Tersingkir Kerana Rendang Ayam Tak Rangup, Rakyat Malaysia & Indonesia Bersatu ‘Lawan’ Juri Masterchef UK

Beberapa hari kecoh di laman sosial apabila peserta Masterchef UK, Zaleha Kadir Olpin disingkirkan dari rancangan realiti itu kerana rendang yang disediakannya tidak rangup. Komen yang diberikan juri pertandingan, John Torode itu membuatkan netizen bengang dan menyuarakan pandangan masing-masing.

Selepas hentaman diterimanya, komen balas dibuat John mengeruhkan keadaan sehingga membuatkan netizen bekerjasama melawan kembali chef itu.

Rendang asal Indonesia

John Torode kemudiannya membalas tweet netizen mengatakan masakan rendang berasal dari Indonesia dan gembira dengan keterujaan ditunjukkan seorang netizen. Pengguna Twitter sebelum itu mempertikai masakan ayam rendang boleh mempunyai tekstur garing.
Netizen nusantara bersatu

Tidak senang duduk dengan kenyataan John mengenai rendang crispy berkenaan, netizen Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bersatu hati menentang ‘ideologi songsang’ berkenaan.
Rendang hak kami rakyat nusantara

Netizen di rantau ini mempertahankan hak mereka sebagai pemilik juadah itu dan ‘memberi amaran’ supaya persaudaraan yang terbina tidak dirobohkan dengan ideologi rendang rangup seperti yang didakwa John itu.
Cuba buat Indonesia-Malaysia bertelagah?

Petikan Masterchef UK yang timbulkan isu

Typical Malaysian@TypicalMsian

“The chicken skin isn’t crispy” 🤦‍♀️

Dei mangkuk, what do you know actually know about rendang

 

Artikel sebelum ini…

PESERTA MASTERCHEF UK DARI MALAYSIA INI DISINGKIRKAN ATAS ALASAN RENDANG AYAM TAK RANGUP. INI PADANGAN CHEF WAN.. TERBAIK!!

Peserta MasterChef UK 2018 ini berada di Australia pada tahun 2004 ketika beliau mula menonton pertunjukan masakan paling popular ini.

Walau bagaimanapun, bekas akauntan Petronas berusia 48 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang ini tidak mempunyai banyak masa atau peluang untuk menjadikan impiannya sebagai realiti kerana telah berpindah-randah ke enam buah negara selama 18 tahun.

Di dalam tempoh itu, beliau mengasah minatnya untuk memasak masakan tempatan Malaysia tidak kira di mana beliau berada.

Zaleha berjaya memasuki pusingan kalah mati peringkat suku akhir MasterChef UK, dimana para peserta dicabar untuk memasak hidangan yang penting kepada dirinya sendiri.

Beliau memilih untuk memasak Nasi Lemak Ayam Rendang.

A9bbImage via YouTube

Ketika pusingan itu, Zaleha memberitahu hakim MasterChef UK yang dikenali sebagai Chef John Torode bahawa beliau memilih untuk membuat nasi lemak kerana hidangan ini merupakan makanan kegemarannya semasa kecil.

“Ia sangat istimewa,” katanya kepada Chef John ketika ditanya apa maksud hidangan itu kepadanya.

Walau bagaimanapun, Chef John terus mengkritik bahawa rendang ayam Zaleha harus betul-betul lembut dan hancur.

4d69Image via YouTube

Zaleha kemudiannya disingkirkan daripada pusingan itu selepas keputusan yang dibuat oleh John Torode dan Gregg Wallace.

Mereka berdua dikatakan tidak berpuas hati dengan hidangan ayam rendang tersebut kerana tidak rangup.

Fb06Image via YouTube

John Torode (kiri) dan Gregg Wallace (kanan) yang mengkritik hidangan tersebut dan tidak berpuas hati kerana ayam rendang Zaleha tidak cukup rangup

“Kulit ayam tidak rangup, ianya tidak boleh dimakan,” ujar Gregg kepada Zaleha ketika beliau menghidangkan nasi lemak dan ayam rendang tersebut kepada para hakim untuk dikomen.

John kemudian memberitahu Zaleha bahawa keputusannya untuk memilih Nasi Lemak Ayam Rendang sebagai hidangan yang bakal dipersembahkan adalah kesilapan yang besar.

Ramai masyarakat yang tidak bersetuju dengan tindakan kedua-dua chef tersebut termasuk chef selebriti no. 1 Malaysia iaitu Chef Wan

C2b9Image via mynewshub

Chef Wan tidak bersetuju dengan tindakan mereka menyingkirkan Zaleha dalam pusingan itu kerana baginya hidangan Nasi Lemak Ayam Rendang ini sama sekali berbeza dengan masakan itik atau sebagainya.

“Jelas sekali dia tidak tahu apa yang dikatakannya, kami memasaknya dengan cara rendang Malaysia,” katanya, merujuk kepada komen Gregg mengenai kulit ayam Zaleha yang dikatakan tidak rangup.

Zaleha yang ternyata pasrah meluahkan kekecewaannya di Instagram


Walau bagaimanapun, ramai netizen menyokong Zaleha dan berasa bangga dengan pencapaiannya

9930Image via Instagram @z.olpin

Tonton klip penuh di bawah:

 

 

Apa-apa pun, kami dari Team Seismik mengucapkan tahniah kepada Zaleha kerana telah membawa nama Malaysia ke persada dunia! Salute!

Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau komen, boleh tinggalkan di ruangan yang disediakan. 🙂

sumber: himpunan media