“Kaki, Muka, Tangan Semua Tak Rasa Apa-Apa” – Intan Najuwa

Intan Najuwa mengalami tekanan darah rendah sehingga menyebabkan dia hampir pengsan. Foto Instagram @intannajuwa

TINDAKAN aktres Intan Najuwa yang memuat naik status di InstaStory di Instagram miliknya yang memaklumkan kesihatannya terganggu telah mengundang kebimbangan dalam kalangan peminatnya.

Dedah pelakon drama bersiri popular Kekasih Paksa Rela ini, kesihatannya terganggu selepas mengalami tekanan darah rendah, rehidrasi selain demam kuat sehingga menyebabkan dia hampir-hampir pengsan.

“Ingin dimaklumkan, semua yang berkenaan dengan kerja atau pun review minta ditangguhkan selama seminggu.

“Sekarang kesihatan tengah tak mengizinkan,” tulisnya.

Tambah Intan, akibat tekanan darah rendah dialaminya, dia mengalami kebas pada bahagian kaki, muka dan tangannya.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/04/intan-najuwa-sakit/~/media/f11efc61982e449c9a7e442f8c2a2f63.ashx?la=en

Keadaan kesihatan Intan semakin pulih.

Bagaimanapun katanya, keadaannya kini semakin pulih selepas mendapatkan rawatan di hospital.

“Ini bukan lawak, semalam tekanan darah rendah sampai kaki, muka, tangan semua kebas tak rasa apa.

“Campur dengan demam lagi, tuhan je tahu macam mana.

“Tetapi sekarang Alhamdulillah saya semakin pulih. Dah masuk air drip, ubat, antibiotik semua,” ujarnya.

Sementara itu, Intan terharu dengan keperihatinan peminat yang mendoakan kesihatannya menerusi mesej yang dihantar kepadanya selain turut meminta mereka menjaga kesihatan.

“Saya harap anda kat luar sana jaga kesihatan. Sekarang cuaca terlalu panas. Minum air kosong banyak-banyak,” katanya.

sumber: mstar

Artikel sebelum ini…

Peminat Kecewa! Intan Najuwa ‘Kekasih Paksa Rela’ Ada Kekasih

Semestinya ramai yang jatuh hati dengan kecomelan pendatang baru dunia lakonan ini. Intan Najuwa antara pelakon baru yang menghiasi drama yang sedang trending di media sosial pada hari ini, ‘Kekasih Paksa Rela’ yang ditayangkan di Slot Akasia TV3.

Lakonan mantap gandingan Remy Ishak, Intan Najuwa, Emilda Rosmila dan Fizz Fairuz nampaknya telah membuatkan netizen tidak berganjak dari kaca TV.

Intan Najuwa atau Hanan Khaira dalam drama Kekasih Paksa Rela,  berusia 21 tahun. Muda sangat ni!

Walaubagaimanapun, dengan usianya yang masih muda, tidak menjadi penghalang untuk memiliki kekasih hati.


Ada Kekasih Kacak
Menerusi Instagramnya, Najuwa sebenarnya sudah berpunya dan kekasihnya bukan calang-calang orang. Selain kacak dan bergaya, kekasihnya yang bernama Anwar Izzuddin ini seolah-olah dari golongan berada.

Jom lihat kemesraan pasangan secocok ini.

Pasangan ini dikatakan sedang bercinta selepas satu kapsyen yang ditulis oleh Najuwa di Instagram.

“I love you, yes I do”

Rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa kerana Najuwa dah ada buah hati.  Apa-apa pun Hangat.com mengharapkan Najuwa terus berjaya dalam dunia lakonan.

Dahulunya beliau merupakan seorang penulis blogger sebelum menjadi artis. Bakat lakonannya dicungkil oleh pengarah David Teo dan menjadi antara bakat baru di bawah MIG Metrowealth.

Sumber: kecohabis