Video : Viral Rakaman 10 Orang Bergaduh Di Stulang JB

JOHOR BAHRU 4 Feb. – Video pergaduhan melibatkan kira-kira 10 orang termasuk beberapa wanita di sebuah restoran di Stulang Laut, di sini tular dalam laman sosial Facebook hari ini.

Video berdurasi empat minit itu memaparkan kesemua lelaki berkenaan bergaduh dan menggunakan peralatan di restoran berkenaan termasuk botol minuman keras dan kerusi.

Kejadian dipercayai berlaku awal pagi tadi turut menyebabkan beberapa lelaki yang terlibat mengalami kecederaan dan berdarah pada bahagian kepala dipercayai akibat dipukul dengan botol minuman keras.

 

PERGADUHAN tercetus di sebuah restoran di Stulang Laut, Johor Bahru melibatkan 10 orang termasuk wanita. – UTUSAN ONLINE/Media sosial

Kredit: KisahDunia