KANTOI! Pasangan lakukan seks oral di mahkamah tak sedar aksi dirakam CCTV

 

 

SEORANG wanita yang seronok melakukan seks oral terhadap teman lelakinya iaitu seorang tertuduh yang sedang menunggu keputusan penghakiman di mahkamah di Rusia, tidak sedar mereka sudah menjadi ‘bintang’ tular.

Pasangan tersebut melakukan perbuatan itu sebaik sahaja hakim keluar dari kamarnya untuk membuat keputusan.

Aksi kedua-dua mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) mahkamah daerah Sovetsky di Rostov-on-Don.

Video berkenaan menunjukkan pasangan itu lengkap berpakaian manakala wanita terbabit dalam kedudukan ‘paling intim’ untuk melakukan seks oral.

Perbuatan yang dilakukan pasangan berkenaan telah dilihat oleh sekurang-kurangnya tiga saksi.

Mereka kemudiannya menghentikan perbuatan sumbang mereka sebaik sahaja menyedari kehadiran pegawai mahkamah.

Hakim kemudiannya mengasingkan pasangan itu sebelum membuat keputusan bagi kesalahan lelaki tersebut, lapor media tempatan.

Laporan bagaimanapun tidak menyebut pertuduhan yang dihadapi lelaki terbabit namun dia berdepan satu lagi tuduhan menghina mahkamah yang boleh membawa hukuman denda sehingga 80,000 RUB (RM5,397) atau empat bulan penjara.
Lelaki Yang Kantoi Buat Aksi Biadap Di Kaunter Domino’s Pizza Bengang Dihukum! Korang Mesti Terkejut Apa Hukuman Yang Hakim Kenakan Terhadap Mereka..
 

 

PASANGAN yang ditangkap melakukan seks di sebuah restoran pizza Domino’s terlepas hukuman penjara.

Rakaman CCTV menunjukkan Daniella Hirst dan Craig Smith melakukan seks dan aksi tidak senonoh di tepi kaunter restoran tersebut sambil pekerja di situ lalu-lalang, awal tahun ini.

Pasangan tersebut yang melakukan adegan terlampau itu di cawangan Castle Road, di Scarborough, muncul di Mahkamah Majistret Scarborough petang Selasa.

Hirst, 29, dari Bridlington, dikenakan perintah komuniti 12 bulan dan perintah berkurung selama 23 minggu.

Dia juga diperintahkan untuk menjalani pemulihan selama 10 hari dan diperintahkan untuk membayar surcaj £85.

Smith, 31, juga dari Bridlington, turut dikenakan perintah kemasyarakatan 12 bulan, termasuk 23 jam perintah berkurung.

Dia juga diperintahkan untuk menjalani 15 hari pemulihan, 200 jam kerja tanpa gaji dan membayar surcaj £85.

Apabila diberitahu bahawa dia perlu melakukan pekerjaan selama 200 jam, dia dilaporkan bengang dan menjerit.

“Mengapa saya perlu dikenakan tambahan (hukuman) itu?!’
Malah dia juga mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemberita di luar mahkamah.

Majistret, ketika perbicaraan menyaksikan rakaman 18 minit yang menunjukkan pasangan itu berkunjung ke kedai pizza pada Februari lalu.

Video itu menunjukkan mereka memesan makanan, mundar-mandir di sekitar sebuah kon kuning, sebelum Hirst melakukan seks oral terhadap Smith.

Mereka kemudiannya dilihat melakukan hubungan seks dalam keadaan bersandar di kaunter.

Scott McLoughlin, peguam pasangan itu memberitahu mahkamah kejadian itu berlaku selepas pasangan itu minum minuman keras. -metroUK

Semoga tindakan jijik pasangan ini tidak ada yang menjadi ikutan oleh anak remaja zaman kini yang ada sebahagiannya tanpa segan silu bercium mulut di tempat awam. Siap letak dalam media sosial lagi

sumber: media2060