Isteri Nabil Risau Bila Nampak Neelofa Dengan Nabil Tapi Rupa-Rupanya

Sudah bertahun lamanya pengacara Nabil ahmad bergandingan dengan Neelofa mengacarakan rancangan MeleTop. Namun begitu, keserasian mereka berdua menyebabkan ramai tertanya adakah Nabil terpikat dengan si cantik Neelofa.
Kepada Media Hiburan, Nabil menyatakan yang hubungan mereka tidak lebih sekadar teman:
Kami punya hubungan sesuatu yang memang betul-betul “kau aku”. Kami pun sudah lama kenal dan mungkin sebab itulah kami boleh berkawan memandangkan saya dan dia tahu batas masing-masing.

Kita pun tahu lah taste dia macam mana. Kita ni despatch la pula.

ISTERI NABIL MEMANG BETUL BETUL RISAU PADA AWALNYA
Nabil bagaimanapun mengakui bahawa isterinya ada merasa risau di awal gandingan mereka satu ketika dahulu:

Mula-mula dulu adalah dia (isteri) risau. Tapi bila lama-kelamaan, dia pun tahu kami kerja secara profesional. Malah dia pun tahu percakapan kami pun “kau aku” saja. Tak timbul pun isu-isu macam tu.

Tak terfikir nak kahwin atau tambah isteri, yang ada seorang ni pun dah cukup. Saya sedar kemampuan diri dan belum cukup sempurna rasanya nak pegang amanah berat.

Ilmu agama pun tak banyak, jadi jangan berangan nak tambah isteri. Yang seorang ni pun tak mampu nak kawal, garang semacam, cukuplah!

MeleTOP ialah sebuah rancangan berformat hiburan yang menyiarkan carta lagu, filem serta gosip terkini di dalam dan di luar Malaysia. Rancangan berdurasi 60 minit ini bersiaran secara langsung setiap malam Rabu dan dihoskan oleh Nabil dan Neelofa sejak 2012

SUMBER : BEAUTIFULNARA
Neelofa Dan Siti Nurhaliza Selebriti Wanita Paling Dikagumi Di Malaysia

Sebuah portal menamakan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa sebagai selebriti wanita paling dikagumi di Malaysia.

Dalam senarai portal YouGov, Siti ialah wanita paling dikagumi di Malaysia dengan skor 14.10%. Tun Dr. Siti Hasmah pula menduduki tempat kedua dengan skor 10.10% manakala Neelofa berada di tempat ketiga dengan skor 7.40%.

Pemilihan ini dibuat berdasarkan undian dengan menanyakan dua soalan. Melalui dua soalan ini, jangkauan global serta populariti personaliti-personaliti terbabit dapat difahami

Artikel Seterusnya …
“Tak Perlu Jadi Kawan, Saya Hanya Mahu Neutral,” Neelofa Komen Hubungan Dengan Fazura
 

Image result for neelofa fazura

 

Hubungan dingin antara pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa dan pelakon Fazura dilihat telah berlangsung bertahun lamanya. Baru-baru ini, terdapat seorang pengguna media sosial mendakwa Neelofa telah memerli Fazura melalui satu video yang dimuat naik ke IG storynya.

Melalui rancangan Melodi TV3 pada Ahad, Neelofa telah membuat penjelasan mengenai video itu. Dia menerangkan bahawa dia tidak ada masalah dengan sesiapa dalam industri hiburan:

Tak ada apa jadi pun, sebenarnya. Saya rasa yang lebih-lebih ialah orang di media sosial. Saya tiada ada-apa masalah dengan sesiapa dalam industri. Industri ini sangat kecil, kami akan terserempak juga, majlis itu, majlis ini, nampak juga muka yang sama. Saya tak ada perseteruan dengan sesiapa.

Neelofa menambah yang dia tidak kisah jika Fazura tidak jadi kawannya, cuma tidak mahu sebarang masalah:

Tak perlu jadi kawan, hanya neutral, tak ada apa-apa masalah dengan satu sama lain, itulah yang sebenarnya saya mahukan.

Neelofa juga menerangkan bahawa orang ramai tidak tahu apa sebenarnya latar belakang video tersebut, sebaliknya membuat penghakiman berdasarkan apa yang terpapar dalam video berdurasi 30 saat itu sahaja:

Orang menghakimi berdasarkan video 30 saat tersebut. Apa jua perbualan kami sebelum video itu dirakamkan, orang tak tahu.

Orang tak tahu apa perbualan kami yang sebenar. Saya anak pusing masa balik pun tak boleh, tapi saya rasa apa yang boleh dilakukan untuk pulihkan (keadaan), saya gembira, lebih dari gembira jika semua orang neutralkan semua benda, bukannya orang beri peluang pada orang lain untuk laga-lagakan.

Untuk makluman pembaca BeautifulNara, Neelofa memenangi pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010 dan pernah berlakon bersama Fazura dalam siri drama Tahajjud Cinta pada tahun 2011.

Hubungan antara keduanya dingin dan renggang selepas itu atas sebab tidak diketahui di mana Neelofa pernah membuat kenyataan Fazura ingin ‘menjatuhkannya’ dan Fazura pula membuat kenyataan balas bahawa Neelofa bukan sesiapa untuk dia ‘jatuhkan’ tidak lama selepas Tahajjud Cinta ditayangkan

SUMBER : BEAUTIFULNARA