Kesian Pakcik Kopiah! Dituduh Raba Amoi Dalam LRT, Saksi Bangsa India Ini Dedah Cerita Sebenar

Baru-baru ini viral di media sosial satu video menunjukkan seorang lelaki berusia yang dilihat seperti meraba peha seorang wanita di dalam LRT. Video berkenaan mendapat reaksi pelbagai daripada netizen dan apa yang lebih parah sehingga melibatkan agama Islam kerana lelaki berkenaan memakai jubah dan berkopiah.

Sebahagian netizen menghamburkan kata-kata cacian dan makian kepada lelaki warga emas tersebut, namun masih ramai yang beranggapan pakcik itu tidak bersalah dalam hal itu.

Mendapat perhatian netizen, dilaporkan menerusi pelbagai media online

Video berkenaan mengundang kecaman hebat netizen yang telah menghakimi dengan pelbagai label dan kata-kata negatif. Artikel tulisan Sadho Ram, warganegara India di Says.com menuduh pakcik itu dilihat meraba wanita berkenaan di bahagian peha perlahan-lahan ketika wanita itu sedang lena di sebelahnya.
Penumpang LRT di tempat kejadian tampil pertahan pakcik

Enggan mendiamkan diri, seorang penumpang yang turut sama berada di tempat kejadian tampil mempertahankan pakcik itu. Dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan dan berharap isu itu segera berhenti dimainkan di media sosial.

Menurut Ramesh De Ram, pakcik berkenaan hanya mahu menarik jubahnya yang secara tidak sengaja terselit di bawah peha wanita di sebelahnya. Insiden itu diperhatikan di depan matanya sendiri. Ramesh juga berang dengan laporan tidak berasas media yang dengan cepat menuduh tanpa asas yang kukuh.
Amoi tu makin berhimpit

Netizen di Twitter turut sama tampil mempertahankan warga emas itu dan berpandangan sama dengan Ramesh. Menurut Muhd Fitri, keadaan LRT yang hampir berhenti menghampiri stesen membuatkan wanita berkenaan semakin berhimpit dengan pakcik itu sekaligus menyebabkan tangan lelaki itu tersentuh peha wanita di sebelahnya.
Viral tanpa usul periksa telah menzalimi agama sendiri

Nampak dia cuba elak

Terus tarik tangan dia, bukan raba

Sumber: Ramesh De Ram , Twitter