Saya hanya terbaring, tak boleh bergerak langsung – Sayu! keadaan terkini Elyana ramai yang tak tahu. Kesian…

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Selamat datang ke siaran video- video terkini chennal informasi informasi, gaya hidup, hiburan dan fakta kejadian yang nyata dan aneh yang terdapat di dunia ini dan lain-lain lagi aksi yang boleh memberi inspirasi kepada kita semua.

Jika anda ingin membaca anda terus scroll menonton video ini.

Jangan lupa like dan share fb fanpage kami dibawah layan video ini.

Kita saksi video cerita tentang penyanyi Elyana terpaksa mengugurkan kandungannya minggu lepas kerana tidak mahu penyakit yang dihadapinya memberi kesan kepada bayi yang bakal dilahirkannya itu. Elyana sedih kerana menunggu kehadiran bayi itu bertahun lama tapi terpaksa digugurkan kerana mengidap penyakit kenser limfoma tahap empat. Elyana kena membuat keputusan yang besar tentang kehamilannya itu. Kini masih terlantar dihospital yang hanya terbaring dan tidak boleh bergerak langsung. Elyana telah banyak menjalani kemotrapi dan ingin menjalani akupuntur. Elyana juga terpaksa berhidup dengan ubat sahaja.

Mari kita saksi video cerita ini untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi. Ayuh sama sama kita tonton cerita video ini.

Jom kita saksikan sama-sama tonton cam mana video hangat ini dan jangan ketinggalan menyaksikan video ini sampai habis.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi meluangkan masa menonton video ini yang dipaparkan. Sekian.

Jom kongsikan ilmu dengan rakan kita.

Jangan lupa like fb fanpage kami dibawah layan video ini.
Sila tonton video:

sumber: dharian

Tidur, Berjaga, Berdiri Sakit, Urat Pula Rasa Terbakar – Peritnya Elyana

Elyana akui tidak gembira seperti yang dilihat peminat di laman sosial. Foto: SYAZANA ABD SYUKUR.

PENYANYI Elyana mengalami kekejangan di bahagian kaki kiri sehingga menyebabkan sukar untuknya berjalan dan hanya terbaring sahaja.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 31, berkata dia mengalami kesakitan tersebut akibat rawatan kimoterapi sebelum ini.

“Kalau nak tahu, saya dekat rumah tidak gembira seperti yang anda lihat di laman sosial tapi yang sebenarnya saya hanya terbaring, tak boleh bergerak langsung.

“Urat kaki belah kiri sakit. Kejang, tak boleh jalan. Tidur sakit, berjaga sakit, berdiri sakit. Tak tahu macam mana, sampai doktor tak tahu buat apa.

“Saya pernah buat kimoterapi sebab itu urat-urat rasa terbakar. Saluran pendarahan tu dah tak lancar macam biasa,” kata Elyana kepada mStar Online.

 


Elyana berhenti menjalani rawatan kimoterapi sejak tahun lalu.

Kali terakhir Elyana menjalani rawatan kimoterapi untuk penyakit kansert limfoma pada Julai tahun lalu namun hanya satu kali rawatan sahaja.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan berhenti melakukan rawatan tersebut buat sementara waktu dengan mencuba perubatan cara berlainan iaitu akupuntur.

Kata Elyana lagi, dia akan membuat persiapan awal supaya dapat melakukan kerja dengan baik.

“Buat masa ini, saya berhenti lakukan kimoterapi dan saya ada cuba berubat cara akupuntur. Kalau nak kerja, saya kena buat persiapan awal seminggu.

“Kena makan ubat dan rehat secukupnya. Barulah saya boleh kerja kalau tak susah,” ujarnya.

 

Elyana berharap doa daripada orang ramai.

Menerusi laporan mStar Online pada 17 Mac lalu, Elyana akui terpaksa menggugurkan kandungannya yang baru berusia dua bulan pada 7 Mac lalu atas faktor kesihatan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Kalis Rindu ini berharap orang ramai mendoakan kesihatannya.

“Saya tak nak tunjuk dekat orang saya tengah sedih. Tapi itu sahaja cara saya boleh bagitahu peminat bila mereka tanya kenapa saya diam.

“Salah satu sebab saya beritahu penyakit ini sebab saya harapkan doa orang ramai,” katanya.

Sebelum ini, Elyana mengejutkan peminatnya apabila mengumumkan dia menghidap kanser limfoma tahap empat sejak tujuh tahun lalu.

Tags / Kata Kunci:Elyana

Sumber: mstar