Memeranjatkan!! Apabila Mengetahui Umur Seorang Wanita Melahirkan Bayi Secara Normal. Jarak Umur Anak Sebelumnya Adalah 36 Tahun!!

Biasanya usia yang sesuai bagi wanita untuk mengandung dan melahirkan adalah diantara umur 25-30 tahun. Jika sudah berumur 35 tahun ke atas sudah termasuk waktu kehamilan yang berisiko tinggi. Tetapi seorang wanita di Taiwan baru-baru ini mengejutkan orang ramai kerana telah melahirkan seorang bayi di usia 62 tahun! Wow..

Madam Wu, seorang pesara yang berumur 62 tahun telah melahirkan anak keduanya, seorang bayi lelaki seberat 2.93 kilogram secara NORMAL pada 25 Februari 2018 lalu.

Yang lebih mengejutkan lagi, bayi tersebut lahir pada tarikh yang sama dengan kakak kandungnya yang berumur 36 tahun lebih tua darinya.

Ini membuatkan Wu menjadi wanita tertua yang melahirkan seorang bayi di negara itu. Keluarganya pun sangat gembira menyambut anggota keluarga baru tersebut.

Menurut Madam Wu, anak pertama mereka (36 tahun) yang bekerja sebagai pramugari telah berkahwin dan jarang 5 ada di rumah. Suaminya pun sering menyatakan rasa kesepiannya. Kemudian mereka membuat keputusan untuk cuba mendapatkan anak kedua ketika merasa stabil secara kewangannya dan dalam keadaan sihat. Setelah melakukan ujian dan pemeriksaan, akhirnya program bayi tabung mereka berjaya.

Ketika usia kehamilannya 29 minggu, dia telah mengalami hipertensi dan diabetes. Dia juga mempunyai plasenta rendah dan posisi janin yang abnormal. Tetapi di kemudiannya berjaya melahirkan bayinya secara normal dalam masa 66 minit.

Menurut doktor, beberapa tahun kebelakangan ini, wanita yang pertama kali hamil di usia 28 tahun sekarang sudah meningkat menjadi 32 tahun. Wanita yang hamil di atas usia 35 tahun juga meningkat sebanyak 4 kali ganda.

Secara umumnya wanita yang hamil ketika umur 35 tahun keatas sangat mudah mendapat diabetes, down syndrome, ataupun keguguran…

Sebenarnya pada 5 tahun yang lalu juga ada kejadian yang sama berlaku di Taiwan. Seorang wanita berusia 62 tahun telah melahirkan sepasang bayi kembar tetapi melalui pembedahan caesar.

Rekod wanita tertua yang melahirkan bayi adalah seorang wanita yang berasal dari India. Wanita itu melahirkan bayi melalui pembedahan cesar pada usianya yang ke 72 tahun.

Sumber: Anak Melayu Kita