Akibat Ditekan Berbagai Negara .. Ini Respond Juri MasterChef UK Secara ‘LIVE’ Dan Kenapa Peserta Dari Malaysia Tersingkir

Nama Gregg Wallace menjadi bahan bualan orang ramai sejak beberapa hari lalu apabila mencetuskan kontroversi ‘rendang ayam crispy‘ dalam rancangan MasterChef UK.

Gregg Wallace

Panel juri, Gregg Wallace dan John Torode menerima kritikan berat di media sosial setelah menyingkirkan seorang peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin yang memasak hidangan rendang ayam, dengan Gregg mengatakan ayamnya tidak ‘rangup’.

0d5eImage via New Straits Times

Zaleha Kadir Olpin

Kenyataan tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai terutamanya rakyat Malaysia, malah turut menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
7b54

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Image via Twitter @NajibRazak

Terbaru, Gregg Wallace dan John Torode muncul dalam rancangan Good Morning Britain untuk berikan penjelasan sebenar berkenaan komen mereka terhadap hidangan Zaleha

Bercakap kepada rancangan itu, Gregg berkata:

“Saya tidak bermaksud ia harus digoreng, seperti ayam goreng. Apa yang saya maksudkan ialah hidangan itu tidak cukup masak. Ia tidak dimasak dengan betul. Isinya putih dan lembab.

“Dia (Zaleha) tersingkir bukan kerana kulit ayamnya tidak rangup. Dia tersingkir kerana tukang masak lain lebih bagus. Tukang masak yang terbaik pastinya akan melangkah ke hadapan.”
“Rangup adalah perkataan yang salah, tetapi kulit itu tidak cukup masak”
Dengarkan penjelasan penuh mereka di bawah:

Juri sudah pun bersuara dan beri penjelasan. Sekurang-kurangnya, dapat juga kita tidur nyenyak sedikit malam ini, kan?
RESEPI RENDANG AYAM
Kalau tak tahu nak masak apa untuk juadah hari ini, apa kata usha resepi rendang ayam yang diberikan dibawah ni. Memang nampak sedap. Kalau makan dengan nasi panas-panas ni mesti bertambah punya!

Bahan-Bahan:
1/ 2 ekor ayam ( dipotong2 ) Bahan kisar 15-18 tangkai cili kering 1 1/ 2 biji bawang besar 6- 7ulas bwg putih Sebesar ibu jari halia Sebesar ibu jari lengkuas 3 batang serai ( Kisar semua bhn ni ) 1 biji kelapa ( blender dgn 2 1/2 cawan air. .perah ambil santannya) 5 helai daun limau purut ( carik2 )x nak letak pun xpe. 2 paket kecil kerisik, 2 helai daun kunyit ( hiris ), 1 keping asam keping, 1 1/2 sdb gula pasir, 1/ 2 sdb garam, 1 sdt perasa, 1 1/2 senduk minyak masak

Caranya :
Panaskan minyak. .tumis bahan kisar. .masukkan asam keping. .gula.. tumis hingga betul2 naik minyak. .masukkan kerisik. .daun limau purut dan santan. .bila santan dah mendidih dan mula kering ( sentiasa kacau yer jgn sampai pecah santan)..masukkan ayam.. letak garam dan perasa.. bila ayam da empuk..tabur daun kunyit..bila kuah dah pekat.. sesuaikan rasa.. tutup api.. sedia utk dihidang. .

Sumber : says

Kredit : gegar