Tak Putus Putus Rezeki Siti Nurhaliza Selepas Bersalin .. Dapat Pula Layanan Seperti Ini .. Alhamdullilah!

Siti Nurhaliza Terima Pakej Berpantang Bertaraf Lima Bintang

Selepas 11 tahun menantikan untuk menimang cahaya mata, Siti Nurhaliza pastinya mahu yang terbaik dalam proses berpantang. Melalui Natalis Mother Care, Siti menerima pakej bertaraf lima bintang.

“Pakej berpantang selama 44 hari yang diambil oleh Siti itu merupakan yang paling istimewa di mana kami menyediakan makanan harian yang akan dihantar ke hospital dan rumah Siti, urutan tradisional serta bertungku”

“Selain itu kami menghantar dua orang pekerja yang akan menjaga Siti dan bayinya pada waktu malam. Bagi makanan harian untuk Siti, kami sediakan ikan salmon yang berkualiti. Siti sendiri yang membuat pemintaan nak makan ikan itu”

“Doktor pun ada sarankan untuk wanita bersalin secara pembedahan, bubur nasi turut membantu mengenyangkan selain memudahkan proses penghadaman. Siti juga boleh turunkan berat badannya dengan cepat jika ikut aturan yang betul seperti disediakan,” jelasnya kepada m Star Online.

Menunggu begitu lama untuk dikurniakan rezeki begini, Siti sememangnya layak menerima layanan terbaik seperti ini ketika berpantang. Semoga Siti baik-baik sahaja melalui proses berpantang selama 44 hari nanti.

SUMBER : ROTIKAYA
Pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata, Siti amat berbesar hati dengan tawaran yang diterima demi kesihatan diri dan bayinya.

PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendapat tajaan urut tradisional, bertungku dan makanan berkhasiat sepanjang tempoh berpantang selama 44 hari.

Siti, 39, meluahkan rasa bersyukur dengan tajaan daripada pihak menawarkan perkhidmatan berpantang khusus untuknya dan puteri sulungnya.

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata, Siti amat berbesar hati dengan tawaran yang diterima demi kesihatan diri dan bayinya.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh 44 hari berpantang, Siti mendapat tajaan pihak menawarkan perkhidmatan berpantang.

“Malah, makanan harian juga akan dihantar ke hospital dan rumah selain urut tradisional dan bertungku.

“Mereka juga akan menghantar pekerja khusus menjaga Siti dan bayinya kerana mereka memerlukan penjagaan rapi,” katanya.

Siti bergelar ibu selepas melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, semalam.

Penyanyi Segala Perasaan itu melahirkan bayi berat 3.55 kilogram, kira-kira jam 8.17 pagi melalui pembedahan.

Untuk tempoh seminggu, bayi perempuan Siti menerima gelaran Fatimah Az-Zahra sebelum nama rasmi diumum selepas hari ketujuh kelahiran.

Bayi perempuan itu adalah cahaya mata anak pertama Siti selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

SUMBER : HMETRO ONLINE