Zahiril Adzim Terkena Tempias Kes Ude Gara-Gara Tahi Lalat Di Dagu

Zahiril ditegur wajah seiras Ude.

PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim meluahkan rasa kurang senang apabila netizen mula mengaitkan wajahnya seiras dengan suami Izreen Azminda iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

Perkara tersebut timbul sejak minggu lalu ketika kontroversi rumah tangga pemuzik itu yang menceraikan isterinya Intan Liana Saleh Khamis lalu apabila ia menjadi perhatian netizen.

“Tu laa sekali dua tu bolehlah tumpang senyum sekali. Bila dah banyak sangat haih annoying pulak,” tulisnya di twitter.

Netizen samakan wajah Zahiril dengan Ude.

Zahiril berkata demikian ketika menjawab kenyataan seorang selebriti Reza Mohamed yang turut terkena tempias yang sama.

Bekas penyampai radio itu pula berkata, tahi lalat di dagu membuatkan dia sering ditegur mempunyai wajah seiras dengan pemuzik berkenaan.

“Pasal tahi lalat, ada yang samakan aku dengan kau, Ude… Sakit hati aku, gelak!,” ujarnya.

 

Luahan Zahiril dan Reza Mohamed dikatakan seiras dengan Ude.

Ude menceraikan Intan dengan talak satu kira-kira pukul 9.50 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Khamis lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Pada November lalu, pelakon Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Tags / Kata Kunci:Ude , Izreen Azminda , Intan Liana , Zahiril Adzim

Sumber: mstar

Artikel sebelum ini…

Adakah Ini Semua Drama Air Mata Seperti Dikatakan Oleh Ude? Ini Jawapan Intan Liyana

KUALA LUMPUR: “Bagaimana timbul cerita hubungan kami bermasalah sejak dua tahun lalu sedangkan anak kedua baru berusia setahun?”
‘Bila pula dua tahun bermasalah?’
Itu persoalan dikemukakan Intan Liana Saleh ketika mengulas dakwaan bekas suami, Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, atau Ude mengenai hubungan mereka yang dikatakan bermasalah sejak dua tahun lalu.

Mengaku terkejut dengan kenyataan bekas suami kepada media sebaik prosedur lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, selesai, pagi tadi, Intan, 33, mendakwa dia tidak tahu menahu pucuk pangkal komen yang dibuat Ude.

“Saya pernah buat pengakuan reda untuk dimadukan selepas terbongkarnya perkahwinan bekas suami dengan pelakon, Izreen Azminda.

“Sekiranya benar Ude tidak bahagia dengan saya, adakah selama ini dia sekadar berlakon?

“Saya terkejut apabila faktor tidak bahagia itu dijadikan salah satu punca (perceraian)… Terpulanglah kepada mereka di luar untuk menghakimi sendiri situasi ini,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Ketika ditemui media pagi tadi, Ude mendakwa bekas isterinya mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Pemuzik bebas itu mendakwa masalah rumah tangga mereka sudah lebih dua tahun berlarutan, sebelum beliau mengenali Izreen yang dinikahinya, Ogos lalu.

Ude melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin, pada jam 9.50 pagi, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan, Januari lalu.

Intan berkata, dia tidak berniat membuka aib sesiapa mengenai komen dibuat bekas suaminya itu.

“Saya tidak berniat membuka aib sesiapa. Saya cuma terpanggil membuat kenyataan bagi membetulkan apa yang tidak benar.

“Saya juga terkilan apabila diminta berhenti membuat ‘drama’ dengan menggunakan air mata,” katanya.

Intan dan Ude bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua iaitu Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri yang berusia setahun.

November lalu, kontroversi tercetus apabila Izreen mendedahkan berkahwin dengan Ude secara tertutup pada 8 Ogos lalu. Pernikahan itu dirahsiakan atas permintaan Ude.

SUMBER : BHARIAN ONLINE
Intan kongsi rasa syukur kerana semua ini sudah berakhir.
Ini komen komen netizen memberi semangat kepada Intan

“@hanem_mini – Apa pun yang orang cakap pasal sis @__iiiintan.saleh 😊 kami tahu menilai. Allah maha adil. Moga sis happy2 selalu di samping anak2 yang comel ”

“@tq_two_hun – Ya Allah. Semuanya atas kuasamu, moga diberikan hikmah terbaik buat bonda intan n ank2, limpahkan rahmat dan kasih sayangmu Allah. Tqsm Allah”

“@sfarikullah – Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi” Sabar ya,Intan, bahagia pasti menanti #bestrong”
Saat Bahagia Ini Hanya Tinggal Kenangan

Sumber Instagram: __iiiintan.saleh