TAHNIAH !! Shila Amzah Umum Tarikh Nikah

Sebut sahaja nama Shila Amzah pasti semua orang kenal tambahan lagi dia merupakan anak kepada selebriti popular yang bernama ND Lala yang merupakan penyanyi terkenal di zaman 1980an.
Nama Shila Amzah kembali gah apabila dia turut tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2018.
Beliau tersenarai bagi kategori sukan dan hiburan selama tiga tahun berturut-turut.
Wow sangat besar pencapaian yang di terima oleh penyanyi Shila Amzah ini. Dia turut mengumumkan tentang majlis perkahwinan dan pernikahan bersama pasanganya iaitu Haris Idraki.
Di anggarkan majlis pernihan ini bakal dilangsungkan pada 19 April tahun ini. Shila dan juga pasangan memberitahu bahawa ,tarikh resepsi tidak diumumkan lagi dan hanya akan memberitahu nanti.

Artis ini turut menjelaskan:-
“Walaupun sibuk dengan jadual yang padat untuk karier saya, saya juga sibuk dengan persiapan perkahwinan saya yang akan berlangsung 19 April ini.”
“Sebagai penggiat seni, saya akur dengan ketetapan untuk berulang alik terutamanya ke China kerana saya juga perlu memenuhi permintaan di sini”

Artis ini iaitu Shila Amzah atau nama sebenarnya Nurshahila Amzah, telah pun mengikat tali pertunangan dengan Haris Idraki pada 3 November tahun lepas 2017 di kediaman keluarganya di Cheras.
Beliau kini sedang menetap di China atas tuntutan kerja dan sering berulang alik ke Malaysia kerana tawaran kerja.
Shila Amzah merupakan salah seorang rakyat Malaysia Melayu yang berjaya menembusi pasaran market muzik di China.
Beliau meneruskan karier nyanyianya sehingga memenangi Asian Wave. Shila Amzah juga merupakan artis melayu pertama yang berjaya di negara China dan pandai berbahasa dialek sana.
Terlalu banyak pencapaian yang dikecapi oleh penyanyi berbakat besar ini dan tidak lama lagi dia bakal menamatkan zaman bujannya dengan lelaki idamanya.
Tahniah di ucapkan buat Shila dan pasangan.

Kredit : Sinar Harian

[VIDEO] Shila Amzah Bengang Bila Disamakan Dengan Neelofa

 

Bergelar selebriti sememangnya tidak boleh lari dengan kritikan peminat, lebih-lebih lagi dengan ‘haters; yang tak pernah rasa jemu untuk mengutuk artis yang tidak disukai. Seperti yang berlaku pada penyanyi yang sudah mencipta nama di China, Shila Amzah.  Nampaknya Shila sentiasa berdepan dengan ‘hater’ yang sentiasa tidak berpuas hati dengan pencapaian beliau.

Shila yang baru sahaja selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Haris Idraki Elias agak keliru dengan sesetengah ‘haters’ yang membandingkan dirinya dengan usahawan dan pengacara terkenal, Neelofa.Netizen ini meninggalkan kata-kata kritikan di ruangan komen laman Youtube milik Shila.

“Jangan cuba untuk bertutur seperti Neelofa, Neelofa dari MRSM (Maktab Rendah Sains Mara) dan dia memperolehi 10 A dalam SPM. Awak dari Convent Bukit Nenas di mana pelajar kurang cerdik aliran sastera dalam kelas. Kami tahu sejarah hidup anda” tulis netizen.

Namun Shila sedikit pun tidak melenting dengan kenyataan ini malah dia keliru dengan kenyataan individu ini yang silap fakta dan tidak masuk akal. Shila menafikan dia bersekolah di sekolah yang dinyatakan.

“Inilah salah satu manusia yang saya terpaksa berdepan setiap hari. Fakta dia tunggang terbalik, main sebat jer cakap saya bersekolah di situ. Memang lucu, agaknya dia sakit mental kot?”

Apa-apa pun, perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan buat artis yang mempunyai ramai pengikut. Bilangan ‘Makcik Bawang’ makin bertambah dari hari ke hari. Lepas ni ‘Ustazah Bawang’ pun ada. Bertabah je lah!

Sumber: hangat