[VIDEO] 22 Mac: Tiada Ungkapan Lain Selain “Allahuakbar” Dari Intan Liyana

“Allahuakbar” 

Resah, gelisah, sedih, duka…pastinya rasa bercampur-baur dalam diri Intan Liyana sekarang ini sewaktu berkongsi perasaan melalui Insta Story miliknya.

Memetik sumber, difahamkan Ude dijangka melafazkan talak terhadap Intan pada 22 Mac 2018, selepas Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Shaiful Azli Jamaludin menetapkan tarikh tersebut ketika prosiding.

Masuk sahaja tarikh 22 Mac, Intan Liyana telah memuatnaik kapsyen di instagram yang berbunyi;

“Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku.”

Muatnaik tersebut mendapat respon positif daripada netizen, juga banyak doa yang dikongsi bersama dengan harapan Intan kuat dan tabah menghadapi hari ini.

Baca juga:

SEBELUM ini isteri pertama pemuzik bebas, Ude iaitu Intan Liyana Saleh pernah mengambil keputusan rela bermadu dengan aktres jelita, Izreen Azminda.

Namun kali ini, kesabaran Intan sekali lagi diuji apabila dia dan suami hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi urusan lafaz cerai yang difailkan Ude pada 30 November 2017.

Susulan itu, Intan mengakui dirinya kini redha dengan apa yang telah ditentukan oleh takdir dan keputusan dilakukan suaminya, termasuk perpisahan.

“Saya bukan wanita terbaik untuk Ude dan dia sudah jumpa yang lebih baik untuk dirinya. Saya doa yang terbaik untuknya pada masa mendatang,” luah Intan.

Ditanya mengenai soal hak penjagaan anak, Intan berkata dia dan Ude bersepakat untuk tidak membawa perkara tersebut ke mahkamah sebaliknya hal itu adalah atas perbincangan dan budi bicara mereka bersama.

Menurut Intan lagi, tahun ini merupakan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-5 dan hari bahagia itu sepatutnya diraikan bersama.

Tapi, apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana Intan diuji dengan dugaan selain mengaku dirinya perlu menerima hakikat beliau harus tabah untuk hidup sebagai ibu tunggal kepada dua anak.

“Orang selalu cakap, dalam tempoh lima tahun memang akan ada banyak dugaan dalam perkahwinan. Jelas sekali, inilah dugaan buat saya yang perlu saya lalui,” katanya.

Menurut Ude, dia mengaku telah menikahi Izreen dan memaklumkan Intan pula adalah isteri pertama yang juga merupakan ibu kepada dua anaknya, Arish Muqri berumur 3 tahun dan seorang lagi berusia 11 bulan.

“Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu,” katanya memetik Harian Metro.

Bagaimanapun, Ude dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai pernikahannya dengan pemilik nama sebenar Izreen Azminda Aznam.

Dalam pada itu, Ude juga dilihat menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan rumah tangganya dengan Intan bergolak selepas mengahwini Izreen.

“Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya,” katanya.

Sehubungan itu, Ude meminta agar semua pihak terutamanya media agar tidak mengganggu privacy keluarganya.

“Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami,” ujarnya.

Sumber: Instagram Intan, BH Online, Metro Online