PELAJAR SEKOLAH INI KETAKUTAN BILA KELIHATAN SESUATU PELIK YANG DATANG KE ARAH MEREKA DARI LANGIT

Penduduk Sabah Gempar Dengan Kehadiran Gumpalan Awam Pelik Dan Menggerunkan Ini. Formasi awan luar biasa kelihatan seperti ‘ombak besar’ dan ‘puting beliung’ di beberapa daerah di pantai barat Sabah, pagi tadi, menggemparkan penduduk. Difahamkan, keadaan gumpalan awan luar biasa itu disedari di antara jam 7.30 pagi hingga 8 pagi iaitu ketika gerimis sebelum disusuli hujan lebat.

Penduduk Kampung Lumat, Sitti Sahrah Mohd Desa, 32, berkata beliau melihat awan berkenaan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di pekan Beaufort pada jam 7.40 pagi.(VIDEO) Kehadiran Gumpalan Awam Pelik Dan Menakutkan Mengemparkan Penduduk Sabah!!

“Ini kali pertama saya melihat keadaan awan seperti itu menyebabkan timbul rasa takut. “Cuaca ketika itu mendung, sedikit berangin dan gerimis. Bagaimanapun, selepas hujan , keadaan awan kembali seperti biasa,” katanya kepada BH.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padas Damit, Marif Yusof, berkata ketika kejadian, warga sekolah mengadakan perhimpunan mingguan di padang sekolah.

“Semua guru dan murid terkejut melihat kepulan awan luar biasa itu. Tidak lama kemudian, hujan gerimis disertai angin kuat. Kita terpaksa hentikan perhimpunan kerana keadaan cuaca ketika itu agak membimbangkan.

“Tidak lama selepas itu, berlaku hujan lebat kira-kira dua jam sebelum keadaan kembali seperti biasa,” katanya.

Gambar formasi gumpalan awan luar biasa itu dikongsi secara meluas di laman sosial khususnya Facebook, Twitter dan aplikasi WhatsApp.

Pengarah Jabatan Meteorologi Sabah, Azmi Daud, berkata fenomena awan kelihatan seperti ombak pagi tadi dikenali sebagai garisan badai. Katanya, keadaan itu terbentuk akibat tiupan angin dari arah laut yang menyebabkan awan kelihatan bergulung-gulung seperti ombak.

SUMBER : MOH SEMBANG
Awan Pelik Yang Menakjubkan Gemparkan Penduduk Sabah
Awan+Bergulung [7].jpg

Penduduk di sekitar daerah Beaufort dan Kuala Penyu dekat sini gempar dengan kemunculan awan pelik yang bergulung awal pagi isnin minggu ini.

Kemunculan awan pelik itu berlaku selama dua jam bermula pukul 7 pagi sehingga mencetuskan panik dan tanda tanya dalam kalangan penduduk.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Madius Tangau berkata, kejadian bentuk awan luar biasa di kawasan pantai barat Sabah pada awal Isnin minggu ini, adalah disebabkan oleh fenomena cuaca yang dinamakan garis badai berserta kejadian awan bergulung.

Awan+Bergulung [9].jpg

Awan jenis bergulung tidak berbahaya berbanding Awan garis badai dan ia pernah berlaku di Kota Kinabalu pada Ogos 2012, Sungai Petani, Kedah pada 2014 dan Kota Bharu, Kelantan pada Ogos 2015.

Namun, kita bersyukur sebab tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

SUMBER : SentiasaPanas via gedebak viral