Mereka Temui Kubur Lama. Bila Diperiksa Wanita Tersebut Melahirkan Anak Di Dalam Kubur? Pengkaji Ini Keliru Dan Siasat.. Rupa Rupanya

Pernah anda dengar kes tentang bayi yang dilahirkan di dalam kubur? Penemuan sebuah kubur lama di Imola, Itali yang dilaporkan berasal dari awal zaman pertengahan menunjukkan kisah ngeri tentang aspek perubatan pada ketika itu.

Kubur tersebut dikatakan menyimpan sisa-sisa tulang seorang wanita muda dianggarkan berumur 25 hingga 35 tahun bersama dengan rangka tulang bayi yang ditemui berada di celah kangkangnya.

Bukan sahaja itu, terdapat lubang pada bahagian tengkorak wanita tersebut sekali gus membuatkan para pengkaji percaya kematian wanita berkenaan adalah berpunca daripada rawatan pembedahan otak pada zaman itu.

Kaedah yang disebut sebagai trepan ini digunakan untuk merawat segala jenis penyakit dan gangguan ringan seperti masalah kandungan dengan menggerudi lubang pada tengkorak.

Menurut para pengkaji dari Universiti Ferrara dan Bologna, antara masalah yang dialami oleh kaum wanita ketika mengandung adalah demam panas, sawan, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Justeru, simptom-simptom ini hanya boleh dirawat dengan kaedah trepan.

“Berdasarkan kepada kesan luka dan peringkat akhir kandungan, hipotesis kami adalah wanita tersebut mengalami preeclampsia atau eclampsia dan dia telah dirawat dengan kaedah trepan bagi menghilangkan tekanan pada kepalanya.”

Dipercayai, wanita berkenaan mampu bertahan sekurang-kurangnya seminggu sebelum dia akhirnya meninggal dunia. Hal ini demikian kerana terdapat kesan tulang yang sedang beransur sembuh sekali gus membuktikan rawatan berkenaan berjaya tetapi kesakitannya tidak dapat ditanggung oleh wanita itu. Kandungannya pula pada ketika itu berkemungkinan besar telah mencapai usia 38 minggu.

Jika sangkaan para penyelidik tepat, berkemungkinan besar ibu berkenaan tidak berjaya dipulihkan selepas menjalani pembedahan tersebut. Oleh itu, dia telah dikuburkan ketika masih lagi mengandung sebelum melahirkan bayinya.

Keadaan ini digelar sebagai ‘kelahiran keranda’. Para pengkaji percaya gas yang keluar daripada tubuh mayat telah memaksa bayi berkenaan keluar secara semulajadi seolah-olah ianya dilahirkan walaupun si ibu telah pun meninggal dunia.

Hasil dapatan kajian telah diterbitkan di dalam jurnal World Neurosurgery. Kes kematian akibat rawatan trepan dan juga kelahiran di dalam kubur itu merupakan salah satu kes yang jarang berlaku dan mengejutkan ramai.

Fenomena misteri dan luar biasa!

SUMBER : ERA BARU

Artikel Lain …
Padah terima rasuah bernilai RM618 juta seorang pegawai kerajaan China dijatuhi hukuman mati
Padah terima rasuah bernilai RM618 juta seorang pegawai kerajaan China dijatuhi hukuman mati

Nasib seorang bekas timbalan datuk bandar dari bandar Lüliang di provinsi Shanxi akhirnya diputuskan mahkamah. Dia telah dijatuhi hukuman mati kerana bersalah menerima sogokan bernilai USD160 juta (RM618 juta). Dia adalah pegawai China yang pertama dijatuhi hukuman mati selepas Presiden Xi berikrar untuk mengatasi gejala rasuah.

Zhang Zhongsheng dijatuhi hukuman mati pada hari Rabu selepas mahkamah mendapati dia bersalah menerima rasuah sebanyak RM618 juta.

Walaupun hukuman mati akan dikatakan tanpa penangguhan, Zhang masih boleh mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu dan hukuman mati mesti diluluskan oleh mahkamah tinggi di Beijing.

Walau bagaimanapun, dia hanya mempunyai 10 hari untuk mengemukakan rayuan. Jika dia tidak mengemukakan rayuan, keputusan kes itu akan diserahkan kepada Mahkamah Tinggi Shanxi dan kemudian kepada Mahkamah Agung untuk diperiksa dan diluluskan, lapor China Daily.

Dikenali sebagai “godfather” oleh masyarakat setempat kerana pengaruh dan kuasanya, Zhongsheng “tidak memberi perhatian kepada undang-undang dan sangat tamak”.

Mahkamah mengatakan bahawa mereka mendapati perbuatan rasuah yang dilakukan oleh Zhongsheng adalah “sangat serius” yang menyebabkan “kerugian yang besar kepada negara dan rakyat”, lapor Xinhua.

Lelaki berusia 65 tahun itu menyalahgunakan jawatannya selama 16 tahun ketika menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan tempatan.

Dari tahun 1997 hingga 2013, dia bertanggungjawab memberi kelulusan dan lesen rasmi kepada projek arang batu, penggabungan dan pengambil alihan. Semua itu dilakukan secara haram dengan melibatkan wang sebanyak  1.04 bilion yuan, melaporkan Shine.

Mengikut mahkamah, jenayah Zhang telah menjejaskan ekonomi tempatan dan memberi kesan sosial yang negatif  di negara.

“Apabila melibatkan jumlah rasuah sangat besar serta memebri pengaruh sosial yang teruk, terdakwa boleh dijatuhi hukuman mati di bawah undang-undang.

Kredit foto: SCMP

Berikutan kejadian itu mahmakah juga memutuskan bahawa aset peribadi Zhang akan dirampas. Hal ini kerana dia tidak dapat memberitahu daripada mana sumber wang lebih daripada 130 juta yuan yang ada dalam simpanan aset peribadinya.

Sementara itu, di Malaysia, bekas pegawai DBKL yang menyalahgunakan jawatannya untuk mendapatkan lapan unit kondominium di Bandar Tun Razak, berjumlah hampir RM2 juta hanya dijatuhi hukuman penjara lapan bulan…

Sumber: SAYS via ERA BARU