Izreen kenapa kau buat macam ni? Rita Rudaini kesal Izreen Azminda buang kawan lepas kahwin.

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Selamat datang ke video chennal informasi informasi,gaya hidup,hiburan,seram,sedih.fakta fakta menarik serta kejadian aneh tapi nyata dan lucu yang terdapat di dunia ini .dan lain lain lagi.

Jika anda tidak mahu membacanya anda terus scroll menonton video ini,

Jom kita saksikan kisah cerita Izreen Azminda Dan Rita Rudaini.Sebelum kita memulakan jom kita saksikan siapakah beliau ini,Izreen Azminda Aznam (lahir pada 30 Ogos 1985) atau lebih popular sebagai Izreen Azminda. merupakan pelakon, pelawak dan pengacara tv dari Malaysia. Beliau pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja.

Izreen Azminda memakai tudung warna merah dan Rita Rudaini memakai baju putih dan berjeket biru dan sebelah Rita dua orang anak lelakinya.Nama pelakon Rita Rudaini menjadi mangsa kecaman Netizen sejak terbongkar berita rakan baiknya.Aktres Izreen Azminda berkahwin dengan suami orang iaitu Ude Wahid atau Muhammad Radzi Abdul Wahid pada ogos tahun lalu.Tidak tahan terus menjadi sasaran,Rita mengakui berkecil hati dengan sikap Izreen yang bertindak menutup akuan instagramnya.semoga anda terus terhibur dengan kisah cerita ini ,tontonlah cerita ini sampai ke penhujungnya supaya anda ketahui jalan cerita ini.

Anda juga boleh scroll dibawah ada lagi cerita yang menarik buat anda tonton bersama sama keluarga dan rakan2,
Anda juga boleh share di fb atau dilaman sosial yang lain.
Jika ada sebarang cadangan atau pertanyaan boleh berhubung dengan admin web ini.

Terima kasih kerana sudi menonton kisah cerita yang dipaparkan sekian.

Jangan lupa like Fb fanpage kami dibawah.
Sila tonton video:

sumber: dharian

Izreen Azminda minta ‘haters’ jangan ganggu hidup Rita Rudaini!

IZREEN Azminda meminta netizen agar berhenti ‘menyerang’ pelakon Rita Rudaini di Instagram (IG) membabitkan kontroversi perkahwinannya.

Izreen, 33, berkata, Rita tidak ada kena mengena dalam rumah tangganya dan berharap orang ramai tidak salah faham mengenai apa yang terjadi.

“Diakui sejak saya menutup ruangan komen dan menyhaktif sementara akaun Instagram, netizen beralih ke IG Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya, Rita pula jadi mangsa.

“Dalam masa sama, perkara ini berlaku di luar kawalan saya. Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhenti mengganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau ‘haters’.

“Tidak adil jika dia turut dikecam hanya kerana kami berkawan. Ingin dijelaskan, dia tidak terbabit atau ada kena mengena dalam perkara ini,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Izreen, buat sementara waktu dia tetap dengan pendirian untuk tidak mengaktifkan semula Instagram miliknya.

“Saya bukan lari, tetapi ingin perkara ini selesai dahulu. Selepas ini, saya akan kembali membuka akaun IG.
“Buat masa sekarang, saya ingin semuanya reda dan tenang dahulu. Bagi yang terus memberikan sokongan kepada saya, terima kasih diucapkan,” katanya.

Mengenai penamatan kontrak menjadi duta produk kecantikan, Izreen menjelaskan dia bukan digugurkan sebaliknya kontrak berkenaan sudah berakhir.
“Saya anggap tidak ada rezeki. Namun, saya ingin perbetulkan persepsi orang yang mana kontrak saya tidak dibatalkan, tetapi sudah berakhir. Saya percaya, rezeki Allah SWT ada di mana-mana.

“Alhamdulillah, tawaran berlakon juga tidak putus dan semua berjalan macam biasa. Saya bersyukur pihak produksi tidak ambil pusing masalah peribadi saya. Mereka lebih percaya dengan hasil kerja saya selama ini.

“Saya juga tidak ada masalah disiplin atau pernah menimbulkan masalah terhadap mana-mana produksi. Paling penting, walaupun saya berdepan masalah, sikit pun tidak menjejaskan kerja saya atau pun mengganggu produksi. Saya tetap menjalani kehidupan seperti biasa,” katanya.

Sumber : Harian Metro

Artikel sebelum ini…

[VIRAL] Isu Ude Ceraikan Isteri Pertama..Izreen Akhirnya Dapat Balasan Tuhan Tu Maha Adil Dik Oii!

Masih tentang kontroversi yang melanda pelakon popular Izreen Azminda yang nampaknya masih belum berkesudahan.

Terbaru, Media pemberita difahamkan kontrak Izreen sebagai duta produk kecantikan Meeracle tidak lagi disambung selepas tamat pada 15 Februari yang lalu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi surat yang bertarikh 1 Mac 2018 yang menyatakan keputusan itu diambil pihak pengurusan atas sebab-sebab tertentu

Terdahulu Izreen dan suaminya, Ude atau Muhamad Radzi Abdul Wahid telah memadamkan akaun Instagram (IG) mereka selepas berterusan dikecam netizen yang tidak berpuas hati selepas Ude memutuskan untuk berpisah dengan isteri pertamanya, Intan Liyana Salleh.

Ude yang juga merupakan pemuzik bebas ini telah hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 28 Februari lalu untuk proses lafaz cerai terhadap isteri yang dikahwininya lima tahun lalu.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan proses itu pada 22 Mac depan. selepas peguam yang mewakili pemuzik bebas ini iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain memohon untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas perceraian.

About the Author

SETERUSNYA..

Alhamdullilah Rezeki !! Hikmah Bakal ‘Hilang’ Suami, Intan Liana Dapat Tawaran Model Muslimah!

HIKMAH di sebalik rasa simpati orang ramai terhadap masalah rumah tangga antara pemuzik bebas, Ude Wahid dan isteri pertamanya, Intan Liana telah membuka peluang pekerjaan kepada wanita itu.

Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh, 33, berkata dia ada menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah sejak berita perceraiannya hangat diperkatakan.

“Alhamdulillah, rezeki saya menerima beberapa tawaran menjadi model muslimah selepas apa yang berlaku.

“Saya tak sangka berita itu mendapat liputan yang luas. Apa-apa pun, saya nak mengucapkan terima kasih pada pihak yang sudi menawarkan saya kerja,” kata Intan kepada mStar Online.

Intan bersyukur ramai orang memberi sokongan dan semangat padanya.

Intan ketika dihubungi memberitahu buat masa sekarang dia hanya menerima satu tawaran model tudung sahaja terlebih dahulu.

Memandangkan Intan tidak tahu selok belok bidang peragaan, dia meminta pertolongan kakak sulungnya untuk menguruskan perkara tersebut.

“Buat masa ini, saya hanya terima satu tawaran terlebih dahulu iaitu model untuk tudung. Selebihnya masih dalam perbincangan.

“Saya minta tolong kakak untuk uruskan perkara itu sebab ini kali pertama saya dapat tawaran tersebut. Saya tak tahu sangat mengenai bidang peragaan,” ujarnya.

Intan dan dua orang anaknya tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude.

Menurut Intan lagi, jika ada rezeki dia akan meneruskan karier sebagai model muslimah namun selepas selesai urusan perceraiannya.

“Insya-Allah kalau ada rezeki saya akan teruskan karier itu. Tapi tengok pada keadaan dan apa-apa pun biar urusan perceraian itu selesai dahulu.

“Selepas semuanya selesai, barulah saya boleh fikir tentang pekerjaan tetap atau secara bebas,” kata Intan yang tidak mempunyai apa-apa pekerjaan.

Dalam pada itu, Intan bakal mengeluarkan produk gincu jenamanya iaitu Lawabybonda pada bulan ini.
Izreen merahsiakan perkahwinannya atas permintaan suami.

Kata Intan, produk tersebut masih dalam proses dan hanya akan dijual menerusi dalam talian sahaja. “Saya akan keluarkan produk gincu jenama saya sendiri. Insya-Allah akan siap pada bulan ini juga.

“Produk itu masih dalam proses nak siap dan hanya akan dijual menerusi talian sahaja. Nanti akan dimaklumkan menerusi Instagram saya,” katanya.

Intan bakal diceraikan Ude atau nama sebenarnya Muhammad Radzi Abdul Wahid, 30, pada 22 Mac depan.

Kehidupan Intan dan Ude menjadi sensasi apabila suaminya itu berhajat menceraikan dia pada 22 Mac depan.

Mereka berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak, Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Manakala Ude dan pelakon Izreen Azminda telah berkahwin secara rahsia pada 8 Ogos tahun lalu.

 

Artikel sebelum ini…

Bekas Madu Izreen Makin Ditarik Rezekinya Tetapi Janda Ude Intan Liyana Semakin Melimpah Rezeki

NAMPAKNYA rezeki Intan Liyana, yang juga merupakan madu kepada pelakon Izreen Azminda ini semakin murah.

Difahamkan Intan telah banyak mendapat tawaran daripada pelbagai pihak yang bersimpati dengan kes rumah tangganya.
Intan Liyana ditawarkan jadi duta produk
Pendedahan ini dikongsikan oleh penyanyi Ani Mayuni yang mengakui cukup rapat dan mengenali Intan dan keluarganya termasuk suami Intan dan Izreen, Muhamad Radzi Abdul Wahid atau Ude.

“Di sebalik kesulitan yang dilaluinya, saya difahamkan banyak pihak yang tampil untuk membantu meringankan beban Intan dengan memberikan tawaran sebagai duta produk mahupun peluang membuat IG Review.

“Saya sering menasihatinya agar sentiasa bersabar dan kuat menghadapi dugaan yang datang kepadanya kerana pasti ada hikmah atas semua yang berlaku ini.

“Apa pun yang berlaku, saya harap dia dapat meneruskan kehidupan seperti biasa demi anak-anak,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Ani Mayuni yang telah menganggap Intan sepeti adiknya sendiri itu tidak mahu campur tangan dalam masalah rumah tangga Intan yang kini sedang hangat diperkatakan.

“Sebagai seorang kakak yang mengenali hati budinya, saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya.

“Apa pun yang berlaku, kami sentiasa ada untuk menyokongnya,” tegas Ani Mayuni.

Artikel Berkaitan ..
Ustaz Ebit Lew Sedih Dengan Kisah Cerai Isteri Selepas Sudah Ada Isteri Baru.. Apa Ustaz Ini Cakap Memang Betul.

 

Terbaca kisah-kisah ceraikan isteri sebab dah ada isteri baru..sedih..

Semoga Allah selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa.
Satu Jer Nak Cakap. Isteri Ini Amanah Allah
Satu jer nak cakap. Isteri ini amanah Allah. Untuk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain atau sebab yang besar munasabah. Kita mulia manusia sebaik-baik kejadian..kita sayang kerana Allah..walau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk redha Allah. Lihat isteri…kenangkanlah ibu kita..kenangkan anak perempuan kita..kenangkanlah..

Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin,solehah, semua kerja rumah dia buat,senyum jer..sempurna..bestkan ustaz?

Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah..tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..

Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa?
Bahagia Itu Bila Kita Yang Memberi
Bahagia itu bila kita yang memberi. Bukan tuntut hak dari pasangan..dalam kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..

Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dalam perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dapat redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan untuk dapat apa yang kita nak tapi tunaikan apa yang Allah nak..

Tapi ustaz,isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya….dia senaraikan buruk isteri dia..
Tanggungjawab Ketua Keluarga
Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dengan Allah..wah abang,dulu cantik lawa menawan sexy semualah. Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu jer semua tu? Doa pada Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dalam hidup kita? Cubalah tanya?

Semua takde ustaz..sekurang-kurang abang dah buat semua tu jika masih tak berubah barulah fikir yang lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi..

Baik ustaz..

Dia bawa isteri datang keluarga sunnah. Sehari dalam keluarga sunnah. Lepas tu bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula makan dalam dulang berjemaah. Mula sama-sama dekat diri pada Allah..Didik isteri anak solat..bagi masa untuk keluarga..
Bahagia.. Baru Rasa Kahwin Sekian Setelah Lama
Jumpa saya semula kata, ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dari mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pada Allah. Makan suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib..Ajaibkan ustaz..
Wanita Boleh Jadi…
Wanita ini boleh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga boleh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.

Suami tak boleh ler jadi macam wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam AlQuran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah puji ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga.Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka…Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga..Dakwah dengan kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dari perut seorang ibu..- ebitlew

Sumber : FB Ustaz Ebit Lew