Sufian Suhaimi Sudah Ada Pengganti Untuk Elfira Loy .. ‘Hint’ Telah Diberi

Nampaknya ada sesuatu yang berlaku di antara penyanyi Janna Nick dan penyanyi Sufian Suhaimi. Sejak akhir-akhir ni ramai peminat Janna dan Sufian merasakan mereka bercinta. Anda boleh lihat video di IG stories dalam akaun milik Sheila Rusly di mana Sufian menyanyikan lagu Janna sambil menulis kata-kata romantik. Hmm.. Macam ada something je ni.
LAGU SUFIAN SUHAIMI KEPADA JANNA NICK

“Saya nak ke Johor Bahru ni, awak jaga diri baik-baik ya!”- kata-kata Sufian dalam video ini seolah-olah mereka seperti sedang bercinta.

Sheila Rusly Doakan Hubungan Mereka
Pengarah dan penerbit popular, Sheila Rusly telah memuat naik gambar dia bersama Sufian di Instagramnya. Sheila sempat ada mengusik Sufian tentang hubungannya dengan wanita yang tak disebut nama. Namun Sheila yakin hubungan mereka berdua akan berkakhir ke jinjang pelamin.

Bunga bukan sekuntum.Terkejut @sufiansuhaimi_ bila sis cakap “cubalah petik bunga ditaman sis”😍 Yang mana satu ek?😜Cer korang teka siapa yg Yan pilih😍 tak lama lagi makan nasi minyak lahhh kita tok sidang😍 Org teluk intan standby esuk 4pm sis nak ketuk


“Bunga bukan sekuntum. Terkejut @sufiansuhaimi_ bila sis cakap “cubalah petik bunga ditaman sis”😍 Yang mana satu ek?😜Cer korang teka siapa yg Yan pilih😍 tak lama lagi makan nasi minyak lahhh kita tok sidang!”
Justeru, foto yang dimuat naik oleh Sheila ini juga menyebabkan timbul persoalan netizen adakah wanita yang dimasudkan adalah Janna Nick.
Akan Bercinta Di Matamu

Sedang kami membaca reaksi peminat yang tertera di ruangan komen, secara tak sengaja kami menemui komen dari Janna dan Sufian sedang berbalas-balas kata-kata romantik dan ini menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka memang sedang bercinta.

Kisah terputusnya ikatan pertunangan antara pelakon Elfira Loy dan Sufian terus menjadi perbualan hangat netizen dan ada yang mengaitkan aktres berkenaan sudah ada pengganti. Kali ini giliran Sufian pula mencari pengganti, kalau dah jodoh apa salahnya!

SUMBER : HANGAT DOT COM

Berlainan pula dengan kisah Elfira Loy … mari baca 
Usahawan Ni Masuk Hospital Selepas Tersebar Foto ‘Dating’ Dengan Elfira

DIKAITKAN mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Elfira Loy menyebabkan usahawan muda dikenali sebagai Asyraff Mazlan dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara, baru-baru ini.

Menurut Asyraff, 30, dia ditahan di wad selama tiga hari kerana mengalami tekanan dan perlu berehat dengan pantauan doktor.
PUNCA GOSIP DIA MASUK HOSPITAL

“Saya mengalami sedikit tekanan sehari selepas tersebarnya foto mengatakan saya mempunyai hubungan istimewa dengan Elfira dan menjadi punca mereka (Elfira dan Sufian Suhaimi) putus tunang.

“Saya memilih untuk berehat di hospital dan cuba untuk tidak terlalu memikirkan tentang gosip yang tersebar itu. Alhamdulillah sekarang kesihatan dah okay,” katanya kepada mStar Online.

Asyraff ditemui semasa pertunjukkan fesyen raya Leeyana Raya 2018 yang berlangsung di The Majestric Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Asyraff berkata dakwaan dia menunaikan umrah bersama Elfira dan keluarga juga adalah tidak benar.

Ujarnya, mereka mengerjakan ibadah tersebut dalam kumpulan yang ramai dan foto itu dimuat naik sebelum pelakon tersebut berdepan dengan kontroversi putus tunang.

“Kami bukan buat umrah bersama, sebaliknya kita pergi dalam kumpulan yang ramai dan foto yang saya kongsi beserta kapsyen di Instagram hanyalah gurauan sesama teman.

 

“Netizen yang keluarkan semula foto itu dan kaitkan saya dengan isu putus tunang sedangkan kami mengerjakan ibadah umrah sebelum kontroversi itu timbul.

“Sebenarnya saya dah kenal keluarga Elfira sejak awal dia bergelar pelakon lagi dan kami hanya berkawan biasa sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Asyraff mengakui jarang menghubungi Elfira dan memilih untuk tidak masuk campur urusan peribadi pelakon tersebut.

“Kami jarang berhubung dan terakhir bertemu semasa sambutan hari jadi seperti dalam foto yang saya muat naik di Instagram tempoh hari.

“Sekarang ini saya tak mahu terlalu memikirkan mengenai gosip tersebut kerana ia tidak benar dan kami hanya berkawan.

“Saya pun sudah berpunya dan mujurlah kekasih faham apa yang berlaku dan tidak salah anggap dengan khabar angin ini,” ujarnya.

Sebelum ini, nama Elfira menjadi perbualan hangat netizen apabila ibunya mengesahkan ikatan pertunangan di antara anak perempuannya dengan penyanyi Sufian Suhaimi sudah berakhir dan pihak perempuan sudah memulangkan cincin pertunangan di rumah keluarga Sufian di Muar, Johor pada 18 Februari lalu.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober 2017 dan sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Jumaat lalu.

SUMBER : MSTAR ONLINE