7 guru paling HOT & Popular di Malaysia. No 6 tu paling Menawan..!!

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Tanggung jawab seorang guru adalah untuk membimbing dan mencerahkan pelajar-pelajarnya untuk membina pengetahuan dan mendidik mereka berkenaan dengan aspek dalam kehidupan. Kerja sebagai seorang guru bukan mudah yang cam awak fikirkan. Kerja ini amat penting untuk menghasilkan orang yang dapat manfaatkan masyarakat dan negara kita.

Banyak orang selepas habis belajar, bercita-cita jadi seorang guru. Nak jadi guru pun bukan senang sebab terlalu banyak orang juga nak jadi guru sebab kerajaan beri banyak faedah kepada guru. Ini disebabkan memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah masyarkat. Tapi bila sudah jadi guru, ada banyak perkara yang tidak dapat bayangkan. Kerja seorang guru adalah terlalu banyak, ajar di dalam kelas, lepas tu perlu atur pelajar buat senaman, dan banyak aktiviti lagi. Lepas tu ada banyak info perlu masukkan ke dalam komputer, nak semak kertas dan peperiksaan dan banyak lagi. Kerja sebagai guru pun sangat letih jugak.

Guru bukan saja perlu memiliki pengetahuan yang sangat luas dan memerlukan kesabaran yang banyak, tapi perlu ada daya penarik jugak. Kalau seseorang guru mempunyai rupa yang kacak dan cantik, pasti dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Video di bawah memaparkan 7 Guru Paling HOT & POPULAR di Malaysia. No 6 tu Paling Menawan..!! JOm sama-sam saksikan
Sila tonton video:

sumber: dharian

Seorang guru besar berpakaian seperti watak ahli sihir semasa Hari Orientasi tahun satu dikecam Netizen??

Beberapa hari lepas, seorang guru besar berpakaian seperti watak ahli sihir semasa Hari Orientasi tahun satu untuk mengalu-alukan kedatangan murid.

” Memalukan sahaja. Tak padan tua. Tak perlu sampai memalukan diri sendiri untuk menarik minat murid datang ke sekolah.”

” Budaya seperti ini menjatuhkan martabat guru yang mulia sehingga orang ramai menghina dan merendah-rendahkan golongan guru.”

” Berpakaian seperti ini adalah membodohkan diri sendiri. Banyak lagi cara lain yang bijak serta tidak menjatuhkan maruah. Kenapa pilih cara bodoh? ”

Demikian antara komen-komen yang tidak bersetuju dengan perbuatan guru besar itu. Aku diam. Baca tanpa komen. Kerana aku tahu, ‘berperang’ dengan geng bawang diruangan komen hanya memedihkan mata sahaja.

Geng bawang ni hanya pandai kecam sahaja. Kau bawa lah fakta macam mana pun, paling tidak bila habis modal dia twist pula.

Esok dah mula hari pertama persekolahan di sebahagian negeri dan sebahagian lain akan bermula lusa. Aku yakin, pasti ada beberapa sekolah yang menggunakan idea ini lagi. Memakai kostum superhero, watak antagonis, atau watak anime yang disukai budak-budak.

Jadi sebelum kecaman demi kecaman tiba dari geng bawang tiba, aku siapkan kubu pertahanan awal-awal. Haha.

Pada aku, inilah dia guru yang ada jiwa. Malah seorang guru besar sanggup turun padang sambut murid. Sanggup berpakaian watak kesukaan kanak-kanak hanya kerana ingin menghadirkan sedikit rasa gembira dihati murid. Hebat betul guru itu!

Mereka yang tidak faham, tidak akan tahu isi hati seorang guru. Malah guru yang tiada jiwa juga tidak setuju dengan tindakan begini. Memalukan dan menjatuhkan martabat katanya.

Yang kata memalukan tu, hanya tahu berpakaian segak dan kemas. Murid berak tobat dia tak pergi basuh. Geng acah-acah diva macam tu hanya tahu jaga penampilan.

Katanya macam badut. Dia tak tahu badut itu hebat orangnya. Seorang diri mampu handle beratus-ratus murid berjam-jam.

Mampu memukau kanak-kanak dengan aksi dan silap mata. Mampu membuat kanak-kanak menari dan menyanyi dengan gembira. Itu kemahiran yang bukan kecil dan perlukan skill yang tinggi.

Guru sejati takkan pernah berasa malu berpakaian begini. Hal ini sebenarnya tidak sedikit pun mencalarkan maruah seorang guru. Bahkan meninggikan lagi maruah dan rasa hormat.

Seorang guru sanggup keluar duit poket untuk menggembirakan anak-anak didik mereka. Ibu bapa pun terasa betapa berusahanya guru-guru anak mereka untuk meraikan anak-anak ini.

Pasti tiada runsing dihati untuk tinggalkan anak-anak dibawah jagaan guru-guru yang berdedikasi seperti ini.

Lebih utama, kenangan seperti ini pasti diingati murid tersebut sampai mati. Sungguh!

Setiap kali aku lihat ada sahabat guru yang sebegini rupa usaha mereka, pasti terlintas di hati aku,

” Hebat betul cikgu-cikgu ini. Sanggup mengepikan rasa malu, sanggup berkorban wang ringgit, sanggup berpanas dalam kostum yang ketat itu untuk menggembirakan hati anak-anak didik. Nampak remeh, tapi tidak semua orang mampu berkorban seperti itu.”

Nampak guru pakai kostum? Pergi salam dia dan ucaplah,

” Tahniah! Anda guru hebat!”

Antara komen2 positif netizen…

#MFS
– Hero di mata kanak-kanak.

kredit FB :
Mohd Fadli Salleh