‘Selama Ni Respect Kat Awak Tapi Sekarang Tidak.. ’- Abby Abadi Perli Tarian Fattzura??!

Bagi anda yang mengikuti segala perkembangan dan aktiviti Abby Abadi di Instagram, pastinya anda tahu bahawa bekas penyanyi Elite ini sering berkongsi pendapat, video nasihat serta teladan demi kebaikan bersama.

Beberapa hari lepas, Abby ada memuat naik tiga video ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai tarian poco-poco.

Namun, ada segelintir pihak merasakan bahawa video itu ditujukan kepada pasangan popular Fattah Amin dan Fazura. Salah seorang pengikutnya di Instagram menghantar direct message (DM) kepada Abby Abadi.

Asal terasa je kata saya dengki dengan artis..’

Ni apa pulak ni? ?
Kawan2 tolong sembang jap dengan yg tak puashati dgn Sy ni… Sy busy cari rezeki jap ??

.
Asal terasa je kata Sy dengki kat artis tu, artis ni.. oh malaysiaku ?

Abby Abadi telah mendapat direct message di Instagram dari seorang pengikutnya di Instagram. Dalam mesej itu, dia mendakwa Abby suka mencari kesalahan orang lain. Isu bermula apabila dua hari lepas Abby telah memuat naik hukum menari poco-poco di Instagram miliknya.

Namun begitu, majoriti beri sokongan dan memahami bahawa isu poco-poco tersebut bukan ditujukan kepada Fattah Amin dan Fazura.



Sumber : Instagram Abby Abadi

 

Artikel sebelum ini…

[12 Gambar] Majlis Resepsi Perkahwinan Fattah Dan Fazura Untuk Peminat..

Majlis resepsi perkahwinan untuk peminat sedang diadakan oleh pasangan sensasi Fattah Amin dan Fazura di Royale Palace, Shah Alam, Selangor, hari ini.

Untuk majlis ini, Fattah dan Fazura telah menjemput 5,000 orang peminat untuk hadir meraikan mereka bagi memenuhi janji yang dibuat sebelum ini, iaitu mengajak peminat hadir ke kenduri mereka.

Tema ‘The Fattamorgana’ untuk majlis ini ialah hasil dekorasi Reka Temor. Fattah dan Fazura mengenakan busana perkahwinan tradisional berwarna Aqua rekaan Altelia Almani.

Beruntung sungguh peminat FattZura dapat hadir ke majlis ini. Iyalah, bukan senang untuk pasangan selebriti mengajak peminat ke majlis kenduri, bukan? Semoga pasangan ini mendapat keberkatan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber : Beautifulnara.com

sumber: sicerobeh

Artikel sebelum ini…

‘LEBIH INDAH BERCINTA SETELAH HALAL’ NETIZEN PUJI KEBAHAGIAAN FATTAH DAN FAZURA

Walaupun ada yang kurang selesa melihat kemesraan yang sering dikongsikan oleh Fattah dan Fazura, sebenarnya ramai juga yang terus memuji kedua pasangan ini.

Baru-baru ini seperti yang kita tahu Fatah, Fazura dan teman-teman rapatnya telah keluar negara untuk meluangkan waktu bersama serta honeymoon setelah bergelar suami isteri.

Tidak dinafikan gambar-gambar yang sering dimuat naik oleh mereka berdua memang cukup mesra, intim dan nampak sungguh kebahagiaan mereka.

Baru-baru ini Fattah ada muat naik gambar kandid bersama isteri tercintanya. Baru sahaja muat naik ke instagram, kedua pasangan itu menerima lebih dari 3 ribu komen memuji pasangan ini.

 

Malah ada juga yang mengatakan mereka suka melihat bagaimana Fattah dan Fazura ini ‘menyayangi’ antara satu sama lain sehinggakan langsung tidak mahu berjauhan.

Ada juga mengkagumi bagaimana mereka berdua menjaga imej diri mereka sewaktu bercinta kerana tidak di hebohkan malah jarang sekali nampak kemesraan mereka seperti sesetengah orang bercinta.

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkata mereka langsung tidak jemu melihat kemesraan mereka kerana itu membuktikan sebuah perhubungan itu lebih indah setelah ia ‘halal’ dan sah.

Memang benar, jika lihat bagaimana Fattah ‘melekat’ dengan Fazura nampak Fattah benar-benar menghargai kasih mereka berdua. Jadi mungkin sebab manja dan sifat penyanyang yang ada pada Fattah ini lah yang membuatkan Fazura cair.

Okay tak nak cakap #MHBelanjaGambar percutian mereka berdua di luar negara…

 

Sumber – MediaHiburan