Hannah Delisha Jawab Tuduhan Mula Letak Harga Tinggi

Hannah Delisha

KUALA LUMPUR: Pelakon baharu Hannah Delisha menganggap tuduhan dia dan pengurusannya meletakkan harga tinggi bagi membintangi sebuah drama adalah tidak berasas.

Hannah, 22, berkata, pihak pengurusannya sudah menyelesaikan perkara berkenaan dengan produksi drama tersebut.

“Ia hanya gosip dan tidak wujud pun masalah yang ditimbulkan itu kerana kami masih bekerjasama dengan pihak berkenaan untuk beberapa projek lain.

“Pengurusan saya juga sudah bertanya dengan pihak terbabit dan mereka juga tidak tahu dari mana datangnya kenyataan itu,” ujarnya kepada mStar Online.

Pelakon Mencintaimu Mr Photographer itu mengulas laporan ruangan pojok bahawa dia meletakkan harga tinggi untuk drama terbitan MIG Production.

Pelakon tersebut kononnya terlalu berkira dan melupakan jasa MIG yang mengangkat namanya dalam industri menerusi drama berkenaan.

 


Hannah Delisha
Hannah ditemui pada pelancaran drama mini Tiga Gadis Manis musim 2 di sini, Isnin.

Dalam pada itu, Hannah menganggap perkara tersebut sekadar gosip biasa yang harus dihadapi sebagai seorang selebriti.

Tiada Masalah Permit

Sementara itu, aktres kelahiran Singapura ini berkata, dia tiada masalah dengan hal dokumentasi sepanjang bekerja di negara ini.

“Saya menganggap ia perkara utama untuk membina kerjaya di sini. Selama ini juga tiada masalah kerana pihak pengurusan sudah membuat permit kerja untuk setahun.

“Lagi pula saya terikat dengan kontrak sebagai duta telefon Huawei di sini,” ujarnya.

Dia mengulas tentang rakan seperjuangannya Nadiyah Shahab yang dilaporkan dihalang memasuki Malaysia pada malam Ahad lalu berikutan gagal menunjukkan permit kerja ketika melalui imigresen Malaysia.

Tags / Kata Kunci:Hannah Delisha

sumber: mstar

Hannah Delisha Terima Mesej & Gambar Lucah

Nama Hannah Delisha mula melonjak naik melalui drama Mencintaimu Mr Photographer namun apa yang tidak sedap didengarnya adalah apabila dia mengakui menerima banyak kiriman gambar dan mesej berbaur lucah di Instagram.

“Sejak drama ini ditayangkan di saluran Astro Ria, ruangan Direct Massage (DM) Instagram dihujani pelbagai mesej. Ada antaranya gambar dan mesej lucah dan tidak kurang juga yang meluahkan perasaan cinta”

“Namun saya tak layan pun semua mesej itu kerana bimbang mereka bertindak lebih lagi. Jadi, jadi terbaik saya buat tak tahu saja. Lagi satu, kalau saya membalas mesej itu nanti mereka akan terus berharap saya terus melayan mereka,” jelasnya kepada Harian Metro.

Namun bagi Hannah, dia tidak mudah melatah selain tidak mahu terlalu mengambil pusing perkara sedemikian malah turut berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan komen positif dan kata-kata semangat. (rtky/s)