Wanita Ini Panik Diekori Remaja Dalam BMW Tapi Tiba Dia Di Balai Polis, Anggota Tak Benarkan Dia Masuk.. Ini Kisah Sebenar Apa Berlaku

KUALA LUMPUR – Tiga remaja lelaki lingkungan umur 18 tahun ditahan kira-kira jam 8.30 malam tadi kerana disyaki melakukan ugutan terhadap seorang pemandu wanita dalam kejadian malam Isnin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata, ia susulan laporan polis yang dibuat wanita berkenaan petang semalam yang mendakwa diekori kereta dinaiki ketiga-tiga remaja itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.

Rakaman video berada di bawah artikel

Menurutnya, tindakan penahanan kesemua remaja itu juga sekaligus menyiasat dakwaan kenyataan dikeluarkan pemandu wanita itu yang tular di Facebook.
KEJADIAN SEBENAR YANG TERJADI
“Dalam kejadian jam kira-kira 11 malam, pemandu wanita itu, memandu kenderaan dinaiki bersama anak lelakinya berusia 13 tahun, untuk masuk ke Balai Polis Alam Damai kerana ketakutan. Anggota polis yang mengawal laluan masuk telah datang di arah tempat duduk penumpang untuk bertanya apa yang berlaku sebelum memberi kebenaran masuk.

“Wanita itu memberitahu diekori sebuah kereta BMW dinaiki tiga remaja berkenaan. Kebetulan kereta berkenaan sampai di tepi jalan. Anggota pergi ke arah kereta itu bercakap dengan remaja berkenaan untuk mengetahui apa yang berlaku.
TIDAK PUAS HATI
“Kumpulan remaja itu memberitahu tidak berpuas hati dengan pemandu wanita berkenaan kerana memandu dalam keadaan membahayakan sehingga hampir melanggar kereta mereka menyebabkan mereka menjerit dan mengekori kenderaan wanita itu,”katanya dalam sidang media, semalam.

Sidang media berhubung penahanan tiga remaja disyaki terlibat mengugut pemandu wanita berkenaan.
Tambah Mazlan, anggota polis berkenaan bertindak menasihatkan kumpulan remaja berkenaan agar tidak meneruskan sebarang tindakan yang boleh menyalahi undang-undang, menyebabkan mereka semua beredar tidak lama kemudian.
ANGGOTA SURUH MASUK TAPI WANITA ITU …
“Selepas itu, anggota kita membenarkan pemandu wanita itu memandu kereta ke dalam kawasan balai polis dan disarankan agar membuat laporan polis.

“Tetapi wanita itu hanya duduk dalam kereta sambil menggunakan telefon, dan beredar kira-kira 10 minit kemudian tanpa keluar daripada kereta,”katanya.

Semalam (Isnin) siaran ‘FB Live’ seorang wanita menerusi akaun peribadinya menjadi tular apabila wanita berkenaan dalam keadaan menangis berkongsi insiden menakutkan apabila kereta dipandunya diekori sebuah kereta dinaiki beberapa lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Dalam siaran berkenaan wanita itu turut menyatakan rasa tidak puas hati dan kesal apabila dihalang masuk ke balai polis dalam situasi mencemaskan itu.

Video berdurasi hampir tujuh minit itu mendapat tontonan sebanyak 159,000, 4,700 perkongsian dan 1,200 komen.

Mengulas dakwaan dalam video berkenaan, Mazlan berkata, sudah menjadi prosedur anggota yang bertugas untuk mengetahui tujuan mana-mana kenderaan yang mahu masuk dalam kawasan balai polis.

“Dakwaan menyatakan anggota tidak benarkan pemandu wanita itu masuk tidak benar. Dalam keadaan itu, pihak polis juga diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sekiranya terdapat sebarang ancaman luar.

“Bagaimanapun siasatan dalam juga akan dibuat agar kes berkenaan disiasat seadilnya tanpa ada mana-mana pihak yang teraniaya. Jika terdapat sebarang kesalahan di pihak anggota yang bertugas, kita akan mengambil tindakan sewajarnya,”katanya.

Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan semua suspek telah ditahan untuk diambil keterangan.

Siasatan awal mendapati kesemua mereka yang juga lepasan sekolah menengah itu bebas daripada rekod jenayah.

SUMBER : BHARIAN ONLINE
VIDEO VIRAL

PENJELASAN PIHAK PDRM

 sumber: gedebak viral