Lancar Baca Al-Quran, Penyokong Arsenal Antara 14 Syarat Bakal Suami Zizi Kirana

Penyanyi Zizi Kirana menyenaraikan 14 kriteria kepada bakal suaminya. Foto Instagram @zizi_kirana

BUKAN mudah rupa-rupanya hendak menawan hati Zizi Kirana kerana bekas vokalis kumpulan The Fabulous Cat itu menyenaraikan 14 kriteria perlu dipenuhi oleh mana-mana lelaki yang berhajat memikatnya.

Zizi atau Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil, 32, menerusi InstaStory memuat naik senarai tersebut antaranya bakal suami mestilah mempunyai pendapatan minimum RM5,000 selain bebas daripada bebanan hutang.

Dalam senarai sama, Zizi juga mencari calon yang lancar membaca Al-Quran selain bukan kaki mabuk dan sosial serta tidak mengamalkan pergaulan bebas.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/23/syarat-zizi-kirana/~/media/a23e1ebb919a43ff84ea3aaf51bdb198.ashx?la=en

14 Kriteria Zizi dalam mencari calon suami.

Dari segi rupa paras pula, Zizi tidak meletakkan syarat seorang lelaki itu perlu berwajah kacak namun baginya cukup sekadar sedap mata memandang dan sanggup berbuat apa sahaja deminya dan keluarga.

Malah dia berharap dipertemukan dengan seorang lelaki yang beradab dan bukannya biadap, tidak mudah mengungkit selain tidak bersikap kedekut.

Antara kriteria lain yang ditetapkan oleh Zizi, dia mencari bakal suami yang pandai mengambil gambar agar mudah menangkap fotonya nanti.

 

Antara mesej peribadi yang diterima Zizi.

Sementara itu, kriteria terakhir Zizi menjadi perhatian pengikutnya apabila dia mewajibkan calon suaminya itu mestilah penyokong kelab bola sepak Arsenal.

Zizi turut berkongsi mesej peribadi yang dihantar oleh beberapa lelaki yang ada di antara mereka membatalkan hasrat untuk mencuba nasib kerana tidak sanggup memenuhi syarat terakhir itu.

Namun masih ada yang sanggup berpaling tadah demi Zizi namun penyanyi itu menolak kerana ia menunjukkan sikap tidak setia.

 

Zizi membalas mesej peribadi yang dihantar kepadanya.

Ada juga pengikut yang menghantar mesej memberitahu dia adalah calon layak memenuhi semua kriteria disenaraikan Zizi namun sudah pun berkahwin.

“Alhamdulillah, jagalah sebaik-baiknya keluarga mu,” balas Zizi.

Tags / Kata Kunci:Zizi Kirana

sumber: mstar

 

Artikel zizi yg lain…

Sedikit Je Seksi… Bukannya Tayang Payudara Kata Zizi Kirana

Foto dimuat naik Zizi di laman Instagram ini menerima kecaman netizen. Foto Instagram: @zizi_kirana

GARA-GARA memuat naik foto seksi di laman Instagram, penyanyi Zizi Kirana atau sebelum ini lebih dikenali sebagai Zizi The Fabulous Cat menerima kecaman netizen.

Zizi atau Nur Fazelah @ Zizi Mohd. Tahil, 32, berkata, foto terbaharu yang dikongsi bersama pengikut di laman tersebut tidak terlalu seksi dan bukannya memaparkan anggota tubuh badannya.

“Mana ada saya tayang payudara! Saya akui ia nampak sedikit seksi tapi memang itu cara pemakaian saya sejak dahulu lagi.

 

Zizi tidak mahu ambil pusing kecaman netizen.

“Saya bukan berbogel pun dan foto itu dimuat naik kerana mahu tag penaja baju tersebut. Saya masih tahu batas-batas dalam pemakaian.

“Apa yang peliknya, orang tak suka tapi ramai pula yang tengok dan likes gambar tersebut. Kalau rasa tak suka tak perlu nak tengok atau abaikan sahaja ya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Boleh Jalan ini turut menafikan dakwaan netizen mengatakan dia sengaja memuat naik gambar sedemikian untuk menggoda lelaki.

Malah, Zizi berkata, adalah tidak wajar meletakkan dirinya sebagai punca berlakunya gejala tidak bermoral kerana hal tersebut bermula daripada individu itu sendiri.

“Ada yang kata saya post gambar begitu kerana nak goda lelaki. Saya tak perlu itu semua dan kalau rasa tengok gambar macam itu dah tak boleh tahan, unfollow atau block sahaja.

“Janganlah fikir sampai ke tahap itu kerana anda tidak mengenali saya luar dan dalam. Apa yang saya pakai bukan menggambarkan siapa diri saya.

 

Berpakaian seksi bukan berniat untuk menggoda lelaki.

“Maaf cakap ya, kalau dalam pemikiran asyik fikir lucah dan seks semata-mata, itu punca gejala tidak bermoral berlaku. Semuanya bermula daripada individu itu sendiri,” katanya yang enggan mengambil peduli komen netizen.

Bercakap mengenai lagu terbaharu, Zizi berkata dia bakal melancarkan dua buah lagu baharu berjudul Terkemuka dan Nak Ke Tak Nak.

Ia dijangka bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Tags / Kata Kunci:Zizi Kirana

sumber: mstar