Isteri Dia Dimalukan Oleh Semua Orang Dan Sebab Itu Dia Sanggup Gali Lubang Selama 40 Hari Dan Pada Hari Ke 40 Sesuatu Terjadi Yang Buat Orang Yang Malukan Isteri Dia Terdiam

NEW DELHI – Terkilan mendengar isterinya dimalukan oleh orang berkasta lebih tinggi kerana mengambil air di telaga mereka, lelaki ini sanggup menghabiskan 40 hari berturut-turut untuk menggali perigi bagi mencari air untuk kegunaan keluarganya.

Bapurao Tajne, menangis bila isterinya menceritakan kembali pengalaman dia dihalang dan dimalukan ketika cuba mengambil air dari telaga milik orang yang lebih berkasta tinggi di Maharashtra, India, yang dilanda kemarau.
“Saya berazam, kami tidak akan lagi mengemis air daripada sesiapa,” katanya.

Tajne yang bekerja sebagai buruh, sanggup bangun lebih awal setiap pagi dan menggali telaga selama 4 jam sebelum pergi kerja selain dua jam sebaik pulang bekerja.

“Sebenarnya saya cuma berdoa dan bergantung kepada kata hati ketika mencari tempat menggali.
“Meskipun pada mulanya saya gagal kerana tiada pengalaman atau ilmu. Malah, ramai yang mentertawakan saya kerana terpaksa mencuba tiga kali sebelum berjaya. Namun saya tidak berputus asa dan akhirnya menemui air,” katanya.

Tajne juga turut bermurah hati berkongsikan air telaganya itu bersama orang kampung.
“Biarlah mereka ketawakan saya dulu, yang penting kita semua dapat berkongsi rezeki,” katanya.
Difahamkan, seramai 330 juta orang terkesan akibat cuaca kemarau yang melanda India. Sesetengah tempat juga bekalan air minuman telah dicatu.

“Sejujurnya, saya tidak pernah membantunya langsung. Malah saya pernah mentertawakan dia kerana tidak percaya dia mampu berjaya. Tetapi sebaik saja dia menemui air, saya dan kami sekeluarga gembira dan terus menyokongnya,” kata isterinya.

SUMBER : AWAK COMEL

Artikel Lain ..
Seorang Bomba Berusia 21 Tahun Itu Mati Semasa Bertugas, dan Ayahnya Menolak Sumbangan RM270,000 Kerana Satu Alasan Ini….Sungguh Mengharukan!

Baru-baru ini, seorang anggota bomba dari daerah Kabupaten Hsinchu, Taiwan, Lin Yongxuan yang baru berusia 21 tahun, mati dalam kemalangan saat sedang bertugas.

Setelah mengetahui kejadian tersebut, pengelola e-commerce, Mr. 486 (Chen Yan-chang) menyatakan akan menyumbangkan 2 juta NTD (sekitar 270000 ringgit) kepada keluarga Lin Yongxuan.

Namun, anggota keluarganya menolak, alasannya “Lin Yingxuan masih muda, belum menyumbangkan apa-apa pun kepada masyarakat.

Saya merasa sangat malu dengan hal yang berlebihan ini, apalagi saya dan istri juga masih punya pendapatan, jadi kami tidak boleh menerimanya, tapi terima kasih atas perhatian dan kepedulian dari semua lapisan masyarakat,” kata ayah Lin Yong xuan.

Sikap rendah hati dan ketegaran ayah Lin Yongxuan itu membuat orang kagum dan tersentuh.

Setelah mendapat penolakan sumbangan dari anggota keluarga Lin Yongxuan, Mr. 486 (nama samaran di internet) atau Chen Yan-chang mengatakan: “Yang saya sumbangkan itu bukan wang semata, melainkan wujud penghormatan terhadap sesama saudara kita dalam pasukan pemadam kebakaran.”

Karena ayah Lin Yongxuan menolak sumbangan itu, dia memutuskan menangani dana sumbangan itu dengan dua cara.

(Ayah Lim Ying Xuan)

Pertama menyumbangkan wang itu ke pasukan pemadam kebakaran Hsinchu, Taiwan, untuk membeli perlengkapan peralatan pemadam kebakaran, dan yang kedua menyumbangkan ke – 50 rumah asuhan atas nama Lin Yongxuan.

Sementara itu, ketua pasukan pemadam kebakaran setempat mengatakan bahwa kerana ketulusan Mr. 486,

dia juga menyarankan agar anggota keluarga Lin Yongxuan mempertimbangkannya dengan sebaik-baiknya, mungkin ada cara lain untuk mengubah sumbangan itu dalam bentuk cinta kasih yang lebih besar.

Setelah berbincang lebih lanjut, ayah Lin Yongxuan akhirnya setuju menerima sumbangan itu, dan menyumbangkan wang sebesar rm270000 itu kepada orang lain yang lebih memerlukan. Dia juga mengatakan akan berterima kasih langsung kepada Mr. 486 atas sumbangannya.

Meskipun orangtua Lin Yongxuan kehilangan anak lelaki kesayangan mereka, namun, mereka masih mampu bersikap rendah hati dan tetap tegar, mengubah sumbangan yang diterima itu dalam bentuk cinta kasih yang lebih besar kepada masyarakat. Sungguh mengagumkan !

Sumber : erabaru.net