Neelofa Membuat Kenyataan Di Melodi Tentang Isu Tudung Di Zouk. Adakah Benar Atau Sekadar Menutup Malu?

Isu selebriti Neelofa masih belom reda, walaupun beliau sudah pun meminta maaf berulang kali di media sosial termasuk di instagram beliau dan syarikat yang membuat acara itu juga telah membuat pemohonan maaf.

Ini salah satu artikel berkenaan pemohonan Neelofa.
“Saya bertanggungjawab sepenuhnya dan saya belajar daripada kesilapan.”

Demikian kata pelakon dan pengacara popular, Neelofa memohon maaf dan mengaku bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penganjuran majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa dan sambutan hari jadinya yang ke-29 di sebuah pusat hiburan di sini, Isnin lalu, yang mencetuskan kontroversi.

Neelofa yang memuat naik status di Instagram, hari ini memohon maaf kerana menimbulkan tekanan dan sentimen negatif berhubung pemilihan pusat hiburan itu sebagai lokasi acara berkenaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka yang faham situasi yang berlaku,” katanya.

Neelofa berkata, pihaknya akan memberi perhatian lebih bagi memastikan imej produk dilindungi pada masa depan.

“Kami juga akan terus menjenamakan hijab hingga mencapai potensi sepenuhnya,” katanya.

Neelofa turut mengaku dirinya tidak sempurna dan menghormati pendirian dan maklum balas orang ramai berhubung kontroversi itu.

Terdahulu, syarikat pengeluar produk Naelofar Hijab, NH Prima International Sdn Bhd memohon maaf atas kontroversi yang tercetus.

Pengarah Urusannya, Noor Nabila Mohd Noor berkata, syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.
PEMOHONAN NEELOFA DI MELODI
Pihak produksi MELODI TV3 yang bersiaran secara langsung pada 4hb Mac 2018 telah berjaya mendapatkan penjelasan sendiri daripada NEELOFA sendiri berkenaan isu tudung di Zouk, Kuala Lumpur.
IKUTI RAKAMAN VIDEO TERSEBUT .. ANDA NILAIKAN

Sesungguhnya, kita harus maafkan dia (neelofa). Samada pemohonan maaf itu ikhlas atau tidak kita sendiri tidak tahu. Yang penting dia minta maaf, tidak perlu kita besar besarkan lagi isu ini.-GedebakViral

Artikel Berkaitan
Tetamu pun, bukan Neelofa saja

BUKAN sahaja pelakon dan pengacara popular, Neelofa yang boleh didakwa mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997), malah mereka yang berada di dalam majlis pelancaran tudung itu juga boleh berdepan dengan tindakan sama.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, Neelofa dan mereka yang terbabit di dalam majlis itu boleh didakwa mengikut Seksyen 7 akta itu.

“Dia dan mereka yang lain boleh didakwa kerana menyebabkan agama Islam dipandang hina. Bukan saja Neelofa, tetapi mereka yang terbabit dalam majlis itu kerana menampakkan seolah-olah Islam dipandang hina apabila melancarkan simbol kepada penganut agama Islam (bertudung) dengan acara tarian dan berdansa dalam keadaan bertudung.

“Perkara yang baik dan kewajipan dalam agama tetapi dibawa masuk ke tempat yang berunsur maksiat,” katanya yang mengulas berhubung kontroversi majlis pelancaran koleksi Naelofar Hijab, Be Lofa yang berlangsung di pusat hiburan di Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Bagaimanapun, Musa berkata, Seksyen 7 (a) meletakkan beban pembuktian yang kuat kepada pihak pendakwaan kerana peruntukkan itu terlalu subjektif, dan ia perlu dibuktikan sejauh mana perlakuan Neelofa atau penganjur itu dikatakan sebagai menghina agama Islam.

“Pandangan peribadi saya, dengan mendakwa Neelofa akan mengeruhkan lagi keadaan. Penganjur sudah membuat permohonan maaf secara terbuka. Neelofa juga sudah buat perkara yang sama.

“Kecaman yang diterima daripada masyarakat sepatutnya dijadikan pengajaran kepada Neelofa dan pihak lain yang bercadang mahu membuat perkara sama selepas ini.

“Alhamdulillah masyarakat kita masih prihatin dan masih tahu membezakan mana yang baik dan mana yg buruk,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan 1997), mana-mana orang secara lisan, bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau sebarang cara lain menghina agama Islam atau menyebabkan ia dipandang hina; mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; adalah melakukan kesalahan dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

SUMBER : HMETRO ONLINE