Micheal Ang Nak Buat Tahlil Di Zouk? Damian Mikhail Memberi Respond Yang Boleh Buat Micheal Ang Terduduk

KOMPOSER dan penyanyi kumpulan VE, Damian Mikhail menyelar tindakan pengarah, Michael Ang yang dikatakan mempersendakan Islam dalam video tular terbaru dimuat naik di Youtube.

“Makin berani. Agama islam kini dijadikan bahan jenaka. Jika anda Muslim,’unfollow’ saja. Tak perlu tengok karya yang dia buat, senang.

“Wahai Michael Ang! Kau tahu tak, kau boleh ‘get into a whole load of trouble for stupid statements like this’ (menyebabkan banyak masalah kerana kenyataan bodoh seperti ini). Bukan nak menang kau punya peribadi,” tulis Damian di laman sosial, petang tadi.

Tegasnya, jangan kerana sering menghasilkan karya drama dan filem Melayu, dia boleh memberi komen yang menyentuh hal ehwal agama Islam.

Ketika dihubungi Harian Metro sebentar tadi, Damian meminta Michael agar tidak lagi memberi komen sensitif sedemikian dan berdoa semoga pengarah itu mendapat hidayah daripada Allah.

Dia juga sudi membimbing Michael sekiranya mahukan bantuan bagi mendapatkan penjelasan mengenai keindahan Islam pada masa depan.

Sebelum ini, pengarah itu memuat naik video komen berkaitan isu pelancaran tudung terbaru Neelofa di sebuah pusat hiburan, baru-baru ini.

Di dalam komen itu, dalam nada sinis, Michael mendakwa, mungkin tiada masalah jika dia mahu sewa pusat hiburan itu untuk mengadakan majlis tahlil selepas ini.
VIDEO KONTROVERSI MICHEAL ANG

SUMBER : HMETRO ONLINE

Artikel Seterusnya ..
Neelofa Meminta Maaf Selepas Teruk Dikecam.. Ini Respond Mufti Wilayah Kepada Neelofa Yang Memang Tepat Masuk Ke Hati

TENANG… Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sambut baik permohonan maaf Neelofa berhubung isu pelancaran koleksi terbaharu hijab di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota, baru-baru ini.

Pada masa sama, beliau juga memuji sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh selebriti terkenal berkenaan dalam mengakui kesalahan diri sendiri.
RESPOND MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN
“Alhamdulillah, saya melihat kenyataan akhbar ini suatu tindakan terpuji yang dibuat oleh NH apabila membuat permohonan maaf terhadap kesalahan telah mereka lakukan.

“Perkara ini bertepatan dengan hadis yang bermaksud: Setiap anak Adam tidak terlepas daripada kesalahan, namun sebaik-baik pesalah adalah mereka yang bertaubat,” kata Zulkifli dipetik Harian Metro.

Menurut Zulkifli, dalam melayari dunia perniagaan selain keuntungan, aspek keberkatan juga merupakan salah satu perkara penting yang perlu diutamakan setiap umat Islam.

Justeru, beliau mencadangkan agar peniaga tudung melantik ‘Penasihat Syariah’ yang bertanggungjawab dalam menilai setiap produk dihasilkan agar ia bukan sahaja mengikut peredaran semasa malah turut menitikberatkan prinsip syarak.

“Kewujudan penasihat seumpama ini dapat mengelakkan kejadian seperti itu berulang seterusnya terus mengekalkan kepercayaan netizen terhadap produk berperanan dalam melengkapkan kesempurnaan ibadah seorang wanita.

“Oleh itu, dinasihatkan agar mana-mana syarikat yang mempromosikan produk yang mempunyai elemen Islami agar lebih berhati-hati dalam setiap tindakan agar ia tidak memercikkan unsur negatif kepada agama Islam,” ujar beliau.

Pada Isnin lalu, majlis pelancaran koleksi tudung terbaru Naelofar Hijab iaitu #BeLofa mendapat kritikan hebat pelbagai pihak termasuk mufti tersebut apabila ia diadakan di sebuah kelab malam.

Ekoran itu, Neelofa menerima kecaman hebat berikutan dianggap kurang sensitif apabila mengadakan majlis pelancaran itu di pusat hiburan yang sinonim dengan gejala negatif seperti pergaulan bebas dan pengambilan alkohol
VIDEO TUDUNG NEELOFA HABIS DALAM MASA 2 MINIT .. TERKEJUT MAK NEELOFA

SUMBER : MyNewsHub