STANDBY MALAM NI! -AKIM AHMAD.. NETIZEN TERKEJUT BILA AKIM AHMAD BERI AMARAN KEPADA STACY?

Standby Malam Ni! -Akim Ahmad.. Netizen Terkejut Akim Ahmad Beri Amaran Kepada Stacy?

Saya Tak Pernah Menyesal Berkahwin Di Usia Muda Stacy
Juara Akademi Fantasia musim keenam, Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengakui kehidupannya kini bagai satu magis yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Dia yang baru muncul dengan single, Cakap Ke Tangan itu turut memaklumkan kehadiran Eshaal kini sudah berumur enam bulan semakin menambah seri rumah tangganya yang dibina dengan Akim sejak Februari tahun lalu.

Keluarga bahagia Stacy dan Akim.

Pasangan ini juga terdahulu memelihara anak bernama Bella De Luna Valentina yang kini berusia lima tahun.

“Kehidupan kini memang sangat indah. Saya tak pernah rasa menyesal berkahwin di usia yang boleh dikatakan muda. Ia pengalaman yang cukup magical. Bukan semata-mata dengan adanya teman bernama suami di sisi, namun juga dengan kehadiran anak.

“Kala rasa stress atau buntu, lihat anak depan mata kini sudah mampu membuatkan kita rasa hilang semua masalah.

Akim sentiasa ada membantu.

“Akim pun sangat menyokong. Kalau dia ada di rumah, pasti akan bantu saya jaga anak. Kalau dia tak ada, saya kena reda,” selorohnya sambil memberitahu khidmat pembantu rumah turut dipakai untuk menguruskan urusan harian selain soal anak dijaga sendiri.

Selepas berehat lama memberi perhatian kepada rumah tangga dan kelahiran anak sulung, Stacy kini kembali ke persada seni dengan buah tangan baru.

Justeru, Stacy harus tampil dengan imej yang memikat hati termasuklah perlu menurunkan berat badan selepas bersalin.

“Sebelum hamil, berat badan saya 52 kilogram. Masa hamil, berat saya mencecah 70 kilogram. Lepas beranak, berat itu berkurangan ke 62 kilogram.

Kuruskan badan untuk promosi single terbaru.

“Sekarang selepas bersalin, berat sudah mencecah 53 kilogram. Nak kurangkan satu kilogram lagi seperti sebelum hamil pun bukan main susah. Iyalah sebab saya bersalin secara pembedahan.

“Gambar promosi single baharu saya ini memang menampakkan berat badan terkini. Tak ada suntingan langsung,” katanya.

Bagi menurunkan berat badan, Stacy memang banyak berpantang.

“Saya lebihkan bersenam terutama menari. Dalam tiga keempat kali seminggu, saya menari. Setiap sesi menari, saya habiskan dalam dua ketiga empat jam. Kalau tak ada latihan menari di studio, di rumah pun saya menari juga. Selain itu saya juga jaga makan. Termasuklah tak makan nasi.

“Tapi sekarang, makanlah juga nasi dalam kuantiti sedikit,” katanya.

Lagu baru ciptaan suami tercinta.

Buah tangan terbarunya, Cakap Ke Tangan sekali lagi menggunakan khidmat suami tercinta sebagai komposer di bawah nama pena, Hang Nedim selain menerima kerjasama Laq. Kali pertama Stacy menggunakan khidmat Akim menerusi lagu Romeo.

Lagu itu dirakamkan selepas musim raya Aidilfitri lalu di sebuah studio di Kajang. Sebanyak dua kali, Stacy masuk ke studio untuk melunaskan rakaman lagu itu iaitu ketika melakukan demo dan rakaman.

“Kali kedua bekerja dengan suami sendiri, ia jadi lebih senang. Malah Akim juga lebih terbuka menerima input atau idea yang saya rasakan sesuai untuk mantapkan lagu ini. Jadi tidaklah hanya menurut semata-mata.

“Malah pembabitan kali ini juga buat saya jadi puasa termasuk konsep lagu itu sendiri. Ia masih berpaksikan pop dance cuma tidak terlalu berat seperti lagu rancak saya sebelum ini. Lagu ini juga boleh saya katakan meneruskan apa yang saya pernah lakukan menerusi lagu Not For Sale yang dirakamkan pada tahun 2015. Bahkan lagu ini juga boleh saya katakan lebih susah daripada banyak segi berbanding lagu Not For Sale.

“Cuma seiring dengan status saya kini sebagai isteri dan ibu, saya terus menampakkan sisi kematangan dalam banyak aspek. Ia termasuklah dalam soal bergaya yang lebih menampakkan sisi kewanitaan. Ikutkan sejak lagu Not For Sale lagi sisi kematangan itu sudah diserlahkan. Cuma untuk lagi kematangan itu jadi bertambah dengan fasa baru saya yang bukan lagi anak dara,” katanya.

Di akhir perbualan, Stacy turut ditanya kenapa dia tidak menyertai Akademi Fantasia Megastar. Selain Stacy, juara lain pertandingan Akademi Fantasia kebanggaan Astro itu seperti Vince, Mawi, Hafiz dan Hazama juga tidak kelihatan.

Stacy yang ditanyakan hal itu juga mempunyai sebab tersendiri mempertahankan prinsip dan berbuat sedemikian.

Mahu tumpukan soal promosi lagu.

“Bukan tak mahu ‘reunion’ dengan bintang AF yang lain. Ikutkan hati memang mahu turut serta kerana dapat bertemu kembali kawan sealiran pertandingan. Cuma saya percaya peluang  itu boleh diutamakan kepada mereka yang lain.
“Saya sendiri sejak hampir sedekad lalu sudah diberi sedikit kelebihan dan tempat di persada seni. Jadi biar saya teruskan apa yang ada ini.

“Tambahan pula saya sibuk dengan komitmen seni kerana baru muncul dengan single baru, Cakap Ke Tangan. Komitmen keluarga dan anak lagi. Jadi saya tak mahu terburu-buru dan tamak dalam hal ini,” katanya yang mendoakan selamat maju jaya kepada peserta AF Megastar lain.

Sumber:rojakdaily

Stacy semalam ada memuat naik gambar di IG beliau,dimana beliau telah memotong rambut gaya ‘fringe’. Kelihatan Akim Ahmad meninggalkan komen yang agak lucu disitu dan Stacy turut membalasnya. Peminat2 mereka turut terhibur dengan ayat Akim itu Semoga pasangan ini kekal bahagia

Komen Akim:

Komen Stacy:

Komen netizen:

Sumber – menujukebenaran