Siti Aafiyah Belum Sampai 2 Minggu Sudah Kena Lamar Dengan Jumlah Jutaan Ringgit? Ini Respond Datuk Siti Nurhaliza

Belumpun sempat jutaan peminat Datuk Seri Nurhaliza Taruddin, 39, dapat menatap foto official puteri sulung beliau, yang seketika waktu ini dipanggil dengan gelaran Fatimah Az-Zahra, gambar bayi comel itu sudahpun beredar dan tular selepas khabarnya di muat naik oleh sanak-saudara yang menziarahi pasangan ibu dan anak itu.
KONTRAK JUTAAN RINGGIT
Berita lebih mengujakan daripada sebuah kunjungan, Siti dan anaknya didatangi dengan kontrak jutaan ringgit oleh beberapa produk terkemuka yang ingin melamar mereka berdua. Rezeki sangat, penantian berbaloi buat Diva Pop negara itu selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa.

Difahamkan Siti dan Fatimah Az-Zahra menerima lebih daripada 3 tawaran menjadi duta kepada jenama penjagaan bayi selain produk slimming. Bagaimanapun jenama produk tidak dapat didedahkan selagi Siti tidak memberi kata putus, sama ada bersetuju mahupun tidak.

Yang penting bagi Siti ketika ini dia mahu menjalani proses berpantang dengan tenang dan lancar, melakukan yang terbaik untuk diri dan bayinya.

Menurut sumber terdekat penyanyi nombor satu negara itu, Siti begitu enjoy menjalani proses berpantang, bahkan amat teruja menguruskan sendiri bayinya. Semakin hari Siti nampak bertenaga dengan pengambilan multi vitamin selain makanan berpantang dijaga dengan baik oleh Natalis_berpantang_bersalin.

Recap semula detik-detik indah Siti bergelar ibu, beliau melahirkan bayi perempuan seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada 19 Mac lalu.

Namun, terdahulu, Datuk K turut memaklumkan nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan dalam tempoh seminggu sebagai mengikut Sunnah Nabi. Datuk Khalid juga turut memaklumkan bahawa panggilan Fatimah Az-Zahra hanyalah gelaran anaknya untuk tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan.

Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangkakan Fatimah itu adalah nama kekal. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama yang sudah pun kami pilih,” katanya.

SUMBER : HijabNHeels
6 Sebab Siti Aafiyah Jadi Bayi Selebriti No 1 Yang Terkenal Macam Ibunya!

Bukan nak puji lebih-lebih tapi sejak daripada hari pertama baby comel ni dilahirkan, dia dah dapat perhatian ramai tau! Media, peminat, pemimpin politik dan orang yang dulu tak minat Tokti pun dah mula terjatuh hati dengan baby nama Siti Aafiyah ni. Simple kan Tokti dan Datuk K bagi nama kat anak dorang? Tak ada berbelit lidah pun nak sebut.

Sebab ramai sangat yang excited dengan baby sulung Tokti ni, berikut Lobak Merah senaraikan enam sebab kenapa Siti Aafiyah jadi baby selebriti number one macam ibu dia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Tang ting tang ting!
1. Bayi yang dinanti-nanti lepas 11 tahun
Rasanya satu Malaysia tahu tentang usia perkahwinan Dato’ Siti dan Datuk K kan? Sejak tahun 2006 dulu. Walaupun dah 11 tahun, sampai sekarang admin ingat lagi majlis perkahwinan Tokti ni yang live telecast kat TV. Cantik sangat tau Tokti dengan dress pinkish dia tu. Tapi yang buat ramai simpati dengan Tokti ni bila dah dekat 11 tahun berkahwin, Tokti masih belum ada rezeki nak dapat baby lagi

Bukan Tokti tak cuba, dah macam-macam cara dia buat sampai satu masa dulu Tokti keguguran. So bila Siti Aafiyah muncul dalam hidup Tokti, dia ni bagaikan satu anugerah yang paling terindah buat semua orang. Bukan Tokti je tau! Sebab fans-fans Tokti jugak dah tunggu lama untuk tengok the junior version of our ‘Malaysian Sweetheart’ ni!
2. Baru lahir tak sampai sehari gambar dah viral

Sapa yang tak geram kan? Tokti dengan husband dah cakap awal-awal dah yang dorang nak tayang gambar anak dorang masa hari ketujuh lepas dilahirkan. Tapi biasalah kan netizen yang tak faham bahasa ni pegi viralkan jugak gambar anak Tokti tak sampai 24 jam lepas dia lahir ke dunia ni. Femes tak femes Siti Aafiyah ni? Tak sabar-sabar semua pakat nak tengok muka dia.

Phew! Tapi nasib baiklah Datuk K tak marah dengan orang yang sebarkan gambar anak dia tu. Dorang pun faham, Siti Nurhaliza ni milik satu Malaysia kan. Jadi apa-apa berkaitan dia mesti ada fans nak share dekat ramai orang. Tak mudah tau nak jadi anak penyanyi nombor satu Malaysia ni. Privacy kena invade sejak hari pertama dilahirkan!
3. Maksud nama yang sangat baik
Kalau ada yang tengok sesi live majlis tahnik Siti Aafiyah semalam, Tokti ada jelaskan kenapa dia pilih nama Aafiyah untuk anak dia. Aafiyah ni bukan sembarangan nama tau. Ada maksud yang sangat indah disebalik nama simple ni. Ini apa yang Tokti kongsikan kat Instagram dia tentang nama Aafiyah:

Aafiyah ni bermaksud menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Bagus maksud nama dia kan? Harap jadi anak solehah sebaik nama yang diberi ibu dengan ayah dia ni. 
4. Baru lahir je dah ada 60 akaun Instagram palsu
Ni yang kami paling terkejut. Weh nama dia baru je orang dapat tahu semalam. Tup-tup pagi ni dah dekat 60 lebih akaun fake orang buat atas nama Aafiyah. Korang ni memang serius takde kerja eh? Itu belum lagi yang saje-saje guna nama Siti Aafiyah ni untuk hashtag lariskan bisnes. Aduh, bila tekan hashtag tu penuh gambar produk la, baju apa bendalah. Haish sian Siti Aafiyah kan?

Buat masa ni memang tak ada lagi kenyataan rasmi daripada Tokti atau Datuk K yang Siti Aafiyah ni ada Instagram peribadi macam anak-anak artis lain. Lara Alana, Syeriv Samheizy dengan Yusuf Iskandar semua ada Instagram sendiri. Followers pun ramai kan? Cer bayangkan kalau Aafiyah ada Instagram jugak. Kalah kot semua anak artis lain. Hik hik hik! 

 
5. Siti buat live sekitar majlis tahnik anaknya di Youtube
Yang ni maybe tak ramai artis yang buat dan kebanyakan dah pre-recorded majlis tahnik anak dorang lepas tu tayang kat TV dalam slot rancangan khas. Tapi disebabkan Tokti ada fans yang ramai, pihak pengurusan artis ni putuskan untuk buat lah sesi live streaming kat Youtube guna channel Siti Official Video. Korang boleh tengok live streaming kat sini.

Setakat ni, video ni dah trending #7 kat Malaysia dan views pun dekat 350,000. Ramai yang tengok video ni luah rasa terharu tengok Tokti dengan baby dia. Dorang pada masa yang sama, kagum dengan Tokti yang nampak cerdas walaupun baru seminggu lahirkan baby. Macam tak penat-penat je Tokti ni kan?
6. Siti Aafiyah dah ada haters
Adatlah kan orang terkenal ni. Kalau ada fans, mesti ada haters. Kalau korang rasa seronok sangat tengok gambar Aafiyah lalu kat timeline korang sama ada kat Instagram atau Facebook, ada jugak orang jenis membuak-buak benci kalau nampak gambar Siti Aafiyah ni. Katanya dah muak, asyik-asyik muka budak ni je. Tak ada muka baby lain ke? Femes sangat ke Aafiyah ni sampai semua orang kena bagi perhatian kat dia? Eh kenapa dengki sangat niii…

Sumber: Facebook

Well, sorry bro! Memang Siti Aafiyah ni baby nombor satu yang tengah trending kat media sosial. Sama ada korang suka atau tak suka, kenalah hadap kat timelinemuka Aafiyah naik setiap hari. Lagipun daripada kita membawang dan marah tak tentu pasal dekat si comel pipi merah yang tak tahu pape ni, lebih baik kita doakan yang baik-baik untuk dia atau lebih senang hide je post pasal baby nombor satu negara ni. Senang kan? 

SUMBER : LOBAK MERAH