Mira filzah vs janna nick. Aummm


Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Mira filzah vs janna nick. Aummm

Nur Amirah Filzah binti badioezaman atau lebih dikenali sebagai mira filzah lahir pada tanggal 2 april 1993, merupakan seorang peragawati, usahawan dan juga pelakon malaysia. Beliau merupakan seorang pelajar cemerlang dan penari kebudayaan di SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Beliau juga pelajar jurusan perniagaan antarabangsa di universiti teknologi mara, shah alam. Selain berlakon mira filzah juga mempunyai produk kecantikan nya sendiri iaitu Mora Essential yang berkobalarasi dengan rakan kongsinya. Selain itu, beliau juga mempunya jenama tudung nya sendiri iaitu MS SHAWLS. Antara drama terkenal lakonannya adalah Eksperimen Cinta dan Cinta si wedding planner.

Nur jannah binti muner atau dikenali sebagai janna nick lahir pada tanggal 1 june 1995, merupakan seorang penyanyi dan pelakon malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam lakonan pada tahun 2012 menerusi telefilem Cinta Vlog. Mula dikenali secara meluas dengan panggilan nur jannah dalam siri drama yang diiktiraf secara kritis iaitu Drama Syurga nuR pada tahun 2015. Lakonan bersama asyraf muslim dan azrel ismail. Beliau meraih pengiktirafan meluas sebagai pelakon utama dalam drama Kau Aku Kita, sebagai iman yang berganding bersama Shahrul Ridzuan. Beliau memenagi anugerah aktres pilihan dalam anugerah DFKL 2016.

Sekian.

By KFRZMedia
Sila tonton video:

sumber: dharian

“Tak Baik Cakap Suara Janna Nick Sumbang” – Sufian Suhaimi

Sufian anggap Janna ada cara nyanyian tersendiri.

PETALING JAYA: Sufian Suhaimi menganggap aktres Janna Nick mempunyai cara tersendiri ketika menyanyikan semula lagu berjudul Di Matamu milik Sufian.

Sufian berkata, dia memuji usaha pelakon drama Dia itu dalam memberi versi tersendiri terhadap lagu yang bakal dilancarkan pada Jumaat ini.

“Tak baik cakap begitu (menyanyi sumbang), masing-masing ada rendition sendiri untuk cover lagu Di Matamu, Janna Nick pun ada versi tersendiri.

“Saya suka dengar bila ramai orang cover (nyanyi semula) dan cuba improvise mengikut cara mereka,” ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

Sufian diminta pendapatnya tentang lagu baharu miliknya berjudul Di Matamu yang dinyanyikan oleh Janna Nick dikritik netizen.

Netizen mengecam suara pelakon itu yang dikatakan sumbang dan hanya merosakkan lagu berkenaan.


Video nyanyian Janna Nick yang menjadi tular di laman sosial.
Sementara itu, Sufian mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang menyokong lagu berkenaan biarpun ia belum lagi dilancarkan secara rasmi.

“Alhamdulillah. Ia adalah permulaan yang baik untuk lagu ni. Walaupun belum lancar secara rasmi tapi versi yang tidak rasmi sudah mencecah lebih lapan juta tontonan YouTube dalam masa tiga minggu.

“Terima kasih kepada semua yang menyokong terutamanya rakan-rakan artis, rakan media, dan peminat,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya tentang perasaanya bakal memperdengarkan single ketiganya itu kepada umum pada Jumaat ini, Sufian berkata, dia berasa gementar dan teruja menunggu hari berkenaan.

“Bimbang pun ada tapi dalam masa yang sama teruja. Saya harap orang ramai boleh terima lagu ini dan sesuaikan dengan hidup masing-masing,” katanya.

Lagu Di Matamu menjadi tular gara-gara kontroversi putus tunang dengan pelakon Elfira Loy pada Februari lalu.

Sehingga kini, lagu itu telah dinyanyikan lebih 1,000 orang termasuk rakan-rakan artis.

Tags / Kata Kunci:Janna Nick , Sufian Suhaimi , Di Matamu

sumber: mstar