Salah Seorang Pelajar Akademi Fantasia Meninggal Dunia.. Innallilah

Berita kematian salah seorang peserta Akademi Fantasia 2016. Hangat.com baru sahaja menerima khabar berita dimana salah seorang pelajar Akademi Fantasia 2016, Emy telah meninggal dunia tengahari tadi akibat kemalangan jalan raya di Sabah
Bertembung Dengan Lori

Emy atau nama sebenarnya Zahrul Hilmi Badrul Hisam telah menaiki motorsikal dan bertembung dengan sebuah lori.

Emy sebelum ini diserap masuk pada minggu ketiga rancangan realiti itu selepas memenangi pertandingan JoHaRockstar dan namanya diumumkan sebagai antara pelajar tersingkir pada konsert kelima Akademi Fantasia 2016

SUMBER : HANGAT DOT COM
INI BIODATA ARWAH Zahrul Hilmi Badrul Hisam A.K.A EMY
Nama penuh Emy AF 2016: Zahrul Hilmi Badrul Hisam

Umur: 23 tahun

Asal: Sabah

Pekerjaan: Busker

Pencapaian: Juara JoHaRockstar 2016
Sebelum ini arwah adalah Juara JoHaRockStar 2016

Dengan bergelar juara di program pencarian bakat JoHaRockstar, anak didik kumpulan Estranged, Amy atau nama sebenarnya Zahrul Hilmi Badrul Hisam, 23, secara rasminya merupakan pelajar baru AF2016 yang akan diperkenalkan menerusi konsert AF minggu ketiga yang berlangsung malam nanti.

Amy yang menyampaikan lagu ‘Tetap Dalam Jiwa’ nyanyian asal Isyana Sarasvati pada konsert akhir program tersebut telah menewaskan empat peserta lain iaitu Fazila (Junior Kristal), Acap (Junior Hyperact), Mastura (Junior Khalifah) dan Phillies (Junior Projector Band).

Mengulas mengenai kemenangannya, Amy berkata dia tidak sabar untuk menjalani sesi pembelajaran di Akademi Fantasia.

“Minat dan bakat muzik saya bermula sejak berumur 12 tahun lagi. Sehingga kini saya berusaha mencari platform terbaik untuk memperkembangkan bakat saya.

“Saya yakin bakat saya dalam bidang muzik dapat diasah dengan cemerlang di Akademi Fantasia lebih-lebih lagi dengan bantuan tenaga pengajar yang profesional.

“Sudah pasti saya akan dapat tahu dan terima lebih banyak ilmu berbanding sebelum ini di mana saya hanya belajar sendiri,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

 
Innallilah dan salam takziah kepada keluarga arwah Emy, Semoga mereka tabah hadapi dugaan ini.

sumber: gedebak viral