(VIDEO) TAHNIAH! ATIKAH SUHAIME TELAH SELAMAT BERTUNANG DENGAN AWI RAFAEL

PETALING JAYA: Pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime selamat mengikat tali pertunangan dengan penyanyi berasal dari negara yang sama iaitu Awi Rafael pada Sabtu.

Majlis yang diadakan di sebuah hotel di Singapura itu berlangsung secara sederhana dengan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime, 26 itu menerusi Instagramnya memuat naik video detik cincin pertunangan disarungkan dijarinya.

“Saya berkata ya untuk lamaran tersebut dan secara rasmi tunang kepada Awi Rafael.

“Terima kasih kepada semua yang menjadikan acara hari ini berjalan lancar,” tulisnya.

Atikah anggun mengayakan dua gaun berwarna biru dan coklat cair rekaan Nadia Marni.

Sementara Awi atau nama sebenarnya Muhamad Namawi Ewan Gunawan, 31, kacak mengayakan sut hitam ketika pasangan itu bergambar bersama.

Awi merupakan penyanyi di bawah naungan Warner Music dan mencipta nama menerusi lagu Aku Jatuh Cinta.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/17/atikah-bertunang/#WCcZjyYjpTYyYV1M.99