Adakah Ini Punca Bagasi Ac Mizal Pecah? Bukan Salah Air Asia .. Anda Nilai Sendiri Rakaman Video Ini

Ini bukanlah perkara pertama yang Air Asia terima berkenaan bagasi pecah, selepas isu Datuk Ac Mizal menjadi tular ramai netizen-netizen mengeluarkan kenyataan bahawa Air Asia tidak pandai atau tidak peduli dengan bagasi penumpang syarikat penerbangan Air Asia.

Sebelum kes Datuk AC Mizal, Air Asia pernah dikecam apabila 1 rakaman dimana pekerja Air Asia mencampak bagasi penumpang.
RAKAMAN PEKERJA AIR ASIA BALING BAGASI

Selepas kejadian itu menjadi tular, Tony Fernandes bertindak jumpa dengan semua pekerja di bahagian bagasi dan menyuruh mereka menjaga bagasi penumpang seperti harta mereka sendiri. Tony Fernandes menyuruh pekerja bagasi Air Asia untuk ‘mencium’ semua bagasi penumpang seolah-olah menjaga harta penumpang.
TONY FERNANDES MERAYU KEPADA PEKERJA JANGAN BALING BAGASI

Selepas kejadian itu, tiada aduan yang menjadi tular berkenaan bagasi pecah di tangan Air Asia sehingga lah tularnya ketidak-puashatian dari selebriti Datuk AC Mizal.
RAKAMAN AC MIZAL TENTANG BAGASI PECAH OLEH AIR ASIA

Perkongsian dibuat AC di laman Facebooknya itu kemudian mendapat perhatian netizen yang turut sama mengecam syarikat penerbangan berkenaan dan beberapa dari mereka juga mengakui pernah mengalami nasib sama.

Sedar akan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, tampil menerusi laman Facebook dengan melakukan video Live menjelaskan situasi yang terjadi itu.

Jelas Tony, AC sepatutnya berhubung dengan dirinya dahulu sebelum membincangkan mengenai perkara itu.

Ujarnya, kejadian berlaku itu bukanlah berpunca daripada kecuaian pekerja AirAsia sebaliknya disebabkan sistem pengendalian bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) yang reka bentuknya sedikit curam.

“Sepatutnya dia menghubungi saya mengenai perkata ini. Kejadian tersebut bukanlah salah pekerja kami tapi sistem beg di KLIA2 yang curam.

“Kami sudah berbincang dengan pihak KLIA2 untuk menyelesaikan isu tersebut,” kata Tony di dalam video tersebut.

Oleh kerana sistem beg di KLIA2 yang sebegitu, segelintir bagasi yang melalui kawasan itu akan meluncur dengan laju dan menyebabkan impak yang kuat terhadap bagasi sekali gus boleh menyebabkan kerosakan.
JAWAPAN TONY FERNANDES KEPADA AC MIZAL

ADAKAH INI PUNCA BAGASI PECAH? ANDA NILAIKAN

Bagaimana Nak Elakkan Dari Bagasi Pecah? Ini Tips Dari Staff Pengendali Bagasi Di Lapangan Terbang.
tip supaya beg tak rosak kapal terbang

Pek dengan padat

Salah satu sebab beg rosak ialah bila kena penyek dengan beg lain yang lagi berat. Bila beg kita tak padat, dan kat atas beg kita pulak ada beg besar gedabak dan lebih berat, secara tak langsung beg kita yang tak padat ni akan berisiko untuk penyek. Tapi ingat, jangan sampai terlebih berat pula, karang nanti pecah zip beg pula. Pack sekadar memenuhi ruang dalam beg sahaja.

Tak perlu luggage yang besar-besar pun

Memandangkan beg-beg di airport diuruskan oleh manusia dan bukan robot, mereka juga terasa penat. Seperti mana kita manusia biasa pun tak larat nak buat kerja punggah luggage, pekerja kargo pun begitu juga. Dan lagi teruk, mereka bukan kerja untuk urus beg kita sahaja malah beribu-ribu beg lain dalam sehari.

Sebab itu ada berat maksimum bagi check-in items iaitu 32 kg (berbeza mengikut airlines tapi semaklum saya, 32 kg ni paling berat lah). Kenapa? Sebab yang akan punggah nanti ialah manusia. Bila kita pek dalam luggage yang lebih kecil (dan lebih padat), risiko nak kena hempas itu berkurang. Malaysia Airlines, Turkish Airlines (berdasarkan pengalaman saya) benarkan kita bawa 30 kg dalam dua beg.

Guna tayar empat dan hard suitcase

Rata-rata pengadali luggage cakap inilah jenis beg paling memudahkan kerja mereka. Sekarang luggage yang tayar empat yang jenis keras macam plastik dah banyak di pasaran. Murah-murah pulak tu. Jadi senang pekerja tu nak alih-alihkan beg anda dalam perut pesawat. Tak kena baling-baling lagi dah. Bila kita niat nak mudahkan kerja mereka, InsyaAllah kita juga dipermudahkan-Nya.

Pek second luggage dalam luggage lain

Jika anda travel dengan dua luggage (maklumlah semasa nak pergi memang tak bawa barang banyak, nak balik je barang banyak sebab beli souvenir dan sebagainya). Jadi, pek barang dalam satu luggage, kemudian masukkan dalam beg lagi satu. Luggage dalam luggage. Tak perlu check in dua luggage (satu berat dan satu kosong). Ingat, beg yang tak padat berisiko penyek.

Nota: Ada sesetengah airlines bagi ganti rugi bagi barang yang rosak dalam luggage tapi bukan luggage itu sendiri.

Beli luggage yang berkualiti dan ada jaminan

Saya guna luggage cap Camel (jaminan 2 tahun) dan United Colors of Benetton – jenis poly-carbonate – (jaminan 5 tahun). Beli masa sales di Parkson Kota Bharu dan Pacific KB Mall. Manakala cabin luggage cap Slazenger dan Samsonite. Alhamdulillah, masih kukuh lagi setakat ni. Cabin luggage tu tak apa lah sebab kita sendiri yang jaga dan kalau rosak pun, kita sendiri yang bertanggungjawab.

Travel insurance

Ni penting bukan sahaja untuk kecemasan, tapi untuk luggage juga.

Sumber Rujukan: Travelog

Kredit: MyNewsHub

Olahan Semula: Buletin Netizen