Izreen Azminda, Izreen Disailang melodi.

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Selamat datang ke video chennal informasi informasi,gaya hidup,hiburan,seram,sedih.fakta fakta menarik serta kejadian aneh tapi nyata dan lucu yang terdapat di dunia ini .dan lain lain lagi.

Jika anda tidak mahu membacanya anda terus scroll menonton video ini,

Jom kita saksikan kisah cerita Izreen Azminda,Sebelum kita memulakan jom kita lihat penerangan siapakah beliau ini.Izreen Azminda Aznam (lahir pada 30 Ogos 1985) atau lebih popular sebagai Izreen Azminda merupakan
pelakon , pelawak dan pengacara tv dari
Malaysia . Beliau pernah menyertai pertandingan
Dewi Remaja dan telah berlakon dalam beberapa buah drama, telefilem dan filem.

Sudah jatuh ditimpa tangga begitulah nasib Izreen Azminda,Dua minggu lalu anaknya telah dimasukkan kedalam hospital di sebabkan jangkitan.Bahawa melodi dapat tah nama Izreen Azminda telah disingkirkan satu program itu didakwa ada orang tidak puas hati dengan Izreen Azminda.Benarkah dakwaan itu?Izree Azminda memakai baju warna merah dan memakai tudung warna ungu.Izreen berkata sudah tiga hari anaknya demam.ingatkan demama biasa rupanya tidak.semoga anda terus terhibur dengan kisah cerita ini ,tontonlah cerita ini sampai ke penhujungnya supaya anda ketahui jalan cerita ini.

Anda juga boleh scroll dibawah ada lagi cerita yang menarik buat anda tonton bersama sama keluarga dan rakan2,
Anda juga boleh share di fb atau dilaman sosial yang lain.
Jika ada sebarang cadangan atau pertanyaan boleh berhubung dengan admin web ini.

Terima kasih kerana sudi menonton kisah cerita yang dipaparkan sekian.

Sila tonton video:

sumber: dharian

Sheila Rusly Jadi Mangsa Lepas Geram Pembenci Izreen

Sheila Rusly (kiri) menjemput Izreen untuk menjayakan program masakan Ketuk-Ketuk Ramadan. FOTO: Instagram Sheila Rusly

NAMPAKNYA kemarahan netizen terhadap pelakon Izreen Azminda masih belum reda walaupun dia kini sudah menutup sementara laman Instagramnya sejak 2 Mac lalu.

Terbaharu pengarah dan pelakon Sheila Rusly menjemput Izreen sebagai artis jemputan menerusi program Ketuk Ketuk Ramadan mengundang kemarahan netizen.

Tindakan Sheila memuat naik gambarnya bersama Izreen ketika di set penggambaran program itu di Instagram telah menyebabkan foto itu dilimpahi komen tidak puas hati terhadap Izreen.

ARTIKEL BERKAITAN: Intan Terima Talak Satu, Ude Milik Izreen Sepenuhnya

“Tersenyum tertawa di luar. Terguris terluka di dalam. Tak perlulah kita mengeruhkan lagi keadaan. Simpati tapi jangan hukum sampai mati.

“Kita doa yang baik-baik Insya-allah semuanya akan baik. Stay positive korang,” tulis Sheila pada kapsyen gambar tersebut.

Gara-gara foto tersebut, Sheila menjadi mangsa kritikan netizen yang menyifatkan tindakannya menjemput Izreen sebagai tetamu undangan program itu sebagai tidak patut dilakukan.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/03/25/sheila-rusly-izreen/~/media/4b01ba92068e488482c13776736b060a.ashx?la=en

Ude dan Izreen berkahwin secara rahsia pada Ogos tahun lalu.

Malah ramai di antara pengikut Sheila memberitahu tidak akan menonton episod yang menampilkan Izreen sebagai tanda protes terhadap aktres itu.

“Kak yang lebih berusia sepatutnya lebih sensitif dengan keadaan dan isu semasa. Akak tahu kes Izreen ramai orang memang tan nak tengok muka Izreen sekarang, kenapa Akak jemput Izreen?

“Itu namanya cari pasal. Akak janganlah marah kalau orang kecam Akak. Rancangan Akak memang ramai peminat tapi netizen ni sensitif isu-isu semasa. Jadi Akak bertabahlah,” tulis pengikutnya yang menggunakan nama @fatts8.

@shidahzainal86 pula menulis; ” Memang tak tengok la Ketuk Ketuk Ramadan tahun ini. Sayang hilang pahala puasa takut terkutuk isteri kesayangan Ude”.

Dalam pada itu, Sheila sempat membalas beberapa komen yang mendakwa dia seolah-olah menyokong Izreen.

“Awak tahu ke apa soalan saya tanya pada Izreen? Mana awak tahu saya sokong dia?

“Saya yang tiada kena mengena ini pula awak hukum. Aduh, mak ai… netizen, netizen,” tulisnya.

Kontroversi terhadap Izreen tercetus apabila suaminya iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude dan isteri pertama, Intan Liana Saleh hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bagi proses lafaz cerai pada 28 Februari lalu.

 

Ude dan Intan bercerai pada Khamis lalu.

Ude menceraikan Intan yang juga merupakan isteri pertama dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, pada Khamis.

Gara-gara peristiwa itu, ramai netizen melahirkan rasa simpati terhadap Intan kerana bakal diceraikan sedangkan dia sudah bersetuju untuk berkongsi kasih ataupun bermadu dengan Izreen.

Ude dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

Kisah rumahtangga pemuzik bebas tersebut dengan Intan berakhir pada Khamis.

Pada November tahun lalu, Izreen mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup dan ia dirahsiakan atas permintaan suaminya itu.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang kini berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.


Tags / Kata Kunci:Sheila Rusli , Izreen Azminda

sumber: mstar