Suami Ziana Zain Lagi Sekali Dihadapkan Depan Hakim .. Dengan Wajah Tenang Dia Mendengar Keputusan Hakim

Pihak pendakwaan meminda pendakwaan pertuduhan terhadap suami penyanyi Ziana Zain, Armin Zaharin ketika prosiding di Mahkamah Majistret di sini, Khamis.

Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memaklumkan, pindaan pertuduhan itu melibatkan Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Mengikut Seksyen 326A, Armin, 53, boleh dikenakan dua kali ganda tempoh hukuman jika disabitkan kesalahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 324, jika sabit kesalahan, bapa kepada empat cahaya mata itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Mengikut pertuduhan, Armin didakwa dengan sengaja menggunakan rotan sehingga menyebabkan luka dan lebam ke atas anaknya di sebuah rumah di Denai Alam, dekat sini, di antara pukul 8 malam hingga 11 malam pada 24 Februari lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Sebutan semula kes itu didengar dihadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Sementara itu, Raja Noor Adilla mengekalkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap Armin.

Armin yang hadir ke mahkamah pada pukul 9 pagi dengan tangannya bergari dilihat tenang dan penampilannya kelihatan berbeza apabila dia mencukur rambutnya.

Ketika berada dalam kandang tertuduh, Armin dilihat memandang beberapa kali ke belakang bilik mahkamah dipercayai menanti penjaminnya. Dia diwakili peguam, Muhammad Zufar Elias.

Mahkamah menetapkan 6 April depan untuk pengurusan kes.

Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Ziana atau Siti Roziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Putus Terpaksa itu bernikah dengan Armin pada 9 Mei 1998.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/08/pindaan-tuduhan-armin/#AdYFFBXVLy4hEpYx.99
Ziana ‘tegur’ netizen tempelak dirinya..Memang padu!
 

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ziana Zain, 49, yang meminta diberikan ruang selepas suaminya didakwa atas kesalahan menyebabkan luka dan lebam dengan sengaja ke atas anak mereka, semalam, membuat luahan hati di Instagram.

Perkongsian berbentuk tulisan berlatarkan pemandangan di laluan kereta api itu dimuatnaik beliau menerusi akaun @iamzianazain yang seakan-akan ditujukan kepada segelintir netizen.

“Jangan menilai jalan saya jika anda tidak pernah melalui perjalanan itu,” katanya dalam entri yang dikongsi kepada lebih 828,000 pengikutnya, beberapa jam lalu.

..
Perkongsian itu seperti peringatan kepada sesetengah pihak yang menempelak tindakannya yang sanggup membuat laporan polis terhadap suami sendiri.

Suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, ditahan pada 2 Mac selepas Ziana membuat laporan polis pada 27 Februari lalu.

Semalam, dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam di atas tuduhan mencederakan anak lelakinya, kira-kira jam 4 pagi, pada 25 Februari lalu di sebuah rumah di Denai Alam.

SUAMI Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya 25 Februari lalu. – Foto: Mohd Asri Saifuddin Mamat
Bagaimanapun, bekas ketua pramugara yang kini tidak lagi bekerja mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Jika sabit kesalahan, bapa kepada empat cahaya mata itu berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Mahkamah menetapkan 4 April depan untuk sebutan semula kes.

Pemilik nama sebenar, Siti Roziana Zain, itu berkahwin dengan Armin pada 9 Mei 1998 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat anak iaitu Muhammad Aiman, 19, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Sementara itu, status dikongsi Ziana meraih lebih 17,000 ‘like’ manakala hampir 800 komen yang diterima memberikan kata-kata semangat buat penyanyi Putus Terpaksa itu.

Malah, rakan artis seperti pelakon, Rozita Che Wan dan Sheila Rusly turut menitipkan pesan supaya terus kuat dan jangan peduli dengan kecaman netizen.

sumber: bharian
Laporan Berita Berkenaan Kes Ini

sumber: gedebak viral