yang pernah merasa putus sebuah pertunang.. Aku seakan faham bait- bait lirik yang cuba diceritakan dalam lagu ini,” tulis beberapa pelayar tersebut.

SUMBER : Astro Awani via gedebak viral