Kali Pertama Datuk Siti Buat Live Selepas Bersalin.. Ini Komen Beliau Terhadap Hospital Yang Menjaganya..

PENYANYI tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dibenarkan keluar hospital selepas selamat bersalin anak perempuan, Isnin lalu.

Menerusi perkongsian video pengurusnya, Rozi Abdul Razak, di laman Instagram miliknya, Siti kelihatan ceria dan sihat.

Dalam video berdurasi 44 saat itu, Siti turut merakamkan terima kasih kepada doktor dan semua jururawat bertugas yang sudah menjaganya sepanjang lima hari.

“Saya nak mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh kakitangan dan keluarga pusat perubatan Gleaneagles terutama kepada doktor, jururawat dan semua kakitangan yang terbabit membantu dan menjaga saya serta anak saya sepanjang di sini,” katanya.

Menerusi status yang sama, Rozi turut menyatakan kerjasama baik daripada pihak hospital adalah saat yang tidak mungkin dilupakan Siti dan ahli keluarga.

“Terima kasih, semoga khidmat, bakti dan jasa kalian dirahmati Allah. Selamat pulang buat ibu dan anakanda Comel Pipi Merah ke rumah.

“Berehat dan nikmatilah hari-hari bahagia kalian,” tulisnya.

Terdahulu, Siti memilih untuk berpantang selama 44 hari dan dibantu pihak Natalis Mother Care yang menyediakan perkhidmatan berpantang.

Untuk tempoh seminggu ini, bayi perempuan Siti dipanggil Fatimah Az-Zahra sebelum namanya diumumkan secara rasmi selepas hari ketujuh kelahiran.

Bayi perempuan itu adalah anak pertama Siti selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

 
Komen PA Siti Nurhaliza Di Instagram
“Alhamdulillah, 18-23 Mac 2018 di Hospital Gleneagles, saya dah boleh mohon jadi jururawat nampaknya. Boss @ctdk dan anakanda Comel Pipi Merah telah dijaga dengan baik sekali oleh semua doktor, jururawat dan kakitangan di hospital ini.

Tentunya ini adalah saat yang tidak mungkin dilupakan oleh @ctdk dan kami sekeluarga. Terima kasih, semoga khidmat, bakti dan jasa kalian akan dirahmati Allah. Selamat pulang buat ibu dan anakanda #comelpipimerah ke rumah, berehat dan nikmatilah hari-hari bahagia kalian. #babyctdk”

 
RAKAMAN LIVE KOMEN SITI NURHALIZA KEPADA LAYANAN HOSPITAL

 

 
Mari Saksikan Teaser Musik Video ‘ Comel Pipi Merah ‘
“Nantikan video penuhnya nanti ya 😍😍 #Repost @rozisangdewi

Teaser muzik video rasmi Comel Pipi Merah. Cerita tentang perjalanan untuk menggapai anugerah dari Allah, cerita tentang pengorbanan untuk melahirkan Comel Pipi Merah. Senyum, sebak, tangis bahagia adalah rasa yang berpindah-pindah, penantian, debar, doa dan kepadaNya berserah. Tidak ada hari yang sebegini cerah, tidak ada detik yang sebegini indah.

Muzik video ini sudah siap garapan terakhir dan menanti proses untuk diterbitkan di akaun youtube @ctdk , DatoSNurhalizaVevo. Nantikan sedikit masa lagi. #comelpipimerah #teaser”

Sumber: HMETRO

Sumber: Siti Nurhaliza FB