Pelakon Elvina Mohamad Bakal Kahwin Datuk Muda

PELAKON Elvina Mohamad mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan usahawan muda iaitu Datuk Haniff Borhan.

Elvina, 23, memberitahu pernikahan mereka akan diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 18 Mac ini.

Manakala, majlis resepsi bakal diadakan di lokasi sama pada 24 Mac.

“Alhamdulillah, saya ingin mengumumkan mengenai hari pernikahan saya yang bakal berlangsung pada 18 Mac ini.

“Bakal suami saya merupakan seorang usahawan berusia 32 tahun dan kami memilih bulan ini untuk mendirikan rumah tangga,” katanya kepada mStar Online.

Pelakon drama Bila Tuhan Berbisik ini membuat pengumuman tersebut di Alexis, The Gardens, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sementara itu, Elvina berkata dia sudah mengenali pemuda itu pada tahun 2016 dan mula serius menjalinkan hubungan cinta sejak tahun lalu.

“Kami dah kenal dua tahun lalu dan bertemu semula tahun lalu dan mula serius bercinta.

“Semuanya berlaku begitu pantas dan dia melamar saya pada Januari dan kami terus buat perancangan kahwin secepat mungkin,” katanya.

Ikuti Biodata Elvina

Norzalina binti Mohamad (lahir pada 25 Januari 1995) atau lebih dikenali sebagai Elvina Mohamad merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Dari kerjaya lakonannya, beliau terkenal menerusi drama Suamiku Paling SweetCinta Si Wedding Planner dan Jojie Gigil.

Beliau mula terlibat dalam bidang lakonan menerusi drama Baby Ana Milik Siapa? dan semenjak itu mula aktif berlakon dalam beberapa buah drama dan telemovie.

Pada tahun 2017, Elvina muncul dalam drama Suamiku Paling Sweet sebagai watak pembantu. Seterusnya, beliau juga berlakon dalam drama bertajuk Shhh… I Love You sebagai watak utama. Kedua-dua drama tersebut disiarkan di Slot AkasiaTV3.

Selain itu, beliau juga membintangi drama bertajuk Jojie Gigil yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Dahlia. Drama ini juga dapat ditonton terlebih dahulu di laman sesawang Tonton.com.my sebelum ditayangkan di TV3.

sumber: mstar via kisah otai