Terkini! Dicipta Untuk Menyalurkan Kemarahan Terhadap Izreen Azminda? Semakin Hari Semakin Meningkat

TIDAK TAHAN TUTUP TERUS PASANGAN INI
TINDAKAN pelakon Izreen Azminda, 32, dan suaminya Ude Wahid, 29, tidak mengaktifkan Instagram masing-masing kerana tidak tahan dengan kecaman netizen sejak dua hari lalu menyebabkan netizen beralih arah.

Mereka kini ‘menyerang’ akaun Instagram Kelab Peminat Rasmi Izreen Azminda (Official FC Izreen Azminda) serta akaun Instagram Zatee Hijab yang mengambil Izreen sebagai duta.

Netizen terutamanya kaum wanita seperti tidak dapat membendung kemarahan membuak-buak sehinggakan bertindak mencari alternatif lain meluahkan perasaan biarpun hanya di Instagram yang bukan dikendalikan oleh Izreen.
PASANGAN INI MAKAN CEMUHAN NETIZEN DENGAN BANYAK
Rata-rata mereka mencemuh dan mengecam Izreen yang dianggap menjadi punca kepada masalah rumah tangga diantara Ude dan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, 33.

Netizen bertegas tidak akan menonton lakonan Izreen di kaca TV selain memboikot kesemua produk yang menggunakan Izreen sebagai duta sehinggakan Zatee Hijab terpaksa mematikan fungsi komen manakala Kelab Peminat Rasmi Izreen Azminda meletakkan mood privasi pada Instagramnya.

Kebanyakan mereka mengeluarkan kata-kata kesat menyalahkan Izreen dianggap perampas kebahagiaan rumah tangga Ude dan Intan Liana yang mempunyai dua anak iaitu Aris Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 1.
ANTARA KOMEN PANAS NETIZEN
“Bukan main lagi jual tudung muslimah tapi perangai bukanlah baik sangat. Dasar perampas suami orang,” kata seorang netizen dikenali sebagai Sasha.

Seorang lagi netizen, Sofia kesal dengan sikap Izreen yang dikatakan pura-pura tidak tahu tindakan yang dibuat oleh Ude terhadap Intan.

“Tak perlulah bermain wayang kerana segala perancangan pasti dibuat Izreen. Aku doakan selepas ini Ude akan dirampas oleh perempuan lain pula agar kau faham erti kesakitan,” katanya.

Azee pula menempelak Izreen kerana sanggup melukakan hati kaum sejenisnya.

“Dia seorang perempuan dan sudah tahu bagaimana sakitnya apabila diperlakukan begitu oleh suami. Kita patut boikot Izreen dan produknya di pasaran,” katanya.

Bagaimanapun terdapat juga segelintir pihak membela Izreen yang menyifatkan segala kejadian ini kehendak takdir tetapi kata-kata mereka disanggah oleh netizen lain yang sangat marah.

Serangan dan kecaman netizen terhadap Izreen dan Ude mula berlaku apabila Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mengambil keputusan meneruskan proses lafaz cerai terhadap isteri pertamanya ini di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur selepas memfailkannya pada 30 November 2017.

Mahkamah akan membuat keputusan pada 22 Mac depan.
SUDAH TERIMA SEBAGAI MADU.. DIA KEBINGUNGAN
Dalam masa sama, Intan Liana sendiri pernah mengeluarkan kenyataan dia ikhlas menerima Izreen sebagai madunya. Dia kebingungan kerana tidak tahu sebab sebenar dia ingin diceraikan.

Bagaimanapun, Intan Liana membuktikan dia seorang wanita yang berjiwa besar apabila reda dengan keputusan Ude untuk meneruskan proses perceraian mereka.

Namun, Intan Liana melahirkan perasaan sentimentalnya apabila memuat naik luahan perasaannya menerusi Instagram Story semalam sempena ulang tahun kelima perkahwinannya dengan Ude.

Dia menerima sokongan hebat daripada netizen sehingga menyaksikan peningkatan jumlah pengikut Instagram peribadinya berkali ganda daripada 29,000 sebelum ini, kini bertambah kepada 64,900 pengikut.
MEMBUKA AKAUN INSTAGRAM UNTUK MARAH IZREEN ?
Netizen turut membuka Instagram izreenazminda_haters yang kini mempunyai 2349 pengikut yang bertujuan menyalurkan kemarahan terhadap Izreen.

https://www.instagram.com/izreenazminda_haters/?hl=en << Instagram

SUMBER : HMETRO ONLINE
VIDEO INI PASTI BUAT AIR MATA ANDA MENITIS

Kredit Youtube: mStar Online Malaysia