Saintis Jepun Berjaya Cipta Makanan Seperti Burger Dari Tahi Manusia

Bila bercakap tentang hasil ciptaan canggih,mestilah Jepun menjadi antara negara yang berjaya mendominasi. Pendek kata orang Jepun punya otak memang sangat geliga dalam menghasilkan sesuatu.Tidak di nafikan Jepun di katakan mempunyai kehidupan yang jauh lebih moden berkali ganda dari Malaysia. Banyak produk yang kita import dan pakai pun hasil ciptaan pereka dari Jepun.

Namun begitu ada juga banyak ciptaan pelik dan aneh yang wujud dari Jepun di katakan tidak masuk akal.Bagi kita ibarat macam bertentangan dengan fitrah manusia. Contohnya di sana ada kedai makan yang menjamu makanan dengan menyediakan banyak hiasan pelik dalam kedai. Ada juga yang menggunakan tubuh badan wanita sebagai objek untuk menghidangkan makanan. Jijik betul bila dengarkan?

Namun yang ini rasanya lagi dasyat. Tahukah anda kerajaan Jepun mahu menyelesaikan masalah tompokan endapan kotor dari najis manusia. Makanya seorang saintis mereka bernama Mitsuyuki Ikeda berjaya menggunakan endapan najis itu dengan melakukan beberapa proses hingga boleh di jadikan makanan.

Kemudiannya, hasil yang terbentuk di gunakan bersama dengan pencecah perisa steak. Kiranya korang akan rasa steaklah dekat makanan yang terhasil itu.Antara bentuk makanan lain yang berjaya di hasilkan ialah burger steak hasil dari najis manusia.Yang dalam gambar bawah siap packing lagi.Saintis ini juga mengalukan orang ramai untuk membeli burger steak najis manusia hasil ciptaannya.

Ada juga ramai yang selera nak makan semua burger tu.

Korang rasa ada selera tak nak telan burger macam ini? Rasa loya betul tekak nak telan. Tapi mereka memang selalu membuat inovasi yang pelik lagi aneh.

sumber: poksang

 

Artikel lain…

Lelaki Ini Merayu Semua Pasaraya Jangan Letak Makanan Ini Di Kaunter .. Ayat Dia Memang Sedih

Viral di media sosial surat terbuka seorang bapa kepada pihak pengusaha pasar raya yang merayu agar tidak lagi meletakkan barangan berupakan telur Kinder Joy di setiap kaunter bayaran.

Tidak dinafikan telur Kinder Joy yang berisi mainan ini sangat mahal dan amat digemari oleh kanak-kanak. Hampir setiap kali berkunjung ke pasar raya, pasti ada diletakkan berhampiran dengan kaunter.

Apa yang menariknya ialah, ramai ibu bapa yang menyokong tindakan Remy Jali itu kerana mereka juga sering mengalami masalah yang sama seperti anak berguling-guling di kaunter kerana tidak puas hati tidak dibelikan barangan berkenaan.
KEPADA semua pasar raya Malaysia, permohonan untuk tidak meletakkan natang ini di kaunter.

Merujuk kepada perkara di atas, saya wakil kepada bapa-bapa di seluruh Malaysia memohon agar pihak tuan dapat meletakkan barangan seperti yang ditunjukkan dalam gambar ke tempat lain selain di kaunter.

1. Ini adalah kerana kami bapa-bapa tidak mampu untuk melayan karenah anak yang sangat menginginkan natang ini sehinggalah terjadinya episod guling-guling di depan kaunter yang juga menyebabkan kami berasa malu.

3. Selain daripada harga yang sangat mahal yakni bersamaan dua pek minyak masak, natang ini juga tidak memberi manfaat kepada anak-anak kami. Pihak tuan bolehlah dah kaya nak beli banyak-banyak pun tak ada hal. Saya ini cuma pencacai yang bergaji rendah, yang mampu membeli mainan di kedai RM2 dan itu pun bergetar tangan nak membayar.

4. Pihak tuan fikirkanlah, takkan setiap kali saya berbelanja nak kena beli natang ini juga? Anak saya ada dua orang. Kalau beli dua tambah lagi RM3 dah dapat beras 5 kilogram. Boleh juga buat makan sebulan.

Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan serta merealisasikan impian saya yang juga impian setiap golongan bapa di negara ini.

Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai.

Sekian,

Bapa yang bengang.

Sementara itu netizen dari golongan ibu bapa juga meluahkan rasa yang sama dan menyokong sepenuhnya usaha Remy mendesak pihak pasar raya tidak lagi meletakkan barangan itu di kawasan kaunter.

“Kami sokong! Susah hati nampak benda itu. Kes nak benda dalam itu saja, makannya tak pun, membazir,” kata Ibu Aleesya.

“Selalu anak menangis nak benda ini. Dukung bawa lari saja. Tetapi ayah mereka suka beli. Saya rasa membazir yang amat sebab harganya mahal.” kata Cik Meli Mohamad.

“Anak saya kalau nampak benda alah ini memang tak berkalih. Tetapi saya bagi opsyen pada dia nak mainan di kedai RM2 atau nak mainan kecil yang tka berbaloi tetapi mahal itu? Selalu dia pilih mainan RM2. Jadi, untuk dua orang baru RM4,” kata As Maya.

Ada juga netizen mencadangkan agar ibu bapa teruskan membeli benda itu untuk anak-anak mereka sehingga suatu masa kelak mereka akan berasa bosan dan berhenti dari membelinya.

SUMBER : THE REPORTER