(VIDEO) ‘PARODY’ JUAL TUDUNG KAT NIGHT CLUB ZOUK CURI TUMPUAN NETIZEN

NEELOFA, ZOUK & HIJAB. DI MANA SILAPNYA?
Baru ahad lepas (25 Feb 2018), layar skrin netizen ‘bersemut’ dengan berita keindahan persandingan pelakon ‘merpati dua sejoli’, #FattZura, dan keesokannya (26 Feb 2018), kecoh pula tentang tindakan ‘mengejutkan’ usahawan dan pelakon, Neelofa dikecam selepas mengadakan majlis pelancaran koleksi tudung serta sambutan ulang tahun kelahirannya ke-29 di sebuah kelab hiburan terkenal. Was it an attempt for trending takeover? Nah, penulis hanya mengagak saja. Namun jika benar, ia nyata satu tindakan strategik pemasaran produknya. Manakan tidak, tidak sampai sehari semua tudung yang dijual atas talian, habis!


(Foto kredit: www.hangat.com)

Hebat bukan? Ya, penulis akui memuja dari jauh kredibiliti dan kesungguhan ikon pujaan ramai itu. Neelofa membuktikan seorang wanita muslimah persisnya, plus without a man by her side mampu mengecap kejayaan dengan hasil usahanya sendiri sehingga banyak pencapaian terpahat kekal dalam resume kariernya.  Namun penulis akui terkejut selepas mendapat tahu beliau akan melancarkan koleksi tudung terbaru BeLofa, di sebuah kelab malam terkemuka. Sempat juga penulis bertanya pada rakan media lain, ‘serius ah Lofa launch tudung kat Zouk?’ Seakan tidak percaya. Well, things happened.

Dek atas ‘ketelanjuran’ dan keberaniannya, Neelofa still talk of a town until today. Ramai mengecam tindakannya itu, namun ada juga yang membela. Persoalannya kini, has Neelofa went too far, or hasn’t she?

HANYA SEMATA TEMA?

Jelas sekali penulis tidak bertudung. Tetapi yang pasti, wanita berhijab darjatnya sangat tinggi. Bahkan, bukan mudah untuk seorang wanita menyembunyikan ‘permata’ nya dan terus beristiqomah. Banyak godaan dan cabaran. Ini diperakui sendiri oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang turut memberi pandangannya sendiri berhubung tindakan Neelofa.

Jelas beliau, ‘tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan”.

Surat teguran Mufti WP khas buat Neelofa.

Persoalannya, kenapa kelab malam itu dipilih sebagai venue pelancaran? Ya, penulis akui Neelofa adalah insan kreatif yang inginkan satu kelainan dalam setiap produk yang dihasilkan. Menurutnya, tema neon dipilih dan Zouk adalah satu-satunya lokasi strategik yang dapat merealisasikan impian dan misinya. Jika tempat lain dipilih, Neelofa perlu membayar lebih. Atau mungkin kah tempat bukanlah isunya kini. Kenapa penulis berkata demikian?

Ya, penulis akui tiada pada tempat kejadian dan mungkin tiada salahnya Neelofa melancarkan koleksi tudungnya di situ. Apatah lagi Neelofa dan teamnya berkeras tiada alkohol dihidangkan mahupun kewujudan rokok dan vape. Tetapi bagaimana pula dengan aksi-aksi tarian kurang manis wanita bertudung terkinja-kinja menari seakan tidak ingat dunia, sambil disaksikan kaum lelaki yang turut berada sama. Jika mereka tiada, lainlah cerita.

Sila tonton video:

Sama tak dengan video asal? 😂😂

Sumber – dharian / glamlelaki