Kejutan Akan Dibuat Oleh Siti Nurhaliza Untuk Semua November Ini


Gambar Sekadar Hiasan

“Dato Siti bersama seorang bayi di pangku menunjukkan Dato Siti sangat menyukai bayi dan kanak-kanak. Ke mana saja dia pergi dan berjumpa anak kecil atau dalam kalangan anak saudaranya sendiri, memang nampak dia seorang yang sangat menyayangi kanak-kanak…
Semoga Menjadi Sumber Inspirasi Semua Ibu-Ibu Di luar Sana.. Jom ikuti Kisah Dari Harian Metro:
Penantian 11 tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, untuk memiliki cahaya mata mereka berdua bukan tempoh yang singkat.

Jadi, tidak hairanlah jika berita kelahiran puteri sulung mereka Isnin lalu diraikan dalam suasana yang cukup gembira baik dalam kalangan ahli keluarga, rakan terdekat, artis, media dan peminat.

Namun, seperkara yang dapat dipelajari daripada perjalanan Siti, 39, untuk memiliki zuriat sendiri adalah kesabaran dan sentiasa berusaha tanpa jemu.
KEPUTUSAN UNTUK BEREHAT
Sejak Siti mengambil keputusan berehat dalam bidang nyanyian April lalu, pelbagai spekulasi timbul terutama membabitkan kehamilannya.

Seperti yang sering diungkapkan Siti, dia meminta semua pihak bersabar terutama media yang jika ada perkara dan berita gembira akan dikongsi dan berlaku adil untuk semua.

Pada Oktober lalu, jemputan daripada pihak Siti untuk hadir ke kediamannya menjawab segala persoalan apabila Siti mengumumkan dia hamil empat bulan.

Sejak itu, hampir setiap hari Siti dihujani ucapan tahniah dan berdoa semoga urusan kelahiran dipermudahkan.

SITI bersama ibunya (dua dari kiri) dan ibu mentuanya (kanan).

Peminat Siti juga tidak sabar untuk melihat kehadiran Siti Nurhaliza Junior yang digelar ‘Malaysian Sweet Heart’.

Apa yang pasti, kehadiran bayi perempuan yang diberi nama sementara Fatimah Az-Zahra untuk pasangan itu sedikit sebanyak memberi inspirasi buat wanita lain yang senasib dengan Siti.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak berkata, dia menyaksikan bagaimana kecekalan penyanyi itu berusaha memiliki anak.

“Sebagaimana semua orang tahu, Siti sangat menyukai bayi dan kanak-kanak. Ke mana saja dia pergi dan berjumpa anak kecil atau dalam kalangan anak saudaranya sendiri, memang nampak dia seorang yang sangat menyayangi kanak-kanak.

“Sebagai isteri, tentu saja dia inginkan cahaya mata sendiri. Jadi sepanjang tempoh dia belum dikurniakan anak, jelas pada air mukanya penuh pengharapan dan impian setiap kali dia dengar berita orang hamil atau dapat bayi. Walaupun dia gembira untuk orang lain, tetapi jauh di sudut hatinya tidak ada siapa tahu.

“Apabila dia selamat bersalin, perkara ini sebenarnya memberi dan membuka inspirasi luas kepada wanita lain yang belum diberikan rezeki memiliki zuriat. Pada masa sama, tetap berusaha. Ini kerana rezeki yang Allah nak beri mungkin mengambil masa dan kita tidak tahu.

“Siti seorang yang sentiasa berusaha dan tidak pernah putus asa untuk mendapatkan cahaya mata. Rentetan untuk mendapatkan anak ini bukan satu proses yang singkat. Saya melihat prosesnya banyak kali dan pengorbanannya membuatkan saya terharu. Jadi, apabila Siti dikurniakan anak saya berharap ia menjadi inspirasi kepada semua wanita yang berusaha ke arah ini,” katanya.

SITI bersama pengurusnya Rozi.
ANAK SITI MASUK DALAM MUZIK VIDEO?
Ditanya sama ada wajah anak Siti bakal ditayangkan dalam video muzik lagu Comel Pipi Merah, Rozi berkata, perkara itu dalam proses pembikinan.

“Kami akan buat klip wajah anak Siti dan dimuatkan dalam video muzik ini namun ia tidak dipaparkan secara menyeluruh,” katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya seni Siti, berita baik untuk peminat apabila Siti bakal aktif semula dalam bidang nyanyian bermula November ini.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza – Comel Pipi Merah (Lyric Video)

Youtube Kredit: Universal Music Malaysia / 大馬環球音樂

Menurut Rozi, keputusan itu dibuat Siti sendiri apatah lagi sudah hampir setahun tidak menghiburkan peminat dalam mana-mana program atau persembahan.
PESANAN DATUK SITI NURHALIZA

“Siti sudah berpesan yang apa saja aktiviti atau persembahan boleh diatur bermula hujung tahun ini. Malah Siti sendiri agak selesa untuk memulakan tugasan besar pada November atau Disember.

“Cuma, bermula saat ini sehingga Oktober, Siti ingin berehat dan memberi fokus kepada anak. Cuma jika membabitkan perniagaan dia memberi sedikit kelonggaran. Namun, ia dibuat selepas habis tempoh berpantang. Sementara selepas bulan ketujuh baru kita aturkan aktiviti lain,” katanya.

 

Semoga Semua Peminat Dato Siti Bersabar Menunggu Gambar Rasmi Puteri Sulong Dato Siti Selepas 7 Hari 😍

Sumber : https://www.hmetro.com.my

kredit : http://kakitular.com