Wanita Ini Dipenggal Kepala .. Anda Mesti Terkejut Sebab Kenapa Kepala Wanita Ini Dipenggal

WANITA dibunuh kejam sebelum mayatnya dipenggal hanya kerana enggan melakukan seks dengan bekas teman lelakinya, di Odessa, Ukraine.

Mayat Anna Ergieva, 29, yang tidak berkepala ditemui ibu bapanya yang pergi mencarinya di rumah apabila bimbang kerana dia tidak menjawab panggilan telefon mereka.

Kepalanya ditemui ditanam tidak jauh dari situ, di dalam beg yang turut diisi barang kemasnya.

“Kami menemuinya tanpa kepala dan berlumuran darah atas lantai rumahnya. Seluruh rumah dipenuhi kesan darah termasuk televisyen. Lebih menyedihkan, polis pada mulanya gagal menemui kepalanya,” kata ibu bapa mangsa.

Susulan itu, polis menahan seorang cef berusia 29 tahun yang juga bekas rakan sekelas serta pernah menjadi kekasih mangsa.

Ketika ditahan, suspek cuba mengelar pergelangannya sendiri tetapi berjaya ditangkap sebelum mengaku dia mengamuk dan menembak mangsa di kepala kerana enggan melakukan seks dengannya.

Katanya, dia memenggal kepala mangsa kerana tidak mahu polis menemui peluru digunakan. – Daily Mail

SUMBER : HMETRO ONLINE

Artikel Berkaitan ..
Hidup dalam kandang babi

Beijing: Seorang budak lelaki berusia tujuh tahun ditemui tinggal di dalam kandang babi keluarganya.

Nasib kanak-kanak itu terbongkar selepas ditemui sukarelawan kumpulan kebajikan dan wartawan akhbar Puyang Morning Post di Puyang, Sabtu lalu.

Sebelum itu, gambarnya di media sosial tersebar menunjukkan mangsa menaiki basikal tiga roda milik ayahnya bersama seekor babi.

Menurut laporan, budak yang dikenali dengan nama Little Hongbo itu sentiasa dipaksa tidur dan masih belum pandai bercakap.

Kepalanya juga dipenuhi parut serta lebam akibat dipukul ibunya.

SUMBER : HMETRO ONLINE
Paksa makan katak hidup

Shenzhen (China): Seorang kanak-kanak di sini dimasukkan ke hospital selepas mengalami jangkitan parasit setelah dipaksa memakan katak hidup oleh ibunya.

Si ibu yang dikenali sebagai Li dikatakan memaksa anaknya memakan katak berkenaan, kononnya untuk mengubat penyakit sawan babi yang dihidap kanak-kanak itu.

Menurut akhbar The People’s Daily Online, Li bimbang selepas anaknya menunjukkan tanda-tanda menghidap sawan babi.

Dia dinasihat beberapa rakan supaya mencuba rawatan tradisional – menelan katak hidup.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen Shenzhen, wanita itu berkata: “Ada kanak-kanak di kejiranan kami yang menghidap sawan babi mencuba cara ini dan ia berjaya.

SUMBER : HMETRO ONLINE