‘Poligami Tak Salah, Yang Salah Bila Tamak..’ – Datin Red

Umum mengetahui bahawa Datin Syarifah Nor Shafila atau lebih mesra dikenali sebagai Datin Red sedang menjalani kehidupan bahagia bersama Dato’ Red walaupun berita tentang perkahwinan suaminya dan penyanyi terkenal, Adira pernah mencetus kontroversi suatu ketika dulu.

Terbaru, Datin Red telah memuatnaik satu status menyelar mana-mana pasangan yang berpoligami untuk sedar akan hakikat sebenar dalam hidup berkongsi kasih suami.
‘Poligami tak salah, yang salah bila tamak..’

Menerusi status tersebut Datin Red mengingatkan bahawa hidup berpoligami itu tidak boleh dipersalahkan sebaliknya mereka yang tidak sedar akan hakikat perkongsian kasih inilah sebenarnya yang patut dipersalahkan.
‘Bini pertama kena berguru dengan you..’

Netizen nampaknya bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Datin Red dan mencadangkan agar wanita lain yang dimadukan belajar dengannya agar tidak terlalu berlemah lembut dalam situasi seperti ini.
‘Suami orang lagi laku dari bujang..’

Ada juga pengikut Datin Red yang hairan tentang trend semasa dimana wanita-wanita kini lebih gemar mengejar mereka yang berstatus suami orang. Steady datin! Kongsi suami pun bahagia kalau kena cara kan?

Credit: datinred

 

Artikel sebelum ini…

Datuk Red Pula ‘Sekolahkan’ Ude Tentang Isu Jandakan Isteri Untuk Berkahwin Dengan Janda .. Teguran Datuk Red Memang Padu!

Bagi seorang yang berpoligami, Datuk Red tidak bersetuju dengan tindakan Ude Wahid yang menceraikan isteri pertamanya, Intan Liana. Jelasnya, penceraian bukan sahaja sukar tapi membuatkan anak-anak menjadi mangsa keadaan.
NASIHAT PADU DATUK RED
“Nasihat saya sebelum buat keputusan fikir anak- anak. Anak-anak dalam keadaan ini mangsa sebab mereka tidak mungkin akan dapat sepenuh kasih sayang dari kedua ibu dan bapa. Berkahwin tidak ada masalah tetapi bercerai adalah sesuatu yang saya tidak setuju”

“Melalui penceraian yang pertama ini yang pernah saya lalui, terpaksa berpisah dengan anak-anak. Sebab itu mahkamah juga memberi tempoh sebelum kita buat keputusan. Saya tahu benda masih baru dan dia juga tidak mahu fikir”

Suami kepada penyanyi, Adira juga menasihati Ude bahawa hakikat mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti adalah sukar kerana segala cerita akan diambil tahu. Tapi Ude harus sedar hakikat tersebut dan menerima pendapat netizen dengan hati terbuka.

“Dalam hal ini Ude kena tahu tindakannya akan memberi kesan kepada Izreen sebab dia seorang artis dan dikenali ramai. Jadi bukan salah orang luar untuk terus berkongsi pendapat mengenai hal ini,” katanya kepada Utusan Online.
Kontrak Produk Kecantikan Izreen Azminda Ditamatkan

Gara-gara kisah berkaitan rumahtangga yang melanda Izreen Azminda, baru-baru ini sebuah produk kecantikan, Meeracle – yang menjadikan pelakon wanita tersebut sebagai duta telah menamatkan kontrak.

Izreen sebelum ini turut memadam akaun Instagramnya dan perkara tersebut turut dilakukan oleh suaminya yang dikenali sebagai Ude. Apa yang pasti, jika akaun mereka masih lagi wujud, pengguna laman sosial pastinya menjadikan ia sebagai tempat melepaskan geram sekaligus memberi impak kepada hubungan dengan jenama yang dibawa oleh seseorang selebriti.

Baru-baru ini, kenyataan bekas isteri pertama Ude iaitu Intan Liana ternyata menyentuh ramai hati rakyat Malaysia lebih-lebih lagi apabila Ude mahu menceraikannya namun Intan masih menghormati suaminya dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ramai yang ternantikan bagaimana kesudahan kisah ini dan pastinya Izreen mahu pun Ude memerlukan ruang dan masa sendiri dalam mententeramkan keadaan. Apa pun, semoga Intan tabah menghadapi dugaan.

Sumber: ROTI KAYA

 

Artikel berkaitan…

Kenali Intan liyana, Isteri Kepada Ude. Lihat gambar2 Intan. Cantik Orangnya

Isteri pertama Ude bernama Intan Liana dan mereka telah berkahwin empat tahun yang lalu. Pasangan ini mempunyai dua orang anak.

Ini foto Intan Liana bersama Ude dan anak-anak:

Artikel sebelum ini…

Terkini! Dicipta Untuk Menyalurkan Kemarahan Terhadap Izreen Azminda? Semakin Hari Semakin Meningkat

TIDAK TAHAN TUTUP TERUS PASANGAN INI
TINDAKAN pelakon Izreen Azminda, 32, dan suaminya Ude Wahid, 29, tidak mengaktifkan Instagram masing-masing kerana tidak tahan dengan kecaman netizen sejak dua hari lalu menyebabkan netizen beralih arah.

Mereka kini ‘menyerang’ akaun Instagram Kelab Peminat Rasmi Izreen Azminda (Official FC Izreen Azminda) serta akaun Instagram Zatee Hijab yang mengambil Izreen sebagai duta.

Netizen terutamanya kaum wanita seperti tidak dapat membendung kemarahan membuak-buak sehinggakan bertindak mencari alternatif lain meluahkan perasaan biarpun hanya di Instagram yang bukan dikendalikan oleh Izreen.
PASANGAN INI MAKAN CEMUHAN NETIZEN DENGAN BANYAK
Rata-rata mereka mencemuh dan mengecam Izreen yang dianggap menjadi punca kepada masalah rumah tangga diantara Ude dan isteri pertamanya, Intan Liana Saleh, 33.

Netizen bertegas tidak akan menonton lakonan Izreen di kaca TV selain memboikot kesemua produk yang menggunakan Izreen sebagai duta sehinggakan Zatee Hijab terpaksa mematikan fungsi komen manakala Kelab Peminat Rasmi Izreen Azminda meletakkan mood privasi pada Instagramnya.

Kebanyakan mereka mengeluarkan kata-kata kesat menyalahkan Izreen dianggap perampas kebahagiaan rumah tangga Ude dan Intan Liana yang mempunyai dua anak iaitu Aris Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 1.
ANTARA KOMEN PANAS NETIZEN
“Bukan main lagi jual tudung muslimah tapi perangai bukanlah baik sangat. Dasar perampas suami orang,” kata seorang netizen dikenali sebagai Sasha.

Seorang lagi netizen, Sofia kesal dengan sikap Izreen yang dikatakan pura-pura tidak tahu tindakan yang dibuat oleh Ude terhadap Intan.

“Tak perlulah bermain wayang kerana segala perancangan pasti dibuat Izreen. Aku doakan selepas ini Ude akan dirampas oleh perempuan lain pula agar kau faham erti kesakitan,” katanya.

Azee pula menempelak Izreen kerana sanggup melukakan hati kaum sejenisnya.

“Dia seorang perempuan dan sudah tahu bagaimana sakitnya apabila diperlakukan begitu oleh suami. Kita patut boikot Izreen dan produknya di pasaran,” katanya.

Bagaimanapun terdapat juga segelintir pihak membela Izreen yang menyifatkan segala kejadian ini kehendak takdir tetapi kata-kata mereka disanggah oleh netizen lain yang sangat marah.

Serangan dan kecaman netizen terhadap Izreen dan Ude mula berlaku apabila Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid mengambil keputusan meneruskan proses lafaz cerai terhadap isteri pertamanya ini di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur selepas memfailkannya pada 30 November 2017.

Mahkamah akan membuat keputusan pada 22 Mac depan.
SUDAH TERIMA SEBAGAI MADU.. DIA KEBINGUNGAN
Dalam masa sama, Intan Liana sendiri pernah mengeluarkan kenyataan dia ikhlas menerima Izreen sebagai madunya. Dia kebingungan kerana tidak tahu sebab sebenar dia ingin diceraikan.

Bagaimanapun, Intan Liana membuktikan dia seorang wanita yang berjiwa besar apabila reda dengan keputusan Ude untuk meneruskan proses perceraian mereka.

Namun, Intan Liana melahirkan perasaan sentimentalnya apabila memuat naik luahan perasaannya menerusi Instagram Story semalam sempena ulang tahun kelima perkahwinannya dengan Ude.

Dia menerima sokongan hebat daripada netizen sehingga menyaksikan peningkatan jumlah pengikut Instagram peribadinya berkali ganda daripada 29,000 sebelum ini, kini bertambah kepada 64,900 pengikut.
MEMBUKA AKAUN INSTAGRAM UNTUK MARAH IZREEN ?
Netizen turut membuka Instagram izreenazminda_haters yang kini mempunyai 2349 pengikut yang bertujuan menyalurkan kemarahan terhadap Izreen.

https://www.instagram.com/izreenazminda_haters/?hl=en << Instagram

SUMBER : HMETRO ONLINE
VIDEO INI PASTI BUAT AIR MATA ANDA MENITIS

Kredit Youtube: mStar Online Malaysia