“Janganlah Kereta Putih Dan Tinted”, Sekali Betul! Anak Nyaris Nak Kena Culik..

Zaman sekarang, anak yang ada depan mata pun boleh jadi macam-macam. Anak hendak main basikal di luar rumah, takut kena culik. Hendak main di taman permainan pun risau juga kerana sudah tidak selamat. Sebagai ibu bapa, kita harus sentiasa memastikan anak tidak terlepas daripada pemerhatian ketika berada di tempat awam terutamanya ketika berkunjung ke tempat yang ramai orang seperti pasar malam, pasar raya dan pusat membeli belah.

Baru-baru ini, seorang pemilik akaun Facebook yang dikenali sebagai Fadillah Nur telah melalui detik yang mencemaskan. Dia singgah untuk makan di sebuah RNR bersama suami dan anak-anaknya. 
 
Ketika sedang menunggu suaminya membelikan makanan, ada tiga orang lelaki yang sangat mencurigakan asyik memandang anaknya dengan padangan yang sangat tajam. Dia berasa takut dan sangat tidak selesa ketika itu. 


Seorang ibu memang dapat rasa jika anak-anak berada dalam keadaan tidak selamat. Instinct tu sangat kuat!

Akibat terlalu cemas, dia cepat-cepat peluk anak dengan kuat dan letak di atas riba.


Netizen yang membaca kisah yang dikongsi itu turut berasa takut dan masing-masing berpesan supaya lebih berhati-hati selepas ini. Sekarang ini jenayah menculik kanak-kanak berleluasa dan kejadian culik boleh berlaku di mana-mana sahaja. 

Setuju dengan komen netizen ini. Kadang kala, walau pun anak-anak ada didepan mata tetapi mata kita asyik memandang telefon, ia adalah satu kecuaian. Jadi, apabila berada di tempat awam dan terbuka, janganlah leka tetapi sentiasa memerhatikan pergerakan anak-anak dan orang-orang sekeliling yang mungkin sedang memerhatikan.   


Ibu bapa atau penjaga harus memantau setiap gerak langkah anak-anak walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Ini bagi memastikan mereka berada di dalam zon yang selamat. Semoga ibu bapa mengambil iktibar dan pengajaran daripada perkongsian ini. – CARI