SUAMI sudah pulang kerum ah, Ziana Zain.

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Selamat datang ke video chennal informasi informasi,gaya hidup,hiburan,seram,sedih.fakta fakta menarik serta kejadian aneh tapi nyata dan lucu yang terdapat di dunia ini .dan lain lain lagi.

Jika anda tidak mahu membacanya anda terus scroll menonton video ini,

Jom kita saksikan kisah cerita Ziana Zain sebelum kita memulakan jom kita lihat penerangan siapakah beliau ini,Siti Roziana binti Zain (lahir 2 Mei 1968), lebih dikenali sebagai Ziana Zain merupakan seorang penyanyi, pelakon, model dan usahawan di Malaysia. Beliau bangkit sebagai bintang sensasi setelah mengeluarkan album sulungnya Madah berhelah…

Ziana Zain memakai baju hitam dan memakai tudung hitam,Penyanyi Ziana Zain menjelaskan kemelut yang melanda rumahtangganya perlu perlu ditangani dengan hati hati dan menjaga perasaan banyak pihak,Sambil menyifatkan perkara itu sangat sensetif kerana membabitkan prosiding Mahkamah selepas suaminya didakwa atas tuduhan mencederakan anak,Ziana Umur 49 tahun berkata sebarang keputusan harus difikirkan secara bijak supaya tidak ada hati terluka.emoga anda terus terhibur dengan kisah cerita ini ,tontonlah cerita ini sampai ke penhujungnya supaya anda ketahui jalan cerita ini.
Anda juga boleh scroll dibawah ada lagi cerita yang menarik buat anda tonton bersama sama keluarga dan rakan2,

Terima kasih kerana sudi menonton kisah cerita ini.sekian

Jangan lupa like fb fanpage kami dibawah ini.
Sila tonton video:

sumber: dharian

Video Esklusif Ziana Zain Terdiam Dan Penonton Membantu Beliau.. Ramai Yang Menangis Ketika Itu

“I’m strong. Sebagai selebriti pelbagai perkara boleh berlaku. Tapi kena ‘move on’ dan teruskan kerjaya,” demikian kata Ziana Zain ketika baru memulakan persembahan di hotel terkemuka di Kuala Lumpur, hari ini.

Ketika persembahan awal pagi tadi, penyanyi Madah Helah itu kemudian terdiam seketika membuatkan suasana jadi hening dan penonton jelas mengerti apa yang sedang bermain di fikirannya.

Ziana ternyata tewas akhirnya apabila tiba-tiba menitiskan air mata sambil ditenangkan ramai. Kesedihannya jelas terserlah sewaktu menyanyikan lagu popularnya Puncak Kasih.

Saat itu, dia tidak dapat meneruskan nyanyian dan membiarkan muzik terpasang. Penonton berusaha membantunya menyanyikan lagu berkenaan.

Terdahulu, Ziana meminta diberikan ruang untuk memberi sebarang kenyataan berhubung tuduhan ke atas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Armin didakwa pada 6 Mac lalu atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari lalu.

Ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Armin, 53, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan, Armin yang tidak berkerja, didakwa menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan itu dilakukan di rumahnya di Denai Alam pada jam 4 pagi, 25 Februari lalu.

Berikutan itu, Armin didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 326A KK.
RAKAMAN ESKLUSIF ZIANA ZAIN MENANGIS

Youtube Kredit: ASAL ARTIS

SUMBER : HMETRO ONLINE

Artikel Berkaitan
Armin bebas dengan jaminan

SUAMI Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri, dilepaskan selepas dijamin oleh adiknya

Terdahulu, Armin, 53, terpaksa meringkuk beberapa hari di Penjara Sungai Buloh kerana tidak dijamin oleh sesiapa selepas didakwa di mahkamah kelmarin atas kesalahan mencederakan anaknya pada 24 Februari lalu.

Pagi tadi, bekas pramugara itu sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret dan berdepan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan atas kesalahan itu yang dilakukan pada 24 Februari lalu.

Sebelum ini, Armin hanya didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari mana-mana seksaan itu.

Armin yang memakai baju kelabu serta berseluar jeans bagaimanapun mengekalkan pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin selepas pertuduhan pindaan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Armin yang bekerja sendiri, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam terhadap seorang anaknya dengan menggunakan rotan.

Perbuatan berkenaan dilakukan di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, antara 8 malam hingga 10.30 malam, 24 Februari lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) yang dibaca bersama Seksyen 326A KK.

Sabit kesalahan, dia yang diwakili peguam Muhammad Zufar Elias, boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda atau sebatan.

Raja Noor Adilla mengekalkan ikat jamin yang ditawarkan sebelum ini iaitu RM5,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 6 April depan sebagai tarikh serahan dokumen.

Selasa lalu, di mahkamah sama, Armin mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 324 KK kerana mencederakan anak lelakinya berusia sembilan tahun itu.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau dua dari seksaan berkenaan.

SUMBER : HMETRO ONLINE via gedebak viral