“orang zaman sekarang tak nak jaga dalam berpantang”- Peminat Berbalah Nora Danish Keluar Rumah Ketika Masih Berpantang

Peminat dan pengikut di Instagram (IG) berbalah selepas pelakon Nora Danish memuat naik fotonya keluar bersama bayi dan suaminya.Rata-rata netizen mengecam tindakan Nora Danish kerana tidak menjaga dirinya di dalam pantang apabila keluar selepas baru sahaja melahirkan bayinya, Mohamed Neqyal atau Ney Ney sembilan hari lalu.

Namun, terdapat sebahagian peminat yang mempertahankan Nora kerana difahamkan pelakon wanita itu hanya keluar melakukan pemeriksaan kesihatan untuk anaknya Ney Ney.

Entri Nora sebelum itu juga memberitahu dia dan anaknya keluar untuk melakukan pemeriksaan kesihatan.

Malah Nora turut menyatakan lokasinya di IG iaitu berada di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.


Foto: Instagram Nora Danish

“Saya dan suami memang ‘sempoi’ sebab tidak mengambil masa lama hendak tayang wajah anak kami” Namun Ada Pihak Ambil Kesempatan Buka Akaun Palsu

Wajah comel Ney Ney, anak pelakon Nora dan suami, Nedim, yang pantas menarik perhatian netizen selepas foto dikongsi bapanya semalam. – Foto Zaidi Mohamad

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas dilahirkan pagi semalam, wajah comel bayi Nora Danish pantas dikongsi netizen dalam media sosial sebaik suami aktres jelita itu, Nedim Nazri memuat naik foto putera yang diberi nama Mohamed Neqayl Nazri Aziz itu.

Dalam sepantas kilat, foto Mohamed Neqayl atau dipanggil ‘Ney Ney’ menjadi viral hingga ramai membangkitkan persoalan apakah wajar pasangan ini berkongsi wajah permata hati mereka dalam tempoh singkat selepas dilahirkan.

Selain menatap wajah Ney Ney yang masih merah, netizen juga dapat melihat rupa Nora yang baru melahirkan bayi secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Sebelum ini, ramai pasangan selebriti memilih tidak berkongsi foto anak yang baru dilahirkan hingga tempoh tertentu atas alasan privasi dan pantang larang.


Nora berkongsi detik indah selepas melahirkan Ney Ney pada akaun Instagram.

Menemui Nora di hospital, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri itu memberitahu BH Online, dia dan suami mengambil pendekatan terbuka dalam soal itu.

Saya dan suami memang ‘sempoi’ sebab tidak mengambil masa lama hendak tayang wajah anak kami. Lagipun, saya sendiri, selepas dua tiga hari bersalin, pasti akan kongsi foto anak ini.

“Saya percaya setiap orang ada cara sendiri dalam hal ini,” katanya yang ceria menyambut kelahiran putera keduanya itu.

Berkongsi saat kelahiran Ney Ney, Nora memberitahu, semuanya dipermudahkan.

“Saya tak lama pun dalam dewan pembedahan. Tak sampai sejam.

“Cuma sebelum ini, ketika melahirkan Putra Rayqal, prosesnya normal. Jadi, saya rasa dua pengalaman berbeza. Rayqal pun sudah lama mahukan adik, akhirnya saya dapat penuhi impiannya.

“Biarpun saya dan suami sudah ada anak lelaki dari perkahwinan terdahulu, keterujaan kali ini sangat berbeza ,” katanya.

Nedim yang ditemui pula memanjat kesyukuran di atas kelahiran Ney Ney.

“Saya paling gembira… Sukar diluahkan dengan kata-kata. Ia nikmat yang sangat indah. Memang saya tak tidur semalam, tapi semua itu berbaloi apabila melihat anak dan isteri selamat,” kata Nedim.

Ney Ney dilahirkan secara pembedahan jam 9.02 pagi semalam dengan berat 3 kilogram.

Pasangan ini berkahwin pada Mac tahun lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, masing-masing dikurniakan seorang anak lelaki.

Sumber:BeritaHarian
“Anak Saya Tiada Akaun IG”- Nedim Nazri Dedah Akaun Palsu

Suami aktres Nora Danish, Nedim Nazri mendedahkan akaun palsu Instagram (IG) yang diwujudkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk anaknya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz yang baru dilahirkan semalam.Menurut Nedim menersi IG Story miliknya, anaknya bersama Nora Danish itu tiada sebarang akaun IG atau laman sosial.

“Salam semua, terima kasih untuk doa kalian.

“Alhamdulilah Ney Ney (Neqayl) sihat dan sempurna.

“Cuma nak beritahu anak saya tiada akaun IG atau laman sosial.

“Terima kasih dan kami sayang kami semua,” tulisnya.

Menerusi IG story berikutnya Nedim mendedahkan akaun palsu yang diwujudkan.

Nora Danish telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada pukul 9.05 pagi semalam di sebuah hospital swasta di ibu negara.

Bayi lelaki seberat 2.98 kilogram itu dilahirkan menerusi pembedahan.

Menerusi perkahwinan pertama, Nora dikurniakan seorang cahaya mata, Putera Rayqal Ramli Rizal Ashram, 9.

Manakala, Nedim juga mempunyai seorang anak, Mohamed Nedrin dalam perkahwinan terdahulu.

sumber: mstar