‘Merdunya Suara Itu…’ – Sempat Lagi Abby Abadi Bergurau Video Birthday Memey

Seronok melihat keserasian pasangan Norman Hakim dan Memey Suhaiza ini. Tidak lama lagi Memey akan melahirkan seorang lagi anak yang ketiga. Keluarga ini sering kali meluangkan masa bersama keluarga Abby Abadi dan menjalin hubungan yang baik antara mereka. Netizen juga memuji cara mereka melaksanakan tanggungjawab demi anak-anak.

Terbaru, Norman Hakim memuat naik video di laman Instagram miliknya. Video sweet tersebut dibikin khas buat isteri tersayang, Memey. Tetapi dalam video tersebut kedengaran suara Norman menyanyi, sampai pecah perut Abby dibuatnya.

Lagu yang ke-235

Sanah Helwah Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-30 sayang…?
To be honest,dekat 235 lagu ku cuba pilih..semua best2 tapi still rasa mcm tak sampai utk diri sendiri khas utk yang tersayang..rupanya Allah gerakkan utk suamimu nyanyikan sendiri utkmu?

Dengarkan baitnya dari hati,tak perlu dgr suara sangat yang mcm katak tu..ikhlas dari hati suamimu ini sbb semua ‘caption’ dah ada dalam lagu…BISMILLAH

Semoga sayang & zuriat didalam kandungan sentiasa dibawah lindungan Allah s.w.t dan para malaikat yang bertugas & ditugaskan utk menjaga mu berserta dgn doa para wali2 di ulangtahun kelahiranmu yang ke-30 ini…AAMIIN YA RABB?

Sedapnya suara…

Ini pula respon Abby Abadi yang geli hati ketika mendengar suara nyanyian Norman menerusi video tersebut. Apapun, admin mengucapkan selamat ulang tahun buat Memey Suhaiza yang ke-30.

Credit: Norman Hakim

 

Artikel abby sebelum ini…

Bagi anda yang mengikuti segala perkembangan dan aktiviti Abby Abadi di Instagram, pastinya anda tahu bahawa bekas penyanyi Elite ini sering berkongsi pendapat, video nasihat serta teladan demi kebaikan bersama.

Beberapa hari lepas, Abby ada memuat naik tiga video ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai tarian poco-poco.

Namun, ada segelintir pihak merasakan bahawa video itu ditujukan kepada pasangan popular Fattah Amin dan Fazura. Salah seorang pengikutnya di Instagram menghantar direct message (DM) kepada Abby Abadi.

Asal terasa je kata saya dengki dengan artis..’

Ni apa pulak ni? ?
Kawan2 tolong sembang jap dengan yg tak puashati dgn Sy ni… Sy busy cari rezeki jap ??

.
Asal terasa je kata Sy dengki kat artis tu, artis ni.. oh malaysiaku ?

Abby Abadi telah mendapat direct message di Instagram dari seorang pengikutnya di Instagram. Dalam mesej itu, dia mendakwa Abby suka mencari kesalahan orang lain. Isu bermula apabila dua hari lepas Abby telah memuat naik hukum menari poco-poco di Instagram miliknya.

Namun begitu, majoriti beri sokongan dan memahami bahawa isu poco-poco tersebut bukan ditujukan kepada Fattah Amin dan Fazura.



Sumber : Instagram Abby Abadi