Kisah Disebalik Bruce Lee Tewas Dengan Pengasas Silat Gayong Malaysia Dato Meor Abdul Rahman?

Mari kenali siapa sebenarnya Bruce Lee
Bruce Lee merupakan lagenda dan hampir seluruh dunia mengenali beliau dan walaupun beliau sudah meninggal, namanya masih lagi disebut-sebut hingga ke hari ini. Ada desas-desus yang mengatakan Bruce Lee mati selepas tewas dengan Silat Melayu.

Bruce Lee lahir di Chinatown, San Francisco, pada 27 November 1940. Nama betulnya..


Lee Jun-Fan
Ayahnya yang berbangsa Han, bernama Lee Hoi-Chuen, dan ibunya Grace Ho, mix coco Cina dan Inggeris (Jerman-Katolik).

Keluarga Lee kemudian berpindah ke Hong kong ketika Bruce Lee berusia 3 bulan.

Di Hong Kong, Bruce hidup sebagai anak jalanan dan kerap terlibat dalam pergaduhan. Kerana sering kalah dalam pergaduhan antara geng, Bruce cuba belajar ilmu pertahanan diri Wing Chun dengan guru pertama bernama Yip Man pada 1957.(Terus imagine muka Donnie Yen.. hehe).

Guru Yip mengajar ilmu pertahanan diri tersebut dengan menggunakan alat bantu tingkat kayu, patung kayu, mahupun teknik sparring.
Dia mengarahkan Bruce mengikutnya dan bertarung dalam pertandingan rasmi
Namun, rakan-rakan seperguruannya kemudian menolak untuk berlatih bersama Bruce setelah mengetahui latar
belakang keturunannya yang menunjukkan dia bukan seorang Cina tulen. Dia kemudian berlatih secara persendirian dengan Yip Man.

Ketika beliau tinggal di Amerika pada akhir tahun1950-an, Bruce mula mengajar ilmu yang dimiliknya. Dia menyebut ajarannya sebagai Jun Fan Gung Fu atau kungfu milik (Lee) Jun Fan.

Walau bagaimanapun, pada masa itu dia kerap meningkatkan ilmunya dengan pertahanan diri lain, seperti judo, yang diperoleh dari temannya, Jesse Glover. Sejak daripada itu, Bruce Lee lebih selesa menyebut ilmu pertahanan dirinya sebagai Jeet Kun Do.

Pengayaan Jun Fan Gung Fu ini semakin meluas setelah dia bertemu dan tinggal bersama seniornya, James Yimm Lee, di Oakland pada tahun 1964. Yimm Lee lah yang membawa Bruce Lee untuk ikut serta dalam kejohanan pertahanan diri campuran di Long Beach dan memperkenalkannya kepada Ed Parker. Melalui Ed Parker

inilah, karier Hollywood Bruce Lee terus diperluas. Cerita tentang masa lalu Bruce Lee inilah yang kemudian menghasilkan mitos-mitos tentang kehebatan ilmu gerak dan pukul Bruce Lee.
Berikut 8 fakta tentang kelajuan gerakan dan kekuatan pukulan Bruce Lee.

1. Teknologi filem ketika itu tidak mampu menangkap kelajuan gerak Bruce Lee. Kemampuannya rata-rata pada masa itu baru 24 fps (Frame per shot). Untuk menangkap gerak Bruce Lee, mereka terpaksa menggunakan filem berkapasiti 32 fps. Itu pun belum sepenuhnya mampu untuk menangkap gerakan laju beliau.

2. Kelajuan gerak tangan Bruce Lee mampu memindahkan syiling antara telapak tangan sebelum telapak tangan pertama menutup.

3. Bapanya memindahkan Bruce dari Hong Kong ke San Francisco untuk menghindarkan dirinya daripada pihak polis Hongkong yang telah mengenali beliau sebagai petarung jalanan.

4. Bruce Lee mampu menembusi tin minuman dengan jarinya. Pada masa itu, tin minuman masih diperbuat daripada keluli nipis.

5. Fakta yang sudah ramai diketahui, Bruce Lee mampu melakukan gerak push-up dengan hanya menggunakan ibu jari dan telunjuk kanannya.

6. Pada tahun 1970, Bruce Lee mengalami kecederaan belakang yang menurut pakar perubatan, hal ini akan membuat beliau tidak mampu melakukan gerakan seperti dulu. Tanpa memikirkan keadaan kesihatannya yang kian lemah, dia terus melakukan gerak berbahaya sehingga kematiannya pada tahun 1973.

7. Tendangan sampingan Bruce Lee mampu menerbangkan karung guni seberat 150 kilogram dan memecahkan karung tersebut seberat 75 kilogram.

8. Pukulannya mampu membuat lawannya terpelanting sehingga 5 meter. Bob Baker dari Stockton yang pernah mengalami hal ini mengaku meminta Bruce Lee untuk tidak mengulanginya.
Kisah Bruce Lee dikalahkan Allahyarham Dato Meor adalah tidak benar, Kenapa?
bruce lee dikalahkan allahyarham dato meor abdul rahman

Dan Inosanto ada juga menyebut tentang hal ini. Beliau berkata bahawa kisah tidak benar ini harus dihentikan serta-merta kerana ianya telah menjadi kepercayaan ramai pengamal seni mempertahankan diri di Malaysia sejak tahun 2004. Mengikut cerita yang tersebar di internet, ketika Dato Meor Dalam perjalanan ke England, kapal terbang terlah berhenti seketika (transit) di Hong Kong pada 13 July 1973.

Apabila mengetahui Dato Meor sedang berada di Hong Kong, Bruce Lee lantas berjumpa Dato Meor untuk bertarung. Diceritakan juga bahawa Bruce Lee menyapa Dato Meor dengan sombong dan angkuh. Dato Meor pada ketika itu berumur 56 tahun dan Bruce Lee berumur 32 tahun. Akhirnya kerana terlalu dipaksa Bruce Lee, Dato Meor menggunakan teknik “Kipas Senandung” ke atas Bruce Lee menyebabkan Bruce Lee mengalami kecederaan dalaman justeru menjadi punca kematiannya. Semua kisah ini adalah tidak benar sama sekali.

peta perjalanan daro meor

Pertama sekali, kisah ini mula tular selepas kematian kedua-dua tokoh ini iaitu Dato Meor dan Bruce Lee. Semasa hayat mereka tidak pernah pula didengari tentang ini. Yang kedua, adakah logik sekiranya perjalanan dari England ke Malaysia, kapal terbang berhenti transit di Hong Kong? Tidak pula diceritakan punca transit ke Hong Kong tersebut. Ada ribut tornado di khaitulistiwa Malaysia agaknya.

Pada tahun 70an, Bruce Lee sudah menjadi seorang yang sangat sibuk dengan urusan kerjayanya. Beliau adalah superstar yang dikenali ramai dan juga seorang pengarah filem terkenal. Pasti ramai akan mengerumuni beliau dan menjadi saksi kisah tersebut kalau benar beliau datang ke lapangan terbang Kai Tak untuk bertarung dengan Dato Meor. Ditambah pula lapangan terbang Kai Tak Hong Kong telah memiliki cctv sejak awal tahun 70an lagi. Pasti ada rakaman peristiwa itu sekiranya benar.

bruce dengan dan inosanto

Adakah pengawal keselamatan airport membiarkan saja mereka berlawan? Mustahil. Kalau ya pun, pasti sekuriti akan suruh bertarung di luar yang menguatkan fakta lagi bahawa Dato Meor tak akan boleh keluar dari airport sewenang-wenangnya ketika transit. Kalau terlepas flight macam mana? Bruce Lee bukan seorang yang suka mencabar orang yang tidak dikenalinya. Ini adalah fitnah ke atas Bruce Lee. Hakikatnya adalah berlawanan dengan kisah tersebut. Ramai yang mencabar Bruce Lee namun tidak diendahkan beliau. Dikatakan krew penerbitan yang pernah bekerja dengan Bruce Lee semuanya tergelak besar apabila mengetahui tentang cerita Bruce Lee dikalahkan Dato Meor ini.
Punca Kematian Bruce Lee yang sebenar
Hal ini diceritakan sendiri oleh isterinya, Linda Lee Cadwell yang sangat terkilan dengan sikap media menyebarkan risalah palsu mengenai mendiang suaminya. Ada yang mengatakan punca kematian adalah disebabkan pengambilan dadah, dan ada juga mengatakan Bruce Lee dibunuh seseorang.

linda lee cadwell isteri bruce lee

Yang sebenarnya, Bruce Lee mati disebabkan oleh Edema Sebebral dimana kondisi ini menyebabkan peningkatan jumlah air di dalam otak yang berpunca dari alahan Equagesic (meprobamate and aspirin). Equagesic digunakan oleh Bruce Lee untuk mengurangkan kesakitan ligamen, otot, saraf, tendon dan struktur yang menyokong tulang belakang.

Keputusan ini telah dikeluarkan bukan dari satu unit forensik, tapi dari banyak unit lain di seluruh dunia. Walaupun keputusan ujian ada mengatakan badan Bruce Lee mengandungi bahan seperti kanabis, namun itu bukanlah penyebab kematiannya.

SUMBER : SweetNutella

SUMBER : Illuminasi