Terkejut Fathia Latiff Dapat Komen Komen Berbaur Lucah Yang Diberi Kepada Dia

PELAKON kontroversi, Fathia Latiff berharap netizen yang menegurnya di laman sosial menjaga bahasa dan tutur kata ketika meninggalkan komen masing-masing.

Fathia berkata, dia terbuka menerima sebarang bentuk teguran, namun kecewa dengan sikap sesetengah mereka yang menggunakan bahasa kurang beradab.

“Saya tak ada masalah kalau orang nak tegur, tapi jagalah bahasa tu, jangan sampai guna perkataan lucah dan sebagainya.

“Saya pun manusia biasa, ada perasaan dan hati, mungkin tegur cara kasar begitu normal bagi mereka tapi tidak pada saya.

 

“Tak ada masalah pun kalau cakap elok-elok. Keluarga, teman-teman dan rakan artis senior pun tegur saya dengan penuh kelembutan,” katanya kepada mStar Online.

Sementara itu, aktres berusia 30 tahun ini mengakui dia ambil peduli dengan setiap komen yang ditinggalkan netizen di laman sosial.

Malah, teguran yang dilemparkan mereka itu sedikit sebanyak membuatkan dirinya menjadi insan yang lebih baik.

“Saya ambil peduli semua komen masyarakat dan jadikan itu sebagai panduan untuk menjadi individu lebih berguna.

“Cumanya cara teguran tu tolonglah lebih beradab. Sedangkan Nabi Muhammad SAW pun menegur dengan cara yang begitu lembut dan berhemah.

“Belajar cara nak tegur orang dulu, kalau nak tegur cara kasar, lebih baik tak payah. Tengok diri sendiri dahulu sebab kita manusia tak ada yang sempurna,” ujarnya.

Dalam perkembangan yang lain, Fathia bakal muncul dengan lagu baharu dan bakal memulakan penggambaran untuk drama tidak lama lagi.

Sebelum ini nama Fathia hangat dalam kalangan netizen apabila pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi di laman sosial.
APA FATHIA KOMEN

SUMBER : MSTAR ONLINE
Fathia Latiff Mengaku Buat Silap, Mohon Padam Video Tarian Di Bigo
 

PELAKON Fathia Latiff meminta mana-mana pihak yang pernah memuat naik video tariannya di laman Bigo sebelum ini agar memadam rakaman tersebut.

Fathia, 30, berkata, dia tidak mahu lagi mengenang kesilapan lalunya dan berharap mereka yang telah memuat naik video memalukan itu di laman sosial menurunkan semula video tersebut.

“Saya mohon kepada sesiapa yang ada memuat naik video live Bigo itu, saya minta untuk padam rakaman tersebut.

“Saya sedar kesilapan lalu dan tak mahu lagi video itu terus berada di laman sosial terutamanya di YouTube.

“Saya tak mahu generasi saya akan datang menonton video tersebut. Kesilapan itu telah menjadi ikhtibar untuk saya dan merupakan pengajaran yang sangat berguna,” katanya kepada mStar Online.

Fathia ditemui semasa Malam Anugerah Mood Republik 2018 yang berlangsung di ibu negara pada malam Sabtu lalu.

Dalam majlis tersebut, Fathia turut menerima anugerah untuk kategori Growing Bussiness of The Year.

Sementara itu, pelakon drama Ariana Rose ini tidak mahu lagi mengenang kesilapan lalu dan terus bergerak ke hadapan dalam memajukan karier seninya.

Ujar Fathia, dia tidak mahu terus dibayangi kisah lalu dan mahu berubah menjadi seorang individu yang lebih baik selepas ini.

“Saya kena teruskan kehidupan dan tak nak fikir lagi fasal kontroversi lama. Kalau fikir benda tu ia hanya akan membuatkan saya semakin ke belakang.

“Saya pun dah tak larat nak cakap tentang isu lama dan tak mahu kes itu membuatkan saya makin tenggelam.

“Apa yang saya nampak, kesilapan dulu membuatkan saya jadi lebih baik dan merupakan satu anjakan dalam hidup supaya saya tak mengulanginya lagi,” katanya.

Dalam perkembangan yang lain, Fathia bakal muncul dengan single baharu dan bakal memulakan penggambaran untuk drama tidak lama lagi.

Sebelum ini nama Fathia hangat dalam kalangan netizen apabila pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi di laman sosial.

SUMBER : MSTAR ONLINE