Penampakan Wanita Berkebaya Merah Di Kulim Kedah Dan Kisah2 Sebelumnya… Lelaki Ini Dedahkan Perkara Sebenar Yang Berlaku Tentang Video Viral

Video di bawah adalah rakaman dari dashcam yang dikongsi dan tular di laman sosial yang menampakkan Seorang Wanita Berkebaya Merah berjalan di tepi jalan di Kulim Kedah (28-03-18) jam 3 pagi..

Berikut antara koleksi kisah dan kemalangan yang berlaku yang dilaporkan berpunca dari wanita berkebaya merah ini.

MISTERI WANITA BERKEBAYA MERAH DI LEBUHRAYA GURUN, KEDAH

13 Mei 2009, Gurun – Seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas.

Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu ‘berat’ dan beliau ternampak kelibat ‘lembaga’ semasa berhenti di Padang Besar.

“Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja” katanya.

Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd. Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej ‘lembaga’ yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu.

En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

“Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu,” ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya.

“Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang,” ujarnya.

Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun.

Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009.

Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat ‘wanita berkebaya merah’ yang dilihat melintasi lebuh raya itu.

HANTU WANITA KEBAYA MERAH NYARIS BAWA MAUT

5 Februari 2009, Sungai Petani – Gara-gara terkejut ternampak kelibat ‘wanita berkebaya merah’ melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin.

Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.Chan, 51 tahun, kebingungan memikirkan tragedi itu. Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Mr.Chan dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko’bah, Pendang.

“Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya pun menaikkan cermin tingkap. Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandang saya ”

PEMANDU LORI PARAH ELAK WANITA BERKEBAYA MERAH

19 April 2009, Sungai Petani – Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, En.Mohd.Sobri Shaari, 42 tahun dan kelindannya yang dikenali sebagai En.Atan, 37 tahun, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam, Kedah menuju ke Bagan Ajam, Butterworth. Menurut En.Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan En.Mohd.Sobri berkaitan dengan lembaga misteri seakan seorang wanita yang pernah ditemuinya di Bagan Ajam.

“Ketika rancak bercerita, En.Mohd.Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan.

Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, En.Mohd.Sobri hilang kawalan menyebabkan lori yang dipandunya terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi,” dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.

-Husaini-
Wujud (Paranormal Team)

Misteri Wanita Berkebaya Merah sering menjengah ke halwa telinga penduduk di sekitar gurun Kedah sejak akhir-akhir ini. Dikatakan wanita ini akan muncul tidak kira masa dan memperlihatkan diri kepada sesiapa yang dikehendakinya sahaja.

Penduduk di sekitar sini turut mendakwa bahawa mereka telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai Wanita Berkebaya Merah, untuk makluman pembaca setia.

Terdapat beberapa kisah yang dapat dikongsikan bersama pembaca setia. Antaranya ialah kisah mengenai seorang lelaki yang nyaris maut akibat mengelak daripada terlanggar Wanita Berkebaya Merah tersebut di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara. Kejadian ini berlaku pada awal tahun 2009 yang mengakibatkan kereta kancil yang dipandunya habis remuk.

Lelaki tersebut menyatakan bahawa ketika itu beliau dalam perjalanan untuk pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya selepas selesai melawat keluarganya di pekan Ko’bah, Pendang.

Katanya lagi sewaktu tiba di susur keluar Plaza Tol tersebut dia menaikkan cermin kereta kerana hujan renyai-renyai dan pada masa yang sama seorang wanita muncul secara tiba-tiba dengan keadaan melenggang-lenggok sehingga nampak betis sambil tersenyum kepadanya, untuk makluman pembaca setia.

Selain itu ada juga kejadian yang melibatkan lori. Kejadian berlaku pada pukul 8.15 pagi, seorang pemandu lori dan pembantunya sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam menuju ke Bagan Ajam, Butterworth Pulau Pinang.

Dalam perjalanan di sekitar Gurun tiba-tiba sahaja ada seorang wanita yang berkebaya merah melintas jalan sehingga menyebabkan beliau hilang kawalan dan lorinya terus menjunam masuk ke kawasan Taman Perumahan Taman Keladi. Nasib malang menimpa pemandu lori tersebut apabila dikatakan beliau parah manakala pembantunya hanya mengalami cedera ringan sahaja.

Menurut penduduk, wanita berkebaya merah itu berusia dalam lingkungan 20-an, bertubuh langsing, rambut lurus ke paras bahu, bermuka bujur, hidung mancung, memakai lipstik merah yang terang dan memakai kebaya bewarna merah berbunga kecil.

Kelibat wanita tersebut dipercayai jelmaan roh daripada mangsa kemalangan maut di sekitar kawasan tersebut. Roh mangsa mungkin tidak tenteram dan wanita tersebut katanya masih berlegar-legar di sekitar kawasan Gurun yang kebetulan pernah mencatatkan banyak nahas ngeri suatu ketika dahulu. Wallahualam

Sumber: orangkedah.com

Dari komen netizen yang mempertikaikan kewujudan entiti ini, salah seorang dari netizen mengupload satu perbualan whatsapp yang mengatakan semua ini adalah prank. Anda rasa macam mana.

sumber: gedebak viral